بسم الله الرحمان الرحيم
zahra’, apa pandangan enti tentang kahwin muda?
Wah, entah kenapa sejak akhir-akhir ini ramai yang minta pendapat tentang perkara ini. Ada juga yang istilahkan dengan topik perbincangan ‘islam, cinta dan perkahwinan’. Saya pun teruja dengan perkembangan dan perubahan isu yang pesat dalam kalangan remaja islam era globalisasi. Mungkin tempias nasi minyak bulan JUN yang lalu atau memang sudah tiba masanya... saya kurang pasti. Apa yang pasti saya terpanggil memberi pandangan.
~Kahwin muda vs study, sila klik komen ustaz hasrizal ~
Kahwin muda vs ready
kahwin, bukan satu perkara yang mudah.
Bukan perkara endah tak endah.
Bukan juga hanya menghindar resah.
Alam perkahwinan menjanjikan seribu satu perasaan. Bukan Cuma bahagia yang ada. Bukan juga hanya sengsara yang tercipta. Persoalannya, bagaimana kita membentuk rumahtangga itu.
Membentuk rumahtangga bukan hanya ambil kira siapa pasangan kita.
” calon ana ni insyaALLAH soleh, dah kerja, aktivis dakwah lagi. takkan nak tolak. Kan ada satu hadis
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda Rasulullah salallahualaihiwasalam :
“ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”
Ana takut berlaku fitnah dan kerosakan..."
Ya, itu satu sisi. Bakal pasangan kita orang yang soleh. Bakal pasangan kita mampu memberi nafkah zahir dan batin. Dia juga seorang yang sudah jelas fikrah dan manhaj perjuangan. Mungkin juga, dia ambil jalan nikah ini supaya masing-masing bebas dari fitnah dan kehancuran.
Baiklah, Kita cuba pandang dari sisi yang lain.
Diri kita. Adakah kita benar2 bersedia?
Memang, kita selamanya takkan benar-benar sedia. Perfect!. Tidak mungkin sama sekali. Sahabat-sahabat, kita sama-sama remaja. Saya rasa apa yang kalian rasa. Saya lalui apa yang kalian lalui. Saya fikir apa yang kalian fikir. Saya buat apa yang sepatutnya kalian juga buat.
Tapi kita tetap berbeza. Saya ,menulis kalian membaca. Beza kan?
Pengalaman kita beza. Latarbelakang keluarga, Persekitaran kawan-kawan dan sekolah, bahan bacaan dan input kita dari sekolah kehidupaan tidak semuanyaa sama. Sedangkan, itulah yang membina pengalaman.
baitulmuslim . Saya ada pengalamankah? Oh, Belum lagi.
Jadi, saya menulis berdasarkan ‘pengalaman’ seorang remaja bernama zahra’.
Umur 19 tahun adalah umur yang sepatutnya sudah matang. lebih dari boleh jika mahu membezakan perlu atau tidak berkahwin pada saat ini. Ukur baju di badan sendiri. Syaratnya, ukurlah dengan iman bukan ukur dengan nafsu. majoriti remaja sekarang hanya mengukur dengan jiwa sedangkan jiwa mereka hanya dipenuhi nafsu tanpa kawalan iman dan taqwa.
Kepada sahabat-sahabat yang sedang atau ‘akan’ dilamar, renung diri kita...
Sudahkan terpenuhi hak kita kepada ALLAH sebagai hambaNYA?
Kalau belum, bagaimana kita mahu memenuhi hak manusia bernama suami/isteri dalam keadaan kita masih terkapai-kapai mencari solusi kepada konflik identiti diri kita?
Sudahkah ALLAH redha dengan perjalanan masa lalu kita?
Kalau belum pasti, bagaimana kita mahu mendapat redha manusia(suami/isteri) dalam situsi kita yang masih kontang dari redha ALLAH.
Adakah kita benar-benar ‘ada’ ilmu untuk mengurus sebuah baitul muslim?
Kalau belum cukup, tambahlah. Kalau belum ada, macamana kita boleh kata nak kahwin untuk elak fitnah. sedangkan bila kita kahwin tanpa ilmu yang sepatutnya, tanpa sedar kita telah mendatangkan fitnah kepada islam dan institusi baitul muslim itu sendiri. Wal ‘iyazubillah.
Enti dah sedia?
Zahra, enti dah sedia ka nak kahwin?
Wah, soalan cepu mas ni. sebenarnya soalan ini membawa saya ke dalam dimensi rasional yang lebih matang. Menyelami realiti sebuah perjalanan hidup. Saya hanya tersenyum mendengar soalan lucu ini. Soalan yang hadir dari seorang sahabat yang paling rapat dengan saya [moga ukhuwwah ini hingga akhirat -1]
Kepada khalili, ini jawapan ana: belum. tetapi harus bersedia dan sentiasa berusaha untuk siapkan diri :-)
Baca semula jawapan saya di atas.
