25 June 2011

baitul muslim ?

بسم الله الرحمان الرحيم


zahra’, apa pandangan enti tentang kahwin muda?

Wah, entah kenapa sejak akhir-akhir ini ramai yang minta pendapat tentang perkara ini. Ada juga yang istilahkan dengan topik perbincangan ‘islam, cinta dan perkahwinan’. Saya pun teruja dengan perkembangan dan perubahan isu yang pesat dalam kalangan remaja islam era globalisasi. Mungkin tempias nasi minyak bulan JUN yang lalu atau memang sudah tiba masanya... saya kurang pasti. Apa yang pasti saya terpanggil memberi pandangan.

~Kahwin muda vs study, sila klik komen ustaz hasrizal ~




Kahwin muda vs ready

kahwin, bukan satu perkara yang mudah.
Bukan perkara endah tak endah.
Bukan juga hanya menghindar resah.
Alam perkahwinan menjanjikan seribu satu perasaan. Bukan Cuma bahagia yang ada. Bukan juga hanya sengsara yang tercipta. Persoalannya, bagaimana kita membentuk rumahtangga itu.

Membentuk rumahtangga bukan hanya ambil kira siapa pasangan kita.

” calon ana ni insyaALLAH soleh, dah kerja, aktivis dakwah lagi. takkan nak tolak. Kan ada satu hadis 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda Rasulullah salallahualaihiwasalam : 
 “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”  
(Hadith Hasan Riwayat Tirmidzi no 1084).
Ana takut  berlaku fitnah dan kerosakan..."

Ya, itu satu sisi. Bakal pasangan kita orang yang soleh. Bakal pasangan kita mampu memberi nafkah zahir dan batin. Dia juga seorang yang sudah jelas fikrah dan manhaj perjuangan. Mungkin juga, dia ambil jalan nikah ini supaya masing-masing bebas dari fitnah dan kehancuran.

Baiklah, Kita cuba pandang dari sisi yang  lain.

Diri kita. Adakah kita benar2 bersedia?
Memang, kita selamanya takkan benar-benar sedia. Perfect!. Tidak mungkin sama sekali. Sahabat-sahabat, kita sama-sama remaja. Saya rasa apa yang kalian rasa. Saya lalui apa yang kalian lalui. Saya fikir apa yang kalian fikir. Saya buat apa yang sepatutnya kalian juga buat.

Tapi kita tetap berbeza. Saya ,menulis kalian membaca. Beza kan?
Pengalaman kita beza. Latarbelakang keluarga, Persekitaran kawan-kawan dan sekolah, bahan bacaan  dan input kita dari sekolah kehidupaan tidak semuanyaa sama. Sedangkan, itulah yang membina pengalaman.

baitulmuslim . Saya ada pengalamankah? Oh, Belum lagi.
Jadi, saya menulis berdasarkan ‘pengalaman’ seorang remaja bernama zahra’.

Umur 19 tahun adalah umur yang sepatutnya sudah matang. lebih dari boleh jika mahu membezakan perlu atau tidak berkahwin pada saat ini. Ukur baju di badan sendiri. Syaratnya, ukurlah dengan iman bukan ukur dengan nafsu. majoriti remaja sekarang hanya mengukur dengan jiwa sedangkan jiwa mereka hanya dipenuhi nafsu tanpa kawalan iman dan taqwa.

Kepada sahabat-sahabat yang sedang atau ‘akan’ dilamar, renung diri kita...

Sudahkan terpenuhi hak kita kepada ALLAH sebagai hambaNYA?
 Kalau belum, bagaimana kita mahu memenuhi hak manusia bernama suami/isteri  dalam keadaan kita masih terkapai-kapai  mencari  solusi kepada konflik identiti diri kita?
Sudahkah ALLAH redha dengan perjalanan masa lalu kita?
Kalau belum pasti, bagaimana kita mahu mendapat redha manusia(suami/isteri) dalam situsi kita yang masih kontang dari redha ALLAH.

Adakah kita benar-benar ‘ada’ ilmu untuk mengurus sebuah baitul muslim?
Kalau belum cukup, tambahlah. Kalau belum ada, macamana kita boleh kata nak kahwin untuk elak fitnah. sedangkan bila kita kahwin tanpa ilmu yang sepatutnya, tanpa sedar kita telah mendatangkan fitnah kepada islam dan institusi baitul muslim itu sendiri. Wal ‘iyazubillah.

Enti dah sedia?

Zahra, enti dah sedia ka nak kahwin?

