10 March 2012

penghargaan buat kalian.

بسم الله الرحمان الرحيم

alhamdulillah, setelah sekian lama saya belum pernah menulis entri buat kalian. entri yang khusus buat kalian yang memebaca dan menyebarkan apa-apa yang terkandung dalam blog ini.

apalah maknanya blog ini terus wujud jika tanpa kalian. biarlah, sekalipun kamu hanya menitipkan secuit komen untuk meninggalkan link atau kamu hanya membaca satu perenggan atau kamu terus-menerus mahu menjadi silent reader, dan mungkin juga kamu adalah insan yang mengamalkan apa yang kamu baca.

sesungguhnya, hanya kamu yang tahu siapa dirimu disebalik pembacaan dan penilaian terhadap tilisan-tulisan dan perkongsian dari blog ini.

cuma, saya dapat mengenalpasti beberapa blog yang menjadi sumber trafik bagi blog saya untuk bulan ini. alhamdulillah, semakin hari manusia semakin ringan menyebarkan kebaikan. saya terharu dan sentiasa mengharapkan kebenaran berpihak kepada kita semua, inSYAALLAH :-)



 blog yang tersenarai di bawa merupakan blog2 yang menyumbangkan trafik menghala ke blog saya.
saya sebenarnya malu kerana blog-blog ini nyata lebih baik dari blog saya. di sini, saya senaraikan link-link blog yang wajar kita semu layari. mereka ini punya kelebihan dan gaya penulisan masing-masing yang membuatkan saya jadi banyak belajar dari mereka.


senarai blog yang menyumbang trafik



sejak penubuhan blog ini


http://www.kehidupanku-razi.blogspot.com/
http://daiesiber.blogspot.com/
http://menggapaihusnulkhotimah.blogspot.com/
http://muharikah.com/archives/3804/
http://akhawatulmuslimat.blogspot.com/
http://bloglistbayyinat.blogspot.com/


bulan ini (10feb-10mac)

http://studentslifepage.blogspot.com/
http://hanadini.blogspot.com/
http://theflyingkick.blogspot.com/
http://anabashair.blogspot.com/
http://asfapyon.blogspot.com/2012/02/dua-hari-di-idt.html
http://nurmujahiddahsolehah.blogspot.com/2012/03/tahajjud-krunch.html
http://viigen.blogspot.com/

ucapan saya
jazakumullahu khairan kathiir atas jasa kalian yang mungkin tidk kalian sedar. sesungguhnya, bukan saya yang menyebabkan semua ini terjadi. ALLAH lah yang memilih kalian untuk menjadi sebab kepada tersebarnya kebaikan.

kepada yang meletakkan link blog saya di blognya tetapi tidak tersenarai disini, kalian bolehlah tinggalkan link di ruang komen. insyaALLAH saya akan update semula entri ini dengan meletakkan juga blink blog kalian.

saya sebenarnya sangat suka jika mampu membantu kalian untuk berkongsi link-link blog kalian. selagi perkara itu baik, saya berbesar hati jika mampu membantu.

semoga ALLAH membantu kita dalam usaha kita menjadi penulis, pembaca dan penyebar kebaikan yang ikhlas. ALAHUMMAJ 'ALNA MINAL MUKHLISHIIN.

akhir kalam,
doakanlah sahabat2 kita di Palesti dan Syiria serta saudara2 kita di seluruh dunia yang masih ditindas dengan kezaliman. bersyukurlah kita, ucapkanlah ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH dan ALHAMDULILLAH!

 

06 March 2012

'sang pencerah'- inspiratif!

بسم الله الرحمان الرحيم

mengenai filem Sang Pencerah

Sang Pencerah adalah filem drama indonesia  tahun 2010 yang dilakonkan oleh Hanung Bramantyo berdasarkan kisah nyata tentang pengasas Muhammadiyah, Ahmad Dahlan.

Film ini dibintangi oleh Lukman Sardi sebagai Ahmad Dahlan, Ihsan Idol sebagai Ahmad Dahlan Muda, dan Zaskia Adya Mecca sebagai Nyai(ibu) Ahmad Dahlan.