2-3 kali saya baca, mengingatkan saya kepada sesuatu. KEMATIAN.
Barangkali, itu juga jawapan kita untuk persediaan mati. Mana ada manusia yang sempurna. Begitu juga saya, setiap hari saya berdosa dan setiap hari jugalah saya bertaubat. Esoknya, saya berdosa lagi kemudian bertaubat lagi.. sampai seterusnya. Saya yakin, kita tak sengaja buat dosa sebab fitrahnya manusia benci keburukan. Cuma kadang-kadang kita kurang ilmu untuk mengenal tipu daya iblis berbanding iblis kenal siapa yang bakal dia perdaya.
Saya manusia berdosa yang sentiasa ingin suci dari dosa. Kalian juga begitu kan? Jadi, jawapan kita tentang kematian dan perkahwinan pasti sama.
Sekarang, saya hanya mahu siapkan diri dengan bekal ilmu yang benar-benar soheh.saya sedang bina fardhu muslim supaya lebih mantap tak mudah diruntuh, utuh.
Sahabat-sahabatku sayang sedarlah kita dari terus berada di zon selesa. Kalian perlu tahu kita sekarang berada dalam zaman fitnah ilmu yang berleluasa. Melalui laman sosial, blog, sms, media massa, cakap-cakap orang dan banyak lagi sumber yang digunakan yahudi untuk menjajah ilmu umat islam. Faaktanya, sudah ada 2000 lebih hadis palsu yang telah tersebar di sekeliling kita. Semuanya dicipta sendiri oleh yahudi berdasarkan hadis soheh yang telah diubahsuai.
Sahabat-sahabatku sayang sedarlah kita dari terus berada di zon selesa. Kalian perlu tahu kita sekarang berada dalam zaman fitnah ilmu yang berleluasa. Melalui laman sosial, blog, sms, media massa, cakap-cakap orang dan banyak lagi sumber yang digunakan yahudi untuk menjajah ilmu umat islam. Faaktanya, sudah ada 2000 lebih hadis palsu yang telah tersebar di sekeliling kita. Semuanya dicipta sendiri oleh yahudi berdasarkan hadis soheh yang telah diubahsuai.
Cuba bayangkan, kalau kita tak siapkan diri dengan ilmu yang benar-benar disandarkan kepada dua sumber (al-Quran dan Sunnah dari sumber yang thiqah/boleh percaya). Bagaimana kita boleh yakin baitul muslim mampu dibangun? Bagaimana nasib ilmu generasi anak-anak kita yang bakal lebih mencabar? Mampukah kita membimbing ‘amanah ALLAH’ dengan ilmu kita yang masih terbatas?
Akhir kalam...
Sudahlah,
hentikan cakap-cakap tentang baitulmuslim.
Sekatlah angan-angan mendapat anak yang soleh dan musleh.
Bantutkan mimpi-mimpi indah gerakkan islam bersama pasangan.
Sekarang, ubah semua itu!
Mulakan diskusi-diskusi ilmiah berkenaan baitulmuslim.
rangka strategi mentarbiah amanah ALLAh menjadi insan soleh wa musleh.
Segarkan dan baharui niat untuk wanita dan lelaki itu saling membantu dalam urusan amar makruf nahi munkar (-2)
p/s: kepada sahabat saya yang bakal menempuh alam rumah tangga, ana tak halang dan ana tak suruh. Ana Cuma sokong apa yang terbaik buat sahabat ana. Kalau masih dalam tempoh ikat/tunang, pelihara apa yang ALLAH larang kepada selain suami isteri. tunang /ikat bukan tiket untuk bebas bertemu. Zahir kita boleh cover, tapi syaitan lebih minat untuk rosakkan hati kita.
Salam sayang dan rindu kerana ALLAH buat pembaca blog ~KHALILULLAH~. insyaALLAH kita sama-sama berusaha menjadi kekasih ALLAH.
Semoga ALLAH merahmati penulisan ini. [24611=12:20]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-1. "sahabat-sahabat karib pada hari itu, saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa" (az-zukhruf:67)
-2. " dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain dalam urusan menyuruh kebaikan dan menegah kemungkaran, melaksanankan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada ALLAh dn rasulnya. mereka akan diberi rahmat oleh ALLAH. sungguh. ALLAH maha Perkasa lagi maha Bijaksana."(at-taubah:71)
No comments:
Post a Comment
semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)