Skip to main content

penting. bacalah.. (",)

بسم الله الرحمان الرحيم

Stop! Jangan BW saja, baca dulu entri ni.  Only three minute... Saya mohon sahabat pembaca membaca entri ni sampai habis (",). Boleh kan? Lagipun tak  lama. Cuma 3 minit.

-------------------------------------------------------------------------------------
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman:

“ Sesungguhnya golongan manusia yang pertama akan diadili pada hari kiamat kelak ialah : 

pertama, 
orang yang mati syahid secara zahirnya. Orang tersebut dibicarakan lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi lalu dia ditanya: ‘apa yang telah engkau lakukan?’ Dia menjawab: ‘ Aku telah berperang keranaMu sehingga terbunuh sebagai syahid.’ Allah berfirman yang bermaksud: ‘Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau berperang dengan niat supaya engkau disebut sebagai pahlawan dan engkau telah pun mendapatkannya.’  Seterusnya, Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dihumbankan ke dalam neraka.

Kedua,
orang yang mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kepada orang lain dan selalu membaca al-quran. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. akan tetapi, lalu dia ditanya: 'Apa yang telah engkau lakukan?' Dia menjawab: ' aku telah mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kepada orang lain serta selalu membaca al-Quran kerana-Mu.' Allah berfirman yang bermaksud: 'Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau mempelajarinya supaya engkau dikatakan sebagai orang alim dan selalu membaca al-Quran supaya disebut sebagai qari (yang telah pakar dalam membaca al-Quran) dn engkau telahpun mendapatkan semua itu.' Lalu Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka.

ketiga,
orang yang diberi kekayaan melimpah oleh Allah, yang digunakan untuk selalu bersedekah. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. akan tetapi, lalu dia ditanya: ' Apa yang telah engkau lakukan dengan hartamu?' Dia menjawab: 'tiada satu kesempatan pun yang di dalamnya engkau suka agar seseorang mengeluarkan sedekah padanya, melainkan aku bersedekah di dalamnya kerana-Mu.' Allah berfirman: 'engkau berdusta. yang sebenarnya, engkau mengeluarkan sedekah tersebut dengan niat agar engkau  dikatakan sebagai seorang dermawan dan engkau telah pun mendapatka gelaran itu.' Seterusnya Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dihumbankan ke dalam neraka. "

(Riwayat Muslim no.1905)
-------------------------------------------------------------------------------------

tersentak saya membaca hadis ni. hadis soheh ni, saya petik dari ringkasan riyadhussolihin  terbitan telaga biru, m/s 7 (saya belum habis baca lagi). hadis di bawah tajuk 'ikhlas dan haramnya riya' ini cukup memberi kesan. mana tidaknya, itu baru kaaan di akhirat tentang orang yang berbuat baik. bagaimana pula kita yang masih banyak cacat cela dalam ibadah? dalam kehidupan seharian?

pujian menyebabkan amal ditolak - ujub

ah, pujian.. seringkali menegggelamkan kita dari mengapung ke alam nyata. pujian hakikatnya mampu menjadi 'inspirasi' dan dorongan melakukan kebaikan. namun, hati yang sakit menafikan semua itu. hati yang sakit, mengubah 'inspirasi' menjadi 'ujub' yang mendorong.

buat jahat dapat dosa, buat baik takut ALLAH tak kira!
mungkin itu keluhan2 yang bakal timbul... hm, sebab itulah ALLAH suruh kita minta tolong denganNYA dalam melakukan ibadah. (HR Bukhari no.39 -RRS m/s252-).

nak minta tolong macamana? hae, banyak soalan pula. tak apa2 saya tak suka membunuh soalan. kerana, soalan dan menyoal mampu membina perkembangan kehidupan. minta tolong dengan berdoa. ingat, segala amal soleh yang kita lakukan semuanya kerana rahmat ALLAH yang maha luas.

ok, sudah dulu ya.. takut lebih 3 minit pula..(",)/  

Comments

  1. tak sampai 3 minit. :)

    suka post ni ^^

    ada jgk beli buku ringkasan riyadhus solihin tu, buat rujukan

    ReplyDelete
  2. Ikhlas,hanya Allah yang tahu..
    Kita manusia perlu terus berusaha.. Sebab syaitan x pernah berhenti berusaha me'riak'kan diri kita..
    Moga dielakkan daripada riak dan bongkak.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. 1) Ariffah9

    fast read. very good,but not too effective.:-)

    baguslah,sekarang mukhtashar. insyaALLAH nanti beli semua jilid Riyadhussolihin!
    dah lama idam, baru tahun ni mampu beli kitab tu dengan wang sendiri.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. 2) ibnbakr

    benar.ikhlas umpama semut hitam di atas batu hitam di tanah lapang pada malam yang kelam. hanya penglihatan ALLAH yang mampu melihatnya.
    jzakallah atas perkongsian dan jejaknya.

    moga ALLAH redha.

    ReplyDelete
  5. salam ya khalili,

    " sesungguhnya Allah tidak melihat gambaranmu dan hartamu akan tetapi Allah melihat hatimu dan amalanmu"

    subhanallah, Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya baik di luar mahupun dalam hati kita. syukran,entri yg dapat memuhasabah diri kita.

    ReplyDelete
  6. 1) Srikandi Umar

    wa alaik ya ukhti. salam alaik aidhan.

    jazakillah atas perkongsian. umar>asrar.. tak apa teruskan berjuang..

    ReplyDelete

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…