Skip to main content

santai: bloglist bayyinat

بسم الله الرحمان الرحيم

siapa teman setia?

daripada Anas bin malik r.a. rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

" ada 3 macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya adn amalnya. dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya"

 (H.R. Bukhari Muslim)


Once u've been one of the community, i'll always try to be in phase with your updates. InsyaAllah -bayyinat-






komuniti berpimpin ke syurga

menyertai komuniti berpimpin ke syurga. insyaALLAH salah satu amal sholeh. benarkah?
jawapan saya. ya benar jika sahabat2 melakukannya dengan hati. bukan dengan jari jemari yang mengetik key board semata- mata. tetapi dengan hati yang benar2 memahami apakah bayyinat (an-nuur:18).

dah buka quran?
kalau belum, jangan teruskan lagi menyertai komuniti ini. saya tak halang, tapi tahan sekejap... 

sekarang, pergi ambil quran  dan cari surah annur... 
surah ke..?

al-quran.. aplikasinya pada hati, diterjemahkan melalui perbuatan

 aha, dah dapat jawab. alhamdulillah. tandanya, sahabat2 dah buka quran. jadi saya tak perlu cerita banyk tentang bayyinat. dalam [ni] pemilik bayyinat dah jelaskan. dalam al-quran lebih jelas.. cuma perlu kitab tafsir ibnu kathir-kitab tafsir paling muktabar- kat sebelah lah ya...

boleh juga baca entri saya tentang dari-blog-bayyinat.

ingin berpimpin tangan dengan semua.. bersama 5 sahabat ini juga!..:


jom sama2 ke syurga!  AMIIN ...

Comments

  1. 1) kasturi jiwa
    ALHAMDULILLAH.. ukhuwwah ini adalah anugerah terindah. ALHAMDULILLAH


    2)iqbalsyarie
    wa iyyaka khairan.(dan ke atas kamu juga kebaikan)

    ~firas az-zahra'

    ReplyDelete
  2. 2)iqbalsyarie

    wa iyyaka khairan.(dan ke atas kamu juga kebaikan)

    ReplyDelete

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…