بسم الله الرحمان الرحيم
Stop! Jangan BW saja, baca dulu entri ni. Only three minute... Saya mohon sahabat pembaca membaca entri ni sampai habis (",). Boleh kan? Lagipun tak lama. Cuma 3 minit.
-------------------------------------------------------------------------------------
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman:
“ Sesungguhnya golongan manusia yang pertama akan diadili pada hari kiamat kelak ialah :
pertama,
orang yang mati syahid secara zahirnya. Orang tersebut dibicarakan lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi lalu dia ditanya: ‘apa yang telah engkau lakukan?’ Dia menjawab: ‘ Aku telah berperang keranaMu sehingga terbunuh sebagai syahid.’ Allah berfirman yang bermaksud: ‘Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau berperang dengan niat supaya engkau disebut sebagai pahlawan dan engkau telah pun mendapatkannya.’ Seterusnya, Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dihumbankan ke dalam neraka.
Kedua,
orang yang mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kepada orang lain dan selalu membaca al-quran. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. akan tetapi, lalu dia ditanya: 'Apa yang telah engkau lakukan?' Dia menjawab: ' aku telah mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kepada orang lain serta selalu membaca al-Quran kerana-Mu.' Allah berfirman yang bermaksud: 'Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau mempelajarinya supaya engkau dikatakan sebagai orang alim dan selalu membaca al-Quran supaya disebut sebagai qari (yang telah pakar dalam membaca al-Quran) dn engkau telahpun mendapatkan semua itu.' Lalu Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka.
ketiga,
orang yang diberi kekayaan melimpah oleh Allah, yang digunakan untuk selalu bersedekah. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. akan tetapi, lalu dia ditanya: ' Apa yang telah engkau lakukan dengan hartamu?' Dia menjawab: 'tiada satu kesempatan pun yang di dalamnya engkau suka agar seseorang mengeluarkan sedekah padanya, melainkan aku bersedekah di dalamnya kerana-Mu.' Allah berfirman: 'engkau berdusta. yang sebenarnya, engkau mengeluarkan sedekah tersebut dengan niat agar engkau dikatakan sebagai seorang dermawan dan engkau telah pun mendapatka gelaran itu.' Seterusnya Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dihumbankan ke dalam neraka. "
buat jahat dapat dosa, buat baik takut ALLAH tak kira!
mungkin itu keluhan2 yang bakal timbul... hm, sebab itulah ALLAH suruh kita minta tolong denganNYA dalam melakukan ibadah. (HR Bukhari no.39 -RRS m/s252-).
nak minta tolong macamana? hae, banyak soalan pula. tak apa2 saya tak suka membunuh soalan. kerana, soalan dan menyoal mampu membina perkembangan kehidupan. minta tolong dengan berdoa. ingat, segala amal soleh yang kita lakukan semuanya kerana rahmat ALLAH yang maha luas.
ok, sudah dulu ya.. takut lebih 3 minit pula..(",)/






