Skip to main content

bingkisan: doakan saya (",)

بسم الله الرحمان الرحيم
buku terbitan:  jahabersa (link buku2 tulisan hafizfirdaus)

persediaan awal sebelum menceburi bidang penulisan 

1. niat yang ikhlas

2. bersiap sedia untuk kerja keras

3. wal 'Ashr.. uruskan masa anda

4. penulis yang baik adalah pembaca yang baik
- mengambil ilmu dari subjek buku yang dibaca
- mengambil ilmu dari cara penulisan buku tersebut.

5. bersikap jujur 
- gunakan nama tulen
- menulis subjek yang dikuasai
- jujur dalam menyatakan rujukan

langkah-langkah sebelum menulis

1. pilih subjek dan tajuk

2. melaksanakan solat istikharah

3. membuat kajian


'persediaan awal sebelum menceburi bidang penulisan' dan
'langkah-langkah sebelum menulis'adalah sejuzuk daripada tips-tips yang saya dapat dari sebuah buku. buku bertajuk 'BERDAKWAH MELALUI PENULISAN EFEKTIF' yang ditulis oleh kapten hafizfirdaus amat memberi motivasi kepada saya. jazakallahu khairan kathir kepada insan yang membeli buku tersebut, kak Syahidah :-)

bingkisan ringkas ini saya coretkan khusus buat bakal-bakal penulis yang sedang bertungkus lumus memulakan/ menyiapkan buku kalian. kepada yang belum memulakan, apa salahnya mencuba. mulakanlah saat ini! semoga usaha kita dikira oleh ALLAH sebagai bekal amal soleh yang terus mengalir.

sabda rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: 
" sesungguhnya, di antara yang menyertai seorang mu'min dari amal dan kebaikannya setelah dia meninggal dunia ialah ilmu yang diajarkannya dan disebarkannya. [shahih at-targhib wat tarhib, hadis no: 77]*

* buku 'berdakwah melalui penulisan efektif m/s:13

p/s:
- saya mungkin tidak sempat meng'update' blog sekerap biasa.
-doakan saya. sedang bertungkus lumus menyiapkan 'projek'. moga ALLAH redha :-)

Comments

  1. Terima kasih berkongsi :)

    ReplyDelete
  2. selamat berjaya menjadi penulis yg baik..

    and wow, even iqbalsyarie pon ada komen kat sni...that's impressive enough

    ReplyDelete
  3. iqbalsyarie biasa datang kan kak? hehe

    projek menulis ka? kalau betul, wah kak mmg nak potong saya..^^

    ReplyDelete
  4. oh nie ariffah9 yg disebut dlm blog naimulfirdaus? well, i'll try to drop at your blog sometimes to read also.

    ReplyDelete
  5. eh tahu jugak ke'wujud'an ariffah9? hehe.

    ada sebut ke dlm blog tu? bhgian komen ada la kut.

    ReplyDelete
  6. teruskan usaha murni itu zahra =)

    ReplyDelete
  7. ada...hari tu akh naimul ada sebut skali dlm blog dia psl iqbalsyarie and haruman mawar, and latest post dia ada sebut lg skali psl iqbalsyarie and ariffah, just that is enough to make me believe that these blogs are worth to read.

    ReplyDelete
  8. 1) Iqbalsyarie

    sama-sama. akh juga. moga ALLAH bantu kita untuk turut buat apa yang ditulis.

    ReplyDelete
  9. 2) anonymax

    syukran atas doa dan sokongan. walaupun saya tidak mengenali anda, tapi saya yakin anda adalah seorang penulis yang 'sudah' berjaya. anyway,thanks a lot. may ALLAH bless U, me and us.

    ReplyDelete
  10. 3)Ariffah9

    siapa saja yang datang dan komen, kak ingat insyaALLAH. ya. cuma terkilan sikit belum dapat taaruf dengan 'silent/anonymous reader'.

    macam2 'projek'. menulis, pasti! antara sebab wujudnya blog ini. kak nak potong, tapi ariffah dah potong kak. you become blog writer since form 1 right? kak baru mula di usia senja ini. :-)

    ReplyDelete
  11. 4)kasturi jiwa

    ukhti,doamu yang tak putus menguatkan ku. :-)

    ReplyDelete
  12. kak zahra' - rasanya dari form 1 la kut..lupa..

    saya pun ada macam2 plan ^^ jeng jeng.hehe.

    -anonymax? artikel mana tu? tak perasan pula.selalunya baca je semua post dia.

    p/s:maaf buat ruang bertanya pula di sini

    ReplyDelete
  13. http://naimulfirdaus.blogspot.com/2011/05/iluvblog-blogwalking-community.html

    ReplyDelete
  14. Assalamualikum,

    Saya bukan penulis, bukan juga Ustazah. Iman yang Allah bagi ini ku baja dengan buku-buku, tulisan-tulisan, pesanan-pesanan, takde kuliah yang formal. Walaupun yang menulis itu berpangkat anak atau cucu, ilmu tetap ku cari,InsyaAllah selagi ada nyawa di badan.

    Jazakallah kepada yang menabur ilmu, semoga di berkati Allah senantiasa.

    ReplyDelete
  15. 1) Ariffah9 dan anonymax

    sembang-sembang ukhuwwah. silakan :-)

    ReplyDelete
  16. 2) The Black Jubah

    waalaikumussalam.
    dah melawat ke blog akak. akak seorang penulis sebenarnya.menulis dalam minda dan hati. itulah 'kuasa' sebenar yang menggugah dunia dengan kelembutan tangan seorang ibu yang menghayun buaian.

    wa iyyaki. jazakillah atas jejak yang menyuntik!

    ReplyDelete

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…