06 March 2011

warkah untuk daie.. dari saudaramu

بسم الله الرحمان الرحيم


warkah dari sahabat seperjuanganmu-kita mahu bawa islam bersama!



alhamdulullah..
pujian hanya untuk ALLAH yang mentadbir semesta alam.

sesungguhnya, langkah sebagai daie penuh ranjau dan duri. memeritkan dan memedihkan. kadangkala kita diuji dengan apa yang kita dakwahkan. tak kurang juga cabaran dari segenap sudut yang datang dari perubahan isu dunia serta doktrin yang digembar-gemburkan musuh.


seringkali dugaan yang menerjah mematahkan semangat dan jiwa perjuangan yang dahulunya kental. apatahlagi bila melihat ramai sahabat yang pernah bersama kita, 'jatuh'. saat terkenang hakikat mukmin itu umpama tiang-tiang yang mengukuhkan satu bangunan, keutuhan kita juga terasa 'runtuh'.


tapi sahabat-sahabatku..
diriku tahu bahawa kau tetap akan teruskan langkah ini..
walaupun rasa 'futur' pernah singgah dibenakmu..kau tetap sedar akan sebuah hakikat.
hakikat bahawa kau selamanya akan tetap menjadi daie.
kerana,pokok daripada cabang-cabang iman itu adalah 'laa ilaaha illallaah'.


sahabat seaqidahku..
kau juga sedar bahawa kau tak pernah sendiri. 
bukankah "حسبنا الله و نعم الوكيل"- [a] sudah menjadi santapan harianmu?
walaupun kita belum saling bertemu, tapi kita tetap dekat dan kuat..
dekat dan kuat dengan syahadatain, 'laailaaha illallah muhammadur rasulullah'.


sahabat yang pernah berjuang denganku..
kadangkala jarak yang memisahkan buat kau rasa jauh..
bukan luar biasa jika kau merasa 'sendiri'..
itu fitrah ketika tak ada yang menyokong usaha kita
namun, kau tetap berusaha menjadi mukmin kan?
tentu kau masih ingat  tentang keajaiban seorang mukmin!


sabda rasulullah s.a.w:


عَجَبًا لِأمْرِ المُؤمِن إن أمْرَه كُلَّه خير وليس ذاك لأحد إلا مؤمن إنْ أصابتْه سرَّاءُ شَكَرَ فكان خيْرا له و إنْ أصابته ضرَّاءُ شكرَ فكان خيرا له

" sungguh ajaib dan menyenagkan orang mukmin itu! segalanya serba baik, hal yang demikian itu hanya dimiliki oleh orang beriman. jika dia mendapat kesenangan maka dia bersyukur, dan jika dia mendapat kesengsaraan maka dia bersabar, sehingga apa yang dihadapinya selalu mendatangkan kebaikan baginya" [b]


nah,
inilah yang membuatkan kau terus kuat di atas jalan dakwah ini.


mukmin itu, jiwanya damai - nyahkan galau itu


yakinlah sahabat-sahabatku... 
mendung akan berarak jua. 
galau akan pergi meninggalkan hati yang bahagia. 
kekusutan akan berakhir dengan peleraiannya.
konflik yang membendungmu sekarang, akan ada noktahnya.
perpecahan di depan matamu akan bersatu akhirnya.
bersatu diatas paksi keimanan dan hamba.
menongkah gelodak cinta dunia.


maka, 
IMAN itulah titik persamaan kita!
ya,
IMAN itulah titik persamaan kita!
carilah, gapailah, dan galilah dari segenap inci ruang dunia..
agar kau bertemu titik itu.


natijahnya,
insyaALLAH kedamaian bagi dunia..
kemakmuran islam di semesta..
kesejahteraan ke negeri abadi..




aku yang berbicara denganmu,
SAUDARAKU...

~ firas az-zahra'~

wallahu aa'lam.

--------------------------------
[a] (Ali imran:173)
[b] (HR. muslim)

05 March 2011

alhamdulillah, kita boleh jadi 'luar biasa'!

  بسم الله الرحمان الرحيم

" TERIMA KASIH YA ALLAH"

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

manusia biasa akan rasa dirinya biasa-biasa apabila tidak menyedari bahawa dia dicipta untuk menjadi 'luar biasa'. jadi, mula hari ini saya ingin mengajak  sahabat blogger sekalian untuk menjadikan diri kita luar biasa.

apa perasaan kita jika orang yang selalu kita bantu tak menghargai bantuan kita?. tidak pernah berterima kasih. membalas budi, apatah lagi.

pasti sakit hati walaupun sedikit.

bagaimana pula jika bantuan yang kita berikan sedikit, hanya sedikit dan kita sendiri kurang mengingatnya. contohnya, kita pernah memberi RM0.50 kepada seseorang yang tidak kita kenali. kemudian, setelah 1tahun selepas itu dia bertemu dan mengucapkan terima kasih kepada kita. bukankah dia adalah manusia yang luar biasa?