Film ini menjadikan sejarah sebagai pelajaran pada masa kini tentang toleransi, koeksistensi (bekerjasama dengan yang berbeda keyakinan), kekerasan berbalut agama, dan semangat perubahan yang kurang.[1]

 Sang Pencerah mengungkapkan sosok pahlawan nasional itu dari sisi yang tidak banyak diketahui umum. Selain mendirikan organisasi Islam Muhammadiyah, lelaki tegas pendirian itu juga dimunculkan sebagai pembaharu Islam di Indonesia.

Beliau memperkenalkan wajah Islam yang moden, terbuka, serta rasional.[2] Versi novel kisah ini ditulis oleh wartawan-sastrawan indonesia Akmal Nasery Basral, dan mendapat anugerah Fiksi Terbaik Islamic Book Fair Award 2011
[sumber:wikipedia]

bingkisan buat kita

saya menonton filem sang pencerah pada semester lepas. sehingga sekarang, ada beberapa kata-kata yang masih terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran saya yang sering mengetuk pintu hati ini untuk terus belajar nilai sebuah keikhlasan.

"kadang, orang itu terpeleset (menjauh dari kebenaran) bukan karena bodoh, tetapi karena dia sering dikuasai akalnya."

"satu hal yang penting, bukan siapa kita.
tapi bagaimana kita untuk umat."

" kalau kamu mahu belajar, kamu harus berprasangka baik"

"hidup berjalan seperti apa yang kita fikirkan."

"agama itu bukan rangkaian aturan2 yang boleh dipermudah untuk dipersulitkan. agama itu sebuah proses . seperti udara pagi yang kita hirup perlahan2 ke tubuh kita.."

" kita ini, boleh punya prinsip, asal jangan fanatik.kerana, fanatik itu, ciri orang bodoh!"

"hidup-hidupilah muhammadiyah, jangan mencari hidup dalam muhammadiyah"
ketika Ahmad Dahlan bersembang dengan isterinya tentang cemuhan dan penolakan orang-orang di sekelilingnya, beliau berkata "aku sendiri tidak tahu apakah yang aku lakukan ini benar ?"

dengan penuh hemah dan kasih isterinya menjawab:"kalau kita tahu, kita takkan pernah belajar."

sejenak saya terdiam. memikirkan semua kata-kata ini dengan penuh cakna..
saya jadi tersenyum sendiri. 

saya teringatkan baginda rasulullah shallahu 'alaihi wasallam, para sahabat dan ulama'-ulama' seperti ibnu taimiyah, syed Qutub, Imam Hasan Al-banna, imamuna Syafie rahimahumullah, dan banyak lagi ulama'-ulama' terdahulu yang hampir serta pernah dipenjara akibat tuduhan manusia yang berperangai syaithan.

tersenyum bukan kerana gembira,tetapi kerana bersyukur kita smua belum diberi dugaan sehebat itu.

sahabat pembaca yang saya kasihi,
ktahuilah bahawa dugaan, cabaran, tohmahan, kritikan dan rintangan yang kita lalui hanyalah rencah yang akan kita lupa jika kita melihat keindahan yang akan kita perolehi jika kita sabar menghadapinya.

Imam Malik dalam kitabnya yang masyhur, kitab Riyadhussolihiin telah menyusun satu bab mengenai sabar. Dalam hadis kelapan bab sabar, rasulullah shallallahu alaihi wasallam menyatakan dalam sebuah hadis qudsi mengenai balasan syurga bagi orang-orang yang bersabar dengan dugaan dan ujian yang ALLAH timpakan ke atas dirinya.


akhir kalam

saya sangat menganjurkan kepada sahabat-sahabat pembaca , agar kalian menonton filem yang sangat baik ini. banyak perkara yang kita boleh pelajari. banyak perkara yang kita boleh rasai. banyak perkara yang boleh kita teliti.

satu lagi perkaara, saya sangat kagum dengan percambahan filem islami di indonesia yang berkualiti dari segi sutradara dan sambutannya. hal ini membuktikan islam bukanlah alasan untuk kita terlalu jumud sehingga 'terpaksa' mengaut penonton melaui gerne-gerne syirik dan ganas sahaja.

hakikatnya, islam adalah fitrah kita semua. fitrah saya, kalian dan mereka yang melakonkan filem seram itu sekalipun. kerana islam itu syumul dan mencakupi semua spek. cuma, kadang-kadang kita mengabaikan fitrah dan mengikut petunjuk nafsu.