Wah, soalan cepu mas ni. sebenarnya soalan ini membawa saya ke dalam dimensi  rasional yang lebih matang. Menyelami realiti sebuah perjalanan hidup. Saya hanya tersenyum mendengar soalan lucu ini. Soalan yang hadir dari seorang sahabat yang paling rapat dengan saya [moga ukhuwwah ini hingga  akhirat -1]

Kepada khalili, ini jawapan ana: belum. tetapi harus bersedia dan sentiasa berusaha untuk siapkan diri :-)

Baca semula jawapan saya di atas.
2-3 kali saya baca, mengingatkan saya kepada sesuatu.  KEMATIAN.

Barangkali, itu juga jawapan kita untuk persediaan mati. Mana ada manusia yang sempurna. Begitu juga saya, setiap hari saya berdosa dan setiap hari jugalah saya bertaubat. Esoknya, saya berdosa lagi kemudian bertaubat lagi.. sampai seterusnya. Saya yakin, kita tak sengaja buat dosa sebab fitrahnya manusia benci keburukan. Cuma kadang-kadang kita kurang ilmu untuk mengenal tipu daya iblis berbanding iblis kenal siapa yang bakal dia perdaya.

Saya manusia berdosa yang sentiasa ingin suci dari dosa. Kalian juga begitu kan? Jadi, jawapan kita tentang kematian dan perkahwinan pasti sama.

Sekarang, saya hanya mahu siapkan diri dengan bekal ilmu yang benar-benar soheh.saya sedang bina fardhu muslim supaya lebih mantap tak mudah diruntuh, utuh.

Sahabat-sahabatku sayang sedarlah kita dari terus berada di zon selesa. Kalian perlu tahu kita sekarang berada dalam zaman fitnah ilmu yang berleluasa. Melalui laman sosial, blog, sms, media massa, cakap-cakap orang dan banyak lagi sumber yang digunakan yahudi untuk menjajah ilmu umat islam. Faaktanya, sudah ada 2000 lebih  hadis palsu yang telah tersebar di sekeliling kita. Semuanya dicipta sendiri oleh yahudi  berdasarkan hadis soheh yang telah diubahsuai.

Cuba bayangkan, kalau kita tak siapkan diri dengan ilmu yang benar-benar disandarkan kepada dua sumber (al-Quran dan Sunnah dari sumber yang  thiqah/boleh percaya). Bagaimana kita boleh yakin baitul muslim mampu dibangun? Bagaimana nasib ilmu generasi anak-anak kita yang bakal lebih mencabar?  Mampukah kita membimbing ‘amanah ALLAH’ dengan ilmu kita yang masih terbatas?

Akhir kalam...

Sudahlah,
hentikan cakap-cakap tentang baitulmuslim.
Sekatlah angan-angan mendapat anak yang soleh dan musleh.
Bantutkan mimpi-mimpi indah gerakkan islam bersama pasangan.

Sekarang, ubah semua itu!
Mulakan diskusi-diskusi ilmiah berkenaan baitulmuslim.
rangka strategi mentarbiah amanah ALLAh menjadi insan soleh wa musleh.
Segarkan dan baharui  niat untuk wanita dan lelaki itu saling membantu dalam urusan amar makruf nahi munkar (-2)

p/s: kepada sahabat saya yang bakal menempuh alam rumah tangga, ana tak halang dan ana tak suruh. Ana Cuma sokong apa yang terbaik buat sahabat ana. Kalau masih dalam tempoh ikat/tunang, pelihara apa yang ALLAH larang kepada selain suami isteri. tunang /ikat bukan tiket untuk bebas bertemu. Zahir kita boleh cover, tapi syaitan lebih minat untuk rosakkan hati kita.

Salam sayang dan rindu kerana ALLAH buat pembaca blog ~KHALILULLAH~. insyaALLAH kita sama-sama berusaha menjadi kekasih ALLAH.
Semoga ALLAH merahmati penulisan ini.  [24611=12:20]

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-1. "sahabat-sahabat karib pada hari itu, saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa" (az-zukhruf:67)

-2. " dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain dalam urusan menyuruh kebaikan dan menegah kemungkaran, melaksanankan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada ALLAh dn rasulnya. mereka akan diberi rahmat oleh ALLAH. sungguh. ALLAH maha Perkasa lagi maha Bijaksana."(at-taubah:71)

06 June 2011

rupa-rupanya, HARI LAHIR ada dalam INJIL. bukan AL-QURAN

بسم الله الرحمان الرحيم

alhamdulillah, akhirnya saya menemui penjelasan yang tepat kenapa selama ini saya tidak ucap dan sambut hari lahir/eid milad sahabat-sahabat saya.

sidang pembaca yang saya kasihi, semoga dapat memahami artikel ini dengan sebenar-benar 'faham'.