ALHAMDULILLAH

terima kasih ya ALLAH! saya bahagia bila mendengar ucapan ini disebut. tapi, menjadi duka bila 'alhamdulillah' sekadar menjadi adat, bukan ibadat.

manusia luar biasa adalah mereka yang luar biasa hubungannya dengan ALLAH. bersyukur kepada ALLAH dengan sekecil-kecil benda.

terima kasih ya ALLAH, hari ni aku boleh online.
terima kasih ya ALLAH, aku baru ja berkongsi di pondok teduhan alam mayaku.
terima kasih ya ALLAH, aku dapat peluang bekerja sebelum masuk U.
terima kasih ya ALLAH, aku boleh ambil lesen walaupun tak dapat masuk kursus bahasa macam kawan-kawan lain.
terima kasih ya ALLAH, bateri handset aku boleh penuh.
terima kasih ya ALLAH, aku dapat tidur.
terima kasih ya ALLAH, aku masih boleh rasa sakit.
terima kasih ya ALLAH, aku boleh mandi hari ni.
terima kasih ya ALLAH, aku boleh beza yang mana huruf A dan B.
terima kasih ya ALLAH, kaki aku masih boleh dibengkokkan.
terima kasih ya ALLAH, aku berpeluang mengenal islam dan tarbiyah.
terima kasih ya ALLAH, aku masih layak masuk periksa. 

SUBHANALLAH!
terlalu banyak perkara kecil yang kita remehkan.

lihatlah, berapa ramai orang yang tak dapat tidur akibat insomnia. bagi mereka, tidur 15minit itu adalah nikmat terbesar berbanding kita yang hanya mengucapkan alhamdulillah kerana boleh bangun semula.kita terlupa nikmat tidur itu.

lihat juga berapa ramai mahasiswa miskin yang tak layak menduduki peperiksaan hanya kerana yuran yang tertunggak. juga, mereka yang gagal dan terpaksa belajar semula.

lebih ramai lagi yang berada di pedalaman dan tarbiyyah tidak sampai kepada mereka. jangankan tarbiyyah, islam juga barangkali belum mereka kenal(na'uzubillah).
ya musharrifal quluub thabbit qulubana fil islam

'luar biasa' mencipta keajaiban

mula saat sahabat2 membaca entri ni, ucaplah ALHAMDULILLAH dengan tulus dari hati yang ikhlas. ikhlas... antara kita dan DIA. 

ikhlas itulah yang mengeluarkan kita dari limitasi 'biasa'.
formula ikhlas adalah: [ikhlas+redha= keajaiban].

kajian menunjukkan bahawa, bila kita selalu berterima kasih, aura positif akan menghasilkan charge2 yang menolak aura negatif. charge positif dalam badan kita juga menyebabkan metabolisma badan menjadi stabil.

maha suci ALLAH yang menyusun atur segalanya.. cantik sekali!

bicara hamba

1~ alhamdulillah, selesai juga entri kali ni.
2~ alhamdulillah, ada insan yang membaca entri ni.
3~ alhamdulillah, blog ~KHALILULLAH~ [فكرة مجددة], ada pengunjung rupanya!

penutup

ibnu 'athoillah berkata:
" sebaik-baiknya ilmu itu, yang disertai oleh rasa takut kepada ALLAH bersamanya" (al-hikam~244~)

wallahu a'alam.

*-entri ni diolah dari motivasi pagi edisi 4 mac di IKIM.fm jam 7.30pagi.

24 February 2011

santai: dari blog 'bayyinat'

                  بسم الله الرحمان الرحيم

melihat bayyinat untuk pembaikan ~KHALILULLAH~

kadangkala manusia perlu menilai diri dengan kelebihan orang lain. seringkali juga manusia perlu menilai diri dengan kekurangan orang lain. kedua-dua cara ada situasinya masing-masing.

menilai dengan 'kelebihan' agar istiqamah tawadhu' dan rasa hamba. 
menilai dengan 'kekurangan' agar syukur itu jadi selalu.
kita sendiri yang layak 'memberi' nilai pada diri.. bukan me'nilai'kan diri.