Semoga ALLAH sentiasa memelihara kita dari terpeleset dan menjauh dari jalan yang lurus.
hayatilah, hayatilah, dan rasailah kemanisan kalimah..
"IHDINAS SHIROOTHOL MUSTAQIIM" [tunjukilah kami jalan yang lurus]

wallahu a'lam

link untuk filem sang pencerah:

03 March 2012

a little sharing

 بسم الله الرحمان الرحيم

assalamualaikum, 
just short note from me. today i'll conduct my group for study circle sister 2 class (cchs 1012). it could be conducted in malay eventhough i just wanna practice my broken english here :-)..

i'm not a leader or a teacher for them, i'm only a sister for them.They have so much hope in this study circle(halaqah). 

most of them are law's student. i am sharing their hope here:

their hope

" increase my knowledge in every aspect of my life and trying to be a better muslimah"

"i'll be happy and get more knowledge in this class to be a better person, if not for others, for myself"

"increse my knowledge/ to know more about islamic knowledge which i do not know/ refresh anf recall about islamic knowledge which i've forgotten"

my motivation

actually, their hope motivated me to be better person. i'm not the best,but still i wanna be the good muslim which can make the others also better on the way to be 'practicing islam' people.

oh, i'm sorry because i have no idea to write in english. i think it's enough.

waiyyakum bissalaam :-)
[have a nice day!*iium library's receipt's style*]

01 March 2012

apakah sebenarnya wasathiyyah?

بسم الله الرحمان الرحيم

jujur saya katakan, hidup ini takkan pernah manis jika tiada ujian. seringkali kita melihat kesedihan sebagai stu perkara yang asing. sedangkan, dengan adanya kesedihan itulah kita tahu di mana nilai gembira dan bahagia.

walaupun saya sedang 'sedih' sekarang, janji tetap janji. saya harus tunaikan amanah kepada diri saya -yang hakikatnya datang dari ALLAH- untuk berkongsi sedikit pencerahan mengenai konsep sederhana(wasathiy) yang mempelopori segenap tajuk perbincangan semasa di K-FIQH 2012.

saya suka memetik kata-kata Mufti Zimbabwe Mufti Ismail Musa Menk ketika dalam pidato perdananya mengenai wasathiyyah:

“Matahari semasa terbit, cahayanya lemah. Semasa terbenam juga, cahayanya lemah. Matahari paling kuat cahayanya semasa tengah hari. Begitu juga ummah. Paling kuat apabila berada di tengah-tengah (wasathiyyah)” [from:link]

 konsep wasathiyyah yang dibawa sangat jelas jika melihat kepada perutusan mengenai konsep ini yang saya petik dari laman rasmi Dr Zaharuddin (zaharuddin.net).

PENDEKATAN WASATIY?
by: Dr Zaharuddin

Hari ini, semakin banyak pihak yang cuba menisbahkan nama ‘sederhana’ dan wasatiy kepada mereka dan kumpulan mereka. Bagi kami, terpulanglah kepada niat dan ilmu masing-masing.

buku piagam kefahaman islam -kesatuan ulama' antarabangsa-
Cuma pastinya semua kita berhak untuk menyebarluaskan kefahaman atas penilaian ilmu masing-masing dengan cara yang terbaik lagi tersusun. Terpulanglah kepada mad’u untuk memilih dan menerima mana yang terlebih baik.