-------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin kurangnya pengetahuan mengenai "ke-Aqidah-an", masih banyak ummat Islam yang mengikuti ritual paganisme ini. Bahkan tidak menutup kemungkinan sahabat-sahabat kita pun turut merayakannya dan terjebak di dalamnya. Wallahu a'lam. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka.


Pada masa-masa awal Nasrani generasi pertama (Ahlul Kitab / kaum khawariyyun / pengikut nabi Isa) mereka tidak merayakan sambutan hari lahir, karena mereka menganggap bahwa pesta ulang tahun itu adalah pesta yang mungkar dan hanya pekerjaan orang kafir Paganisme.

Pada masa Herodeslah sambutan hari lahir dimeriahkan sebagaimana tertulis dalam Injil Matius 14:6;

Tetapi pada HARI ULANG TAHUN Herodes, menarilah anak Herodes yang perempuan, Herodiaz, ditengah-tengah meraka akan menyukakan hati Herodes. (Matius14 : 6)

Dalam Injil Markus 6:21

Akhirnya tiba juga kesempatan yang baik bagi Herodias, ketika Herodes pada HARI ULANG TAHUNNYA mengadakan perjamuan untuk pembesar-pembesarnya, perwira-perwiranya dan orang-orang terkemuka di Galilea. (Markus 6:21)

--------------------------------------------------------------------------

Look at the Bible, Matthew 14 : 6 and Mark 6:21;

celebrating of birthday is Paganism, and Jesus (Isa, peace be upon him) doesn't to do it, but Herod.

Matthew 14:6 :

"But when Herod's birthday was kept, the daughter of Herodias danced before them, and pleased Herod".


Mark 6:21 :

And when a convenient day was come, that Herod on his birthday made a supper to his lords, and the high captains, and the chief men of Galilee.







Hasil scan Injil Matius 14:6 dan Injil Markus 6:21

-----------------------------------------------------------------------------------

Orang Nasrani yang pertama kali mengadakan pesta ulang tahun adalah orang Nasrani Romawi. Beberapa batang lilin dinyalakan sesuai dengan usia orang yang berulang tahun. Sebuah kue ulang tahun dibuatnya dan dalam pesta itu, kue besar dipotong dan lilinpun ditiup. (Baca buku :Parasit Aqidah. A.D. El. Marzdedeq, Penerbit Syaamil indonesia, hal. 298)

Sudah menjadi kebiasaan kita mengucapkan selamat ulang tahun kepada keluarga maupun teman, sahabat pada HARI LAHIRnya. Bahkan tidak sedikit yang aktif dakwah pun turut larut dalam tradisi jahiliyah ini.

Sedangkan kita sama-sama tahu bahwa tradisi ini tidak pernah diajarkan oleh Nabi kita yang mulia MUHAMMAD Shalallah Alaihi Wasallam, dan kita ketahui Rasulullah adalah orang yang paling mengerti cara bermasyarakat, bersosialisasi, paling tahu bagaimana cara menggembirakan para sahabat-sahabatnya. Rasulullah paling mengerti bagaimana cara mensyukuri hidup dan kenikmatannya. Rasulullah paling mengerti bagaimana cara menghibur orang yang sedang bersedih. 






Allah berfirman;







01 June 2011

saya mahu kenal anda. boleh?

 بسم الله الرحمان الرحيم


. sudah lama mahu ber ta'aruf lebih detail dengan pembaca-pembaca yang ter'klik' blog ni. moga ALLAH terima taaruf ini sebagai ibadah kita. 

 tinggalkan tentang diri kalian di link ini ya. inilah saya :-)

22 May 2011

bingkisan: doakan saya (",)

بسم الله الرحمان الرحيم
buku terbitan:  jahabersa (link buku2 tulisan hafizfirdaus)

persediaan awal sebelum menceburi bidang penulisan 

1. niat yang ikhlas

2. bersiap sedia untuk kerja keras

3. wal 'Ashr.. uruskan masa anda

4. penulis yang baik adalah pembaca yang baik
- mengambil ilmu dari subjek buku yang dibaca
- mengambil ilmu dari cara penulisan buku tersebut.