kesimpulannya, hanya ALLAH yang layak menilai kehambaan hambanya melalui dugaan, cabaran, kesabaran, kesakitan dan 'kekuatan'. terbina kalam ini berdasarkan kalam ALLAH dari kitab suci al-quran:

" ...yang menjadikan mati dan hidup, supaya DIA menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.dan dia maha perkasa lagi maha pengampun"
(al-mulk 67:2)

tentang bayyinat

"dan ALLAH menerangkan ayat-ayatnya kepadamu.dan ALLAH maha mengetahui lagi maha bijaksana."
(an-nuur24:18)

demikianlah maksud tersirat di sebalik penubuhan blog bayyinat saya kira. blog yang memiliki penulis biasa yang berusaha menjadi hamba luar biasa ini, begitu menarik minat saya. anda juga barangkali. susunan bicara yang tersusun dan pengisian yang membangkitkan.

mungkin pandangan ini dari pengamatan saya. anda pula?

klik gambar di bawah untuk bertaaruf dengan 'bayyinat'...

bayyinat
moga ALLAH redha perkongsian ini.
wallahu a'lam.

18 February 2011

jazakallahu khairan 'penegur'...

بسم الله الرحمان الرحيم

moga bicara kali ini tak mengundang fitnah... bicara ini buat semua. kamu, saya, dia, mereka dan kalian.. saudaraku selamanya.

saya terpanggil menyediakan entri ini untuk sebuah kejelasan terhadap sebuah teguran. saya menerima teguran ini sebagai teguran dari ALLAH agar lebih memelihara bicara dengan taqwa.

saudaraku, carilah taqwa di pekat malam

teringat analogi jelas yang dibuat ubay bin ka'ab ketika beliau ditanya oleh Saidina Umar r.a tentang taqwa.
   Ubay menjawab:"pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?" Umar menjawab:"aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan." maka Ubay berkata:"demikianlah juga taqwa!" [1]

ya, pertama kali membaca teguran2 dalam shoutbox yang saya 'paste'kan di bawah, saya hanya tersenyum. tersenyum dengan senyuman yang punya banyak makna... ya, banyak makna. salah satunya tanda saya serius.  memang ini kebiasaan saya,- serius hingga tersenyum, tanda serius dalam senyuman-.

berikut teguran yang saya terima di shoutbox. (baca dari bawah ya.)
boleh tekan butang next di shoutbox untuk ,ihat soalan akh zul pada saya.

·         penegur krn org2 mcm antum lah ISLAM di pndang mundur krn mngeluarkn pndgan tnpa mneliti betul2 apa yg para alim ulama brckap

2011-02-17 3:17 AM

#
·         penegur antum spa yg i'tiraf??takut2 lidah yg brbicara mnyebabkn api neraka terus marak krn mnjatuhkn pndgan ulama'
2011-02-17 3:16 AM

#
·         penegur klu x stuju dgn ana x pa,ni dh x stuju dgn ulama bsar dunia,syeikh ali jumaah telah di'tiraf oleh ulama' dunia keilmuannya
2011-02-17 3:15 AM

#
·         penegur antum ada apa yg nk di sandarkn???hormat kpd ulma' lbih pnting bg pnuntut ilmu
2011-02-17 3:14 AM

#
·         penegur sdah pasti mreka bkan brckap sdap mulut ada alasan trsndri yg brsandarkn dalil yg sohih
2011-02-17 3:14 AM

#
·         penegur masyAllah, ana tgok sdra zul dn sdri zahra' sdah belbihan dlm mmbri pndgan, mksudnya skrg bkan mnentang kzalimn atau x, tp radd seorg ulama kpd ulama'
2011-02-17 3:13 AM

#
·         penegur siapa kita nk msuk cmpur antum trlalu alim dlam bab jarh wa taadil???dr asri ada pndpatnya yg sndri, syeikh ali jumaah ada pndpat sndri
2011-02-17 3:12 AM

#
·         zahra' to zul jazakallah. ana swpwndapat sgn drmaza. bginda nabijuga menyuruh kita membantu saudara kita yang zalim. boleh rujuk solusi 27 tentang taqwa



hikmah dari pena meresap ke lubuk taqwa

maksud dan hikmah yang cuba saya jelaskan

sependapat dengan drmaza tak bermakna menerimanya secara total. kata-kata saya juga tidak ada yang menunjukkan saya menolak pandangan ali jumuah. hakikatnya kebenaran yang total itu adalah dari AL-HAQ(yang empunya kebenaran). kita, ulama, nabi sekalipun tetap makhluk. makhluk kepada AL-HAQ.

pendapat drmaza ada asasnya.