Dalam menentukan dan menta’yinkan(menjelaskan) pendekatan wasatiy yang dimaskudkan oleh kami, kami cenderung untuk bersetuju dengan model wasatiy yang dijelaskan dengan lebih terang lagi jelas oleh Kesatuan Ulama Muslimin Antarabangsa, yang sama antara lainnya menentukan sikap seperti berikut:-

Asas Wasatiy di ambil firman Allah swt :-

كَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
Ertinya : Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.. (Al-Baqarah : 143)
Wasatiy yang kami yakini adalah kesepaduan yang positif dalam segenap aspek lapangan kehidupan, sama ada dari sudut aqidah, amalan fizikal dan spriritual, individu dan kumpulan.

Kami meyakini bahawa ghuluw atau ekstremism dalam agama bakal merosakkan individu atau kumpulan, sebagaimana disebut Nabi:


إياكم والغلو في الدين فإنه أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين

Ertinya : Jauhilah melampau (ghuluw) dalam agama, kerana telah binasa mereka yang sebelummu disebabkan melampaunya mereka di dalam agama ( Riwayat IBn Majah dan An-nasaie dengan sanad yang sohih)
Pendekatan atau pemikiran wasatiy yang ingin disebarluaskan ini hampir semuanya diambil dari kefahaman ulama salafussoleh dan kontemporari iaitu:

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA penyeru kepada mazhab yang terlalu sempit ( sehingga seolah yang selainnya adalah sesat dan salah) , DENGAN mereka yang menyeru agar tiada perlu bermazhab untuk berpegang terus kepada teks Al-Quran dan Al-Hadis dengan tafsiran sendiri tanpa panduan mazhab.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA pengikut tasawwuf yang tidak mengambil kira walau wujud penyelewengan, DENGAN mereka yang memusuhi tasawwuf walaupun sebahagiannya masih menuruti ajaran Islam sepenuhnya.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA golongan yang hanya menghukum menggunakan aqal hatta bercanggah nas qat’ie, DENGAN kumpulan yang menolak hampir sepenuhnya fungsi aqal (literalis) dalam memahami nas yang anjal bentuk pelaksanaannya.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menafikan dalalah ilham secara mutlaq, DENGAN mereka yang berlebih-lebihan dalam mengunapakainya sehingga menjadikannya sumber utama hukum Islam.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu berkeras hatta dalam perkara cabang dan ranting, DENGAN mereka yang mengajak kepada tasahul ( mengambil mudah) hingga dalam hal berkaitan usul dan kuliyyat.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu memuliakan khazanah penulisan silam (turath) sehingga seolah menafikan kekurangan kemanusian seseorang manusia ( walaupun seorang ulama terhebat), DENGAN mereka yang berusaha menghilangkan terus relevansi khazanah silam, walaupun ternyata jelas kehebatan dan kejituan huraiannya.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu obses dengan teori idealis sehingga kelihatan tidak mengambil kira praktikaliti dan suasana semasa, DENGAN mereka yang terlalu mementingkan suasana semasa sehingga tidak mahu melihat langsung kepada yang ideal.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada falsafah liberal yang seolah menyucikan hak individu sehingga meninggikannya atas hak komuniti, DENGAN mereka yang menyeru kepada falsafah sosialisme yang terlalu menyucikan komuniti sehingga menzalimi hak individu.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada kemestian menuruti apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi walau dalam hal cabang dan medium urusan muamalat, DENGAN mereka yang menyeru pembangunan dan pengubahan walau dalam hal asas dan prinsip Islam.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada tajdid dan ijtihad sehingga dalam urusan Usul Agama dan hal Qat’iyyat, DENGAN mereka yang menyeru sepenuhnya kepada taqlid dan memusuhi ijtihad, walaupun dalam isu-isu semasa yang tidak pernah disentuh oleh ulama silam (kerana belum wujud).