5. bersikap jujur 
- gunakan nama tulen
- menulis subjek yang dikuasai
- jujur dalam menyatakan rujukan

langkah-langkah sebelum menulis

1. pilih subjek dan tajuk

2. melaksanakan solat istikharah

3. membuat kajian


'persediaan awal sebelum menceburi bidang penulisan' dan
'langkah-langkah sebelum menulis'adalah sejuzuk daripada tips-tips yang saya dapat dari sebuah buku. buku bertajuk 'BERDAKWAH MELALUI PENULISAN EFEKTIF' yang ditulis oleh kapten hafizfirdaus amat memberi motivasi kepada saya. jazakallahu khairan kathir kepada insan yang membeli buku tersebut, kak Syahidah :-)

bingkisan ringkas ini saya coretkan khusus buat bakal-bakal penulis yang sedang bertungkus lumus memulakan/ menyiapkan buku kalian. kepada yang belum memulakan, apa salahnya mencuba. mulakanlah saat ini! semoga usaha kita dikira oleh ALLAH sebagai bekal amal soleh yang terus mengalir.

sabda rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: 
" sesungguhnya, di antara yang menyertai seorang mu'min dari amal dan kebaikannya setelah dia meninggal dunia ialah ilmu yang diajarkannya dan disebarkannya. [shahih at-targhib wat tarhib, hadis no: 77]*

* buku 'berdakwah melalui penulisan efektif m/s:13

p/s:
- saya mungkin tidak sempat meng'update' blog sekerap biasa.
-doakan saya. sedang bertungkus lumus menyiapkan 'projek'. moga ALLAH redha :-)

19 May 2011

santai: dari blog pamanku...

بسم الله الرحمان الرحيم

sangat kesal bila tak mampu tepati janji. saya dah janji pada diri sendiri untuk sediakan 1 entri untuk satu bulan bagi label blog istimewa. tapi apakan daya, untuk bulan  april, tak sempat post walaupun 1 entri untuk label ini..*kesal*


blog yang saya nak kongsikan kali ni datangnya dari negara seberang. Indonesia. nama pemilik blog ini, asep abdul ghoffar bin muchtar. siapa dia? pakcik saya (pak su) sebab dia adik bongsu ummi. tetapi, kami adik-beradik panggil mamang/ mang asep. belum pernah bertemu dengannya. moga suatu hari Allah pertemukan.-amiin- 


mang asep adalah mahasiswa jurusan kimia di Universiti Negeri Jakarta (UNJ). menjadi mahasiswa jursan kimia pernah menjadi impian saya satu masa dahulu. namun, ALLAH berkehendak lain. saya sudah tinggalkan dunia kajian di makmal dan sains, menuju dunia kajian bahasa al-Quran. walaupun dua pengkhususan ilmu yang jauh berbeza, tetap membawa kepada matlamat yang SATU. membezakan umat islam dengan manusia jahil.


dalam surah az-zumar (39:9) pun ALLAH berfirman: katakanlah lagi (kepadanya), "adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"

madah perjuangan

picture from~http://generasiayyash.multiply.com/~
pemuda, semangatmu  pandulah dengan kefahaman yang jelas
-------------------------------------------------------------------------------------
" Dan jadilah seperti jantung yang terus berdetak dan tak terlihat. Namun karena denyutannya lah membuat tubuh menjadi tetap hidup."
--------------------------------------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------------------------
"Dan perjuangan ini hanya akan dimenangkan oleh mereka yg bermental baja
tangguh yakin dan pantang menyerah...

Mereka yg Langit jiwanya bercahaya dgn energi tulus yg sempurna
menghangatkan darah dan mendidihkan semangatnya...
Mengharu biru mencerahkan peradaban yg suram dgn merah darah mereka...
Qum wahai pejuang Allah jgn khianati nikmat Allah dgn keterlenaan".
-------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------
"Orang yang hanya memikirkan dirinya sendiri,

selamanya akan hidup menjadi orang kecil dan mati sebagai orang kecil
Sedang orang yang mau memikirkan orang lain
selamanya akan hidup menjadi orang besar dan mati sebagai orang besar
(Sayyid Qutbh)
--------------------------------------------------------------------------------------

madah perjuangan yang saya kutip dari blog paman(pak cik) saya. boleh teruskan kembara menyerap ruh perjuangan ke link paman saya disini ya.. http://generasiayyash.multiply.. 

akhir kalam,
Wallahu a'lam.


17 May 2011

murabbi, KAU TETAP ADA

 بسم الله الرحمان الرحيم

pendidik pertama dalam sekolah kehidupan saya adalah ummi dan abi. satu perkara yang amat memberi kesan dalam kehidupan saya hingga sekarang, perjalanan hidup ummi. sebagai anak sulung daripada 10 adik beradik, ummi melalui liku2 kehidupan yang lebih mencabar berbanding adik2nya yang lain. katabahan seorang wanita berbeza dari kegagahan seorang lelaki..

abi?
didikan pertama dari abi buat saya adalah nama. kata abi, nama saya abi ambil dari gelaran anak nabi SAW (az-zahra')-yang suci bersih-. secara tak langsung, nama yang abi berikan menjadi inspirasi terpendam dalam diri saya.(tapi ejaan dalam I/C dah jadi lain) never mind, yang penting setiap kali rasa lemah, putus asa, dan kecewa saya akan ingat semula bagaimana hebatnya fatimah az-zahra' putri nabi menghadapi kesusahan hidupnya dengan penuh redha. bagaimana beliau menjalani kehidupan sebagai putri seorang nabi.. subhanallah.

seterusnya, saya dididik di tadika al-masriyah. sekolah rendah saya di Sekolah Rendah islam Al-Masriyah,bukit mertajam. memasuki alam sekolah menengah, saya berhijrah ke negeri jiran, Kedah. Alhamdulillah, bermula tingkatan satu di Maktab Mahmud Yan(MMY) saya mengenal tarbiyyah. disini juga saya ditarbiyyah. sejak dilantik menjadi pengawas ketika di tingkatan dua, saya mula merasakan hakikat tarbiyyah sebenar. melalui program di Maahad dengan kompilasi asam garam kehidupan menjadikan manusia lebih matang dari rakan sebaya.perit malalui tarbiyah tapi manis merasai tarbiyah.. ALHAMDULILLAH.



ALLAH tidak merancang untuk saya berada lama di MMY. sampai tingkatan tiga sahaja.semasa tingkatan empat, saya meneruskan pengajian dalam aliran sains di Maktab Mahmud Alor Setar (MMAS). selapas keputusan SPM keluar, saya mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM. ramai yang bertanya kenapa saya tidak meneruskan bidang sains? jawapannya, banyak faktor. tapi, saya simpulkan menjadi satu. ( inilah sekolah kehidupan saya)
 
 buat semua murabbi yang  mendidik saya di sekolah kehidupan ini, jazakumullahu khairan kathir. hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian...

puisi ini dedikasi khas buat murabbi sejak saya dilahirkan sehingga saat jemari mampu menaip atas keyboard yang berbeza huruf..
 
MURABBI, KAU TETAP ADA 

guru,
Kau bukan obor,
Yang menerangi hanya segenap kamar,
Yang hayatnya Cuma sebentar,
Yang khidmatnya mati tika ia samar,
Dek sumbu yang galak dibakar,

cikgu,
Nyata kau tak seperti lilin,
Kerana hayatnya sebatang  nian,
Terangnya juga sekadar terbeban,
Membakar diri sudah terperan,
Akibatnya,
Khidmatmu mati pelan-pelan,
Jasad yang cair dilupa insan,
Ruang terang tadi tak lagi mapan,
Kembali kelam seperti gerangan,
Kembali gelap dari suluhan…

Ustaz/ustazah,
Kau juga bukan bintang,
Yang kerlipnya tak bisa benderang,
Tak dapat kugapai hanya terkenang,
Menjadi inspirasi setiap orang,
Namun nyatanya Cuma bayang-bayang,
Kerana munculmu hanya kadang-kadang,
Tika cuaca senang kau terang,
Dikala mendung kau berang,

Murabbi,
Engkau sebenarnya adalah MATAHARI,
Atau mentari menyinar bumi,
Juga sang suria yang muncul setelah pelangi,

Guruku matahariku,
Hadirmu setiap hari,
Tak pernah kau endah cemuhan kami,
Tentang terikmu yang menyengat sendi,
Atau surammu yang silih berganti,
Terangmu salah redupmu disalahi,
Namun tekadmu tetap tinggi,

Cikguku mentariku,
Sinarmu menerangi segenap maya,
Memberi kehidupan kepada dunia,
Lautan api simbahan lahar sudah biasa,
Untuk,
Bersama insan menjadi jejaka,
Menghidupkan sang pohon hingga dewasa,
Memberi kehidupan memendam lara,

Ustaz/ustazahku sang suriaku,
Munculmu tak pernah sirna,
Datangmu tak akan pergi,
Kerana kau tetap ada,
Malam kami siangmu di daerah sepi,
Kau tetap hidup tanpa mati,
Sinarmu kekal selamanya,
Kau, hanya malap ketika…
Takdirmu terbit di barat sana..

guru, cikgu, ustaz/ustazah,
kalianlah murabbi,
kalian adalah MATAHARI,
kalian mentari menyinar bumi,
kalian sang suria walau muncul setelah pelangi,
kerana murabbi tetap ada!


~Dedikasi buat semua pendidikku di segenap massa ~
~1992-2011~
Zahra’ fajar nina,
Bukit mertajam, pulau pinang
16 MEI 2011

14 May 2011

penting. bacalah.. (",)

بسم الله الرحمان الرحيم

Stop! Jangan BW saja, baca dulu entri ni.  Only three minute... Saya mohon sahabat pembaca membaca entri ni sampai habis (",). Boleh kan? Lagipun tak  lama. Cuma 3 minit.

-------------------------------------------------------------------------------------
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman:

“ Sesungguhnya golongan manusia yang pertama akan diadili pada hari kiamat kelak ialah : 

pertama, 
orang yang mati syahid secara zahirnya. Orang tersebut dibicarakan lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi lalu dia ditanya: ‘apa yang telah engkau lakukan?’ Dia menjawab: ‘ Aku telah berperang keranaMu sehingga terbunuh sebagai syahid.’ Allah berfirman yang bermaksud: ‘Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau berperang dengan niat supaya engkau disebut sebagai pahlawan dan engkau telah pun mendapatkannya.’  Seterusnya, Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dihumbankan ke dalam neraka.

Kedua,
orang yang mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kepada orang lain dan selalu membaca al-quran. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. akan tetapi, lalu dia ditanya: 'Apa yang telah engkau lakukan?' Dia menjawab: ' aku telah mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kepada orang lain serta selalu membaca al-Quran kerana-Mu.' Allah berfirman yang bermaksud: 'Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau mempelajarinya supaya engkau dikatakan sebagai orang alim dan selalu membaca al-Quran supaya disebut sebagai qari (yang telah pakar dalam membaca al-Quran) dn engkau telahpun mendapatkan semua itu.' Lalu Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka.

ketiga,
orang yang diberi kekayaan melimpah oleh Allah, yang digunakan untuk selalu bersedekah. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. akan tetapi, lalu dia ditanya: ' Apa yang telah engkau lakukan dengan hartamu?' Dia menjawab: 'tiada satu kesempatan pun yang di dalamnya engkau suka agar seseorang mengeluarkan sedekah padanya, melainkan aku bersedekah di dalamnya kerana-Mu.' Allah berfirman: 'engkau berdusta. yang sebenarnya, engkau mengeluarkan sedekah tersebut dengan niat agar engkau  dikatakan sebagai seorang dermawan dan engkau telah pun mendapatka gelaran itu.' Seterusnya Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dihumbankan ke dalam neraka. "

(Riwayat Muslim no.1905)
-------------------------------------------------------------------------------------

tersentak saya membaca hadis ni. hadis soheh ni, saya petik dari ringkasan riyadhussolihin  terbitan telaga biru, m/s 7 (saya belum habis baca lagi). hadis di bawah tajuk 'ikhlas dan haramnya riya' ini cukup memberi kesan. mana tidaknya, itu baru kaaan di akhirat tentang orang yang berbuat baik. bagaimana pula kita yang masih banyak cacat cela dalam ibadah? dalam kehidupan seharian?

pujian menyebabkan amal ditolak - ujub

ah, pujian.. seringkali menegggelamkan kita dari mengapung ke alam nyata. pujian hakikatnya mampu menjadi 'inspirasi' dan dorongan melakukan kebaikan. namun, hati yang sakit menafikan semua itu. hati yang sakit, mengubah 'inspirasi' menjadi 'ujub' yang mendorong.

buat jahat dapat dosa, buat baik takut ALLAH tak kira!
mungkin itu keluhan2 yang bakal timbul... hm, sebab itulah ALLAH suruh kita minta tolong denganNYA dalam melakukan ibadah. (HR Bukhari no.39 -RRS m/s252-).

nak minta tolong macamana? hae, banyak soalan pula. tak apa2 saya tak suka membunuh soalan. kerana, soalan dan menyoal mampu membina perkembangan kehidupan. minta tolong dengan berdoa. ingat, segala amal soleh yang kita lakukan semuanya kerana rahmat ALLAH yang maha luas.

ok, sudah dulu ya.. takut lebih 3 minit pula..(",)/