pada pandangan saya, wrga mesir tak wajar dihalang dari menjatuhkan kezaliman politik mereka. mungkin itu respon mereka terhadap kezaliman. respon yang diajar nabi dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-bukhari(2263) dan muslim(4681).

pada suatu hari rasulullah s.a.w menyebut,"bantulah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi". para sahabat kehairanan lalu bertanya: "memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalilmi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka ketika mereka melakukan kezaliman? maka, rasulullah s.a.w menjawab: " engkau mencegahnya dari melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim"

subhanallah, warga mesir mengaplikasi metode dakwah nabi. dan, alhamdulillah mereka berhasil! 

mengenai kenyataan ali jumuah [boleh rujuk sini], beliau juga ada sebab tersendiri. asal kita bisa optimis dan sejajar mencari hikmah.

ALLAH, ALGHAFUR,ARRAHIM

Allah berikanmu kebaikan

jazakallahu khairan. begitulah maksud dari kalam arab ini. ucapan terima kasih dalam bentuk doa. saya tujukan khas buat 'penegur'. juga buat kalian yang membaca entri ini. hanya ALLAH yang menularkan kebaikan dari ziarah dan perkongsian kita. saya berbicara dengan masyarakat berilmu. moga-moga kalian, suadaraku memahami.

benarlah, 'hikmah' itu ilmu yang tak diajar. tapi boleh dipelajari. hanya hati yang bersih mampu mempelajari 'hikmah'. saudaraku, bersihkan hatimu untuk mempelajari hikmah.

wallahu a'lam.


[1]-solusi isu27 m/s 12

06 February 2011

ilmu, bukan hanya di mesir.

بسم الله الرحمان الرحيم

alhamdulillah.
31 januari lalu keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diumumkan. alfu mabruk, jutaan tahniah kepada sahabat2 yang berjaya dengan cemerlang. kepada yang belum cemerlang, yakinlah segalanya telah tercatat di luh mahfuz tentang diri kita. dari sebesar hingga sekecil-kecil perkara ALLAH telah tetapkan. sekecil DNA yang terbentuk dalam diri kita.Allahuakbar.

biarlah langkah ini dalam redha ALLAH


impian ke mesir

tak dinafikan, sebahagian besar sahabat2 saya mempunyai impian besar ke mesir. saudara juga barangkali. meneruskan pengajian dan menuntut ilmu di  bumi anbiya' sebenarnya turut menjadi harapan di lubuk hati saya yang terdalam. mudahnya, tersenarai dalam perancangan hidup. tapi mungkin bukan sekarang.

alhamdulillah. diberi kesempatan bersembang dengan seorang sahabat, kami berbincang halatuju masing-masing selepas STAM. sahabat saya, tergolong pelajar cemerlang dalam STAM. 9mumtaz
dan 1jayyidjiddan.
" nak sambung mana? mesir?", saya mula bertanya walaupun saya sudah tahu impiannya.
" insyaALLAH, memang nak ke mesir. tapi bolehkah? kakak ana yang belajar di mesir pun akan dipindahkan. takkan kita pula nak masuk?", jawabnya penuh harapan.

ya, memang ini yang menjadi dilema kebanyakan pelajar yang berkeinginan melanjutkan pelajaran ke Mesir. tak kurang juga dilema ibu bapa yang memikirkan keadaan anak-anak mereka yang tak dapat dijamin dengan hanya title 'bumi anbiya'. cuma ALLAH yang tahu apa akan terjadi. manusia hanya meihat berdasarkan situasi dari isu semasa. bukan begitu? 

ada pula sesetengah pelajar yang beranggapan, dengan ke mesir mereka boleh bergabung menjatuhkan  pemimpin yang zalim. "inilah perjuangan sebenar di medan yang realiti. kalau mati, boleh syahid. kalau berjuang di malaysia, belum tentu lagi dapat syahid. ni yang lagi semangat nak ke mesir!" begitu tinggi semangat seorang lagi teman saya.

saya hanya tersenyum mendengar. kalau semangat, lautan api pun sanggup direnangi. sebab itu baginda nabi menganjurkan sebuah kefahaman berlandaskan manhaj Al-Quran dan Sunnah. bukan berlandaskan semangat. sekalipun, peranan semangat tak dinafikan kepentingan momentumnya di arena dakwah. nah, ini yang kurang dalam kebijaksanaan pelajar dan remaja yang berkecimpung dalam dunia dakwah.

tak boleh belajar di mesir?

jawapan itu hanya boleh dijawab oleh situasi masing-masing. bagi saya, tiada masalah di mana pun kita belajar. hatta di dalam bilik, di bilik air, di hutan pun kita boleh belajar. cuma, kalau nak bertalaqqi dari ulama'2 tersohor, barangkali itulah pertimbangannya. jika keamanan milik Mesir dan negara-negara berkaitan, insyaALLAH ada tempat buat para pncinta ilmu.

dalam pertimbangan ini, saya mengajak sahabat-sahabat untuk mengutamakan redha ALLAH dalam setiap keputusan. istikharahlah, mintalah redha dari orang tua. ridhollahu fi ridhol walidain. redha ALLAH terletak pada keredhoan ibu bapa.