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang mengabaikan nusus yang thabit dengan dakwan menjaga maqasid shariah, DENGAN mereka yang mengabaikan pertimbangan Maqasid al-Shari’ah dengan dakwaan ingin menjaga nusus secara seratus peratus.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menyesat dan mengkafirkan, DENGAN mereka yang terlalu bermudahan hingga kepada hal kemurtadan yang jelas terang dan mencabuli kehormatan Islam serta berkerja untuk musuh Islam.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menghukum haram atas perkara, sehingga hampir tiada yang boleh dianggap halal di atas dunia ini, DENGAN mereka yang melampau dalam mengharuskan perkara, sehingga seolah tiada yang haram.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang tenggelam dalam suasana lampau tidak menyedari perkembangan terkini, DENGAN mereka yang melupakan sejarah seolah mahu memadamkan terus pengajaran lampau.


Itulah antara yang sama-sama kami cenderung kepadanya, walau menyedari mungkin ada sebilangan kecil hal cabang yang kami turut berbeza pendekatan dan kecenderungan hukumnya, namun prinsip asas dan umumnya adalah sama dan sepakat di antara kami.


PERUTUSAN DR ZAHARUDDIN (sebagai wakil dan selaku penasihat K-FIQH 2012)

 
Kami sepakat kami perlu berakhlak dalam mengendalikan perbezaan idea, pendekatan dan analisa hukum.


Kami sepakat jiwa yang luhur, ikhlas lagi bersih amat penting dalam melahirkan ilmuwan yang soleh dan masyarakat yang baik.


Kami sepakat bahawa guru-guru kami memainkan peranan penting dan memberi bekas terhadap cara gaya dan pendekatan dakwah kami, justeru carilah ramai guru agar tidaklah kita terikut hanya dengan satu acuan dan pendekatan, agar kita mampu melakukan perbandingan yang lebih adil. Membuka minda tidak tertutup.


 Kami sepakat bahawa hal yang asas dan prinsip khususnya di dalam bab aqidah dan ibadat tidak boleh bersifat anjal dalam banyak perkara.


Kami juga yakin dan seakat bahawa kemahiran, penghayatan dan kedalaman seseorang ilmuwan di dalam ilmu Usul Fiqh (khususnya dalalah al-alfaz) dalam memahami Al-Quran dan Al-Hadis mampu memberi kesan yang besar kepada pendekatannya, sama ada di dalam bab aqidah, ibadah, siyasah, muamalat dan lainnya
.


Kami juga sepakat lagi menyedari bahawa ilmu kami adalah sederhana, namun dengan pertemuan kerap di antara para ustaz dan dai’ ini diharap mampu menampung sebahagian besar kelemahan kami di antara satu sama lain, seterusnya mampu mencipta persepakatan , menambat ukhuwwah dan memudahkan jalan untuk menggerakkan dakwah kepada ummah yang kini semakin ramai yang mendambakan bimbingan dan ilmu.


Justeru, melalui KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 (K-FIQH 2012) ini, kami amat berharap dapat membentangkan ‘blue print’ utama untuk membantu masyarakat dari segenap latarbelakang dari sudut mendapat kefahaman yang baik terhadap pelbagai aspek ilmu Islam.

Setakat keupayaan masa yang ada antara topik yang akan dibentangkan adalah:

Aqidah dan pendekatan ilmunya
Ibadah
Kefahaman teks Al-Quran dan Al-hadith
Kewangan dan ekonomi
Penyucian jiwa (Tazkiyatun Nafs)
Politik (Siyasah)
Gaya Hidup
Pendidikan
Kefahaman khazanah silam (turath)
Dakwah

Melalui KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 ini, InshaAllah, kami akan membentangkan hasil keputusan dan kajian yang dipersetujui bersama, bagi manfaat ummat.


perutusan dari saya

eh, sejak bila pula saya dijemput menyampaikan perutusan?  :-)
sekadar bergurau*#%&%

semoga entri kali ini mampu memberi sedikit pencerahan. saya belum mampu menterjemahkan sebuah rasa menjadi kata yang indah dan baik.

maka, saya hanya mampu berkata:


"tahniah dan saya berbangga dengan kamu yang menghadam entri ini dengan baik. hadamlah dalam minda, hati dan  kehidupan... nescaya satu sinar akan menyerlah dari pelosok kehidupan yang makin kelam..."



mohon maaf atas segala kekurