Skip to main content

karya: first poem posted in my blog..

بسم الله الرحمان الرحيم 

tiba-tiba rasa ingin berkongsi salah satu puisi yang sudah bertimbun dalam buku karya. antara puluhan karya yang ada, ALLAH buka hati saya untuk kongsi yang ini. pasti ada apa2 kan. ALLAH lebih tahu.

seringkali perubahan perlu kepada anjakan yang senyap tapi drastik..terimalah,


AKU AKAN KEMBALI


masih segar dalam memori,
bidayahku beraksi,
aku yang mungil berdiri,
belum lagi menyelam emosi,
sedang bercambah percaya mereka beri,
"tampak kamu dedikasi",
itu kata pemerli,
nada pedas yang berstrategi.

pun begini,
amanah itu kutanggapi,
cuba mengerti dan mengkaji,
hanya satu impiku semat dalam sanubari,
jangan islam itu terus dimaki,
dek rendahnya berprestasi..

kini,
zaman itu sudah pergi,
kerana masa belum berhenti,
langkah itu belum mati,
aku dahulu bukan yang dini,
sekadar,menyambung realiti..

ingat!
aku mesti tetap berdiri,
di saat terpasungnya kaki,
ketika gundah mendengki,

dan,
aku akan kembali!

ketika aku bersama insan2 yang belum berdosa,
kulim,
3 mac 2011
firas az-zahra',




Comments

  1. mendalam. (=

    suka berkarya ke?

    ReplyDelete
  2. ya, dapat rasa puisi yang lahir dari hati. :)

    'nada pedas yang berstrategi.'-suka dengan gaya ayat ini.

    sangat suka dengan puisi ni,tampak jujur. tapi,rasa macam ada yang tak berapa betul dari sudut tatabahasa. *asifah, saya pun xsure*

    ReplyDelete
  3. 1) izzati hashim.
    alhamdulillah. ya. sangat suka. cuma sedang mencari kritik. selama ni karya2 saya jadi koleksi je.

    jazakillah ya ukhti atas jejaknya.

    ~firas az-zahra'~

    ReplyDelete
  4. 2) ariffah9

    =) jazakillah. syukran atas saran dan kritik. aha, mungkin juga ada yang salah dari sudut tatabahasa. yang mana ya?

    kena banyak belajar dari ariffah ni..:-)

    ~firas az-zahra'~

    ReplyDelete
  5. suka melihat tumbuhnya generasi bermadah indah ini..puisi itu, TERSENDIRI! bagi yg bijak menafsirnya..
    teruskan adikku =)

    ReplyDelete
  6. 1) kasturi jiwa

    alhamdulillah.evrything from ALLAH an will back to ALLAH.

    komen ukhti, madahnya juga indah, tersusun,padat!

    jazakillah sokonganmu kak.

    ReplyDelete

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…