ALLAH tahu masa kita kedepannya

saya nak bawakan sebuah kisah benar.

tentang seorang guru yang sangat saya kagumi dan kebanyakan pelajar di sekolah. beliau merupakan seorang pelajar aliran sastera yang berkeinginan besar untuk ke mesir. bahkan beliau sudah melakukan banyak persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke sana. namun, sebagai anak bongsu lelaki yang ingin berbakti buat bunda tercinta, beliau mengurungkan niat murni tersebut. waktu itu, mesir aman tanpa sebarang rusuhan.

beliau yang bercita-cita menjadi seorang ustaz, akhirnya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dalam kos akademik. dan sekarang beliau adalah seorang sir dengan panggilan ustaz.

ya, yakinlah sahabat-sahabat. ALLAH itu lebih tau tentang diri kita berbanding diri kita sendiri. usah pinggirkan ALLAH kerana keyakinan. yakin itu tidak cukup tanpa redha ALLAH. berdoalah. berdoalah. berdoalah dalam keyakinan dan redha terhadap percaturan ALLAH. 

ana i'nda zhonni 'abdi bi. aku disisi prasangka hambaku kepadaku. demikian ALLAH berbicara dengan kita melalui sebuah hadis qudsi.
wallahua'lam.

04 February 2011

santai: dari blog brohamzah

بسم الله الرحمان الرحيم

alhamdulillah.
sempena nama dan wajah baru blog firaszahrafajar, saya mahu wujudkan label baru, blog istimewa. insyaALLAH entri label ini akan saya update sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. insyaALLAH. mohon doanya ya!

yah, sekali-sekala menulis tentang orang lain.berkongsi mana2 kunci kebaikan yang ada. teringat kata-kata dari buku nota hati seorang lelaki. pesanan dari pak long penulis,Pahrol Mohd. Juoi:

" jangan menulis tentang diri sendiri. orang bijaksana, menulis tentang ilmu. orang cerdik, menulis tentang peristiwa. orang pandai, menulis tentang orang lain. hanya orang bodoh, menulis tentang diri sendiri."
                                         ~sebuah renungan~

ayuh, bina komuniti blog untuk ummah!


alhamdulillah, berblogger banyak bantu saya mengenal alam maya dengan lebih dekat.
mengenal insan-insan pilihan ALLAH .
mengenal ilmu-ilmu bermanfaat.
mengenal hakikat sebenar kehidupan mukmin.
mengenal teknik penulisan seorang dai'e.
dan yang paling utama mengenal ALLAH dengan segala keaiban seorang hamba.

Alhamdulillah.

kembara di alam blog membawa saya ke blog BROHAMZAH. kata2 pertama yang masuk ke jiwa saya adalah              
" Sesiapa yang menghendaki kejayaan dan kepuasan dalam kehidupannya, maka dia dapat menemukannya dalam iman dan hidayahNya.Sebab kedua unsur itulah rahsia dijaganya nikmat dan kebahagiaannya di dunia & akhirat"               


ditulis oleh BroHamzah sebagai tema blognya. bukan sekadar tema!..
subhanallah, penuh makna dengan hikmah.



kebetulan, penulis yang berasal dari negeri kelahiran saya ini juga merupakan salah seorang kolumnis langitilahiV2. beliau mengisi kolum himmah.. subhanallah, penulisannya mampu menyalurkan ruh kebangkitan. ya, bangkit dari semangat yang buta!

antara link yang memberi ibrah buat saya 
 boleh terus ke blog brohamzah di http://brohamzah.blogspot.com/
insyaALLAH buat kalian. buat saya. buat kita para du'at.

03 February 2011

بسم الله الرحمان الرحيم
 ..... السلام عليكم.... 

sahabat-sahabat, maaf ya blog ini 'under renovation'.
insyaALLAH dalam perancangan akan siap sekitar esok, 4 feb jumaat.

"umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam"..

salam tajdid iman dan seluruh kehidupan ke arah yangv lebih baik.