Skip to main content

aku mesti, pasti bangun semula!..

 بسم الله الرحمان الرحيم
  
sesaat tadi aku gagal.. sekarang, aku istiqamah semula!

1-istiqamah=disiplin
2-jiddiyah(kesungguhan)=fokus
dua kata yang sedang cuba saya realisasikan dalam kehidupan. nampak mudah dan simple. hakikatnya susah dan perit. tapi hamba yang taat, takkan cepat mengalah selagi redha penciptanya belum digarap.

tak dinafikan, payah menerpa ketika kita hampir berada di puncak keberhasilan. di saat prinsip dipasak kukuh dalam jiwa, ada saja percikan dugaan menyentap keselesaan.

ingat sahabatku!
jika benar masamu diluangkan untuk menyambut bicara ALLAH, tentu bicaraNYA dalam surah fussilat 41:30, kau sambut dengan jiwa lapangmu..
firman ALLAH maksudnya: 

" sesungguhnya orang yang mengatakan keyakinanya: 
'Tuhan kami adalah ALLAH' , 
kemudian mereka tetap meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka(dengan berkata):
'janganlah kamu merasa takut dan janganlah pula kamu merasa sedih ; dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan ALLAH kepadamu' "

(fussilat 41:30)


kunci bahagia

setuju atau tidak jika dikatakan,fokus dan disiplin adalah kunci kebahagiaan? -tinggalkan jawapan di ruang komen-

jawapan saya..
ya. disiplin dan fokus yang bersatu dalam satu formula.
 istiqamah + jiddiyah + taqwa = kejayaan dan jalan keluar
      
 asal formula,QS:( 33:70-71)(65:2-3)


kata imam nawawi,makna istiqamah adalah sentiasa berada dalam ketaatanyang ringkas, namun sarat dengan ALLAH . istiqamah merupakan satu kata makna, dan dialah asal bagi semua urusan. subhanallah, apatahlagi jika perencah jiddiyah ditambah.. insyaALLAH keberhasilan akan jadi luar biasa!

berbahagialah mereka yang disiplin dan fokus

ha, tunggu apa lagi?

mulakan sekarang. saat ini. dalam surah al-baqarah:148 pun ALLAH dan motivate kita: berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan...

kita dah tahu, istiqamah adalah asal bagi segala urusan. kukuhkanlah tekad dalam diri untuk terus istiqamah dengan kebaikan. istiqamah solat di masjid. istiqamah solat rawatib dan dhiha. istiqamah menulis blog sbagai medan dakwah. istiqamah blogwalking kerana ALLAH..

sahabat, mulakan istiqamahmu sekarang.. kerana kita takut.. takut terjadi di zaman ini, kebenaran sabda nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada abu hurairah .r.a. rasulullah s.a.w bersabda:

maksudnya:
"bersegeralah kamu dalam mengerjakan amal soleh,
kerana kelak akan muncul fitnah sebagaimana gelap-gelitanya malam.
sehingga seseorang yang ketika pagi harinya masih mu'min, namun di petang harinya sudah berubah menjadi kafir.
dan seseorang yang di petang harinya masih mukmin, namun di pagi harinya berubah menjadi kafir,
lantaran rela menukar agamanya dengan kesenangan dunia"

 (riwayat Muslim no. 118)



 tinta penutup

bila hati diserah kepada ALLAH,
tiada resah,
tiada gelisah,
bila apa y diburu hanya demi mardhotillah,
hilang rasa gundah,
hidup rasa indah,
berpenat lelahlah..

ketika di dunia,
untuk merasa nikmat mahar di syurga,
moga thabat hati kita,
di atas jalan perjuangan keranaNYA,
sekalipun berjuang dengan pena!

- khalili hingga syurga,11apr 2011-

wallahu a'lam

Comments

  1. komentar kalian pengukuh jiwa2 kita..

    ReplyDelete
  2. banggkit..tiada masa untuk bermimpi..

    ReplyDelete
  3. Saya kira, ini artikel yang tersangat baik. Pesanan yang sarat, tetapi dari bahasa jiwa yang mudah dimengerti dan akhir, ia terasa senang diamalkan kerana sudah termotivasi dengan sendirinya. Syukran :)

    ReplyDelete
  4. 1) shairazi sharizan

    ringkas dan jelas..
    ayuh sama-sama!

    ReplyDelete
  5. 2) iqbalsyarie

    afwan:)
    alhamdulillah,sampai ke jiwa. moga terus bermanfaat. mohon doanya ya!

    ReplyDelete
  6. Subhanallah, excellent post. Inilah yang saya sedang cuba lakukan sekarang ini, walaupun sudah beberapa kali gagal sebelom nie.

    Yang jelas, istiqamah itu tersangatlah susah, bahkan tanpa pertolongan dari Allah, ia suatu yang mustahil saya rasa :(

    ReplyDelete
  7. 3)anonymax

    alhamdulillah, ayuh sama-sama teruskan peningkatan iman dengan istiqamah!

    bukan gagal, tapi belum berjaya =)
    jangan berputus asa dari rahmat ALLAH... teruskan usahamau saudara/i ku.

    ReplyDelete

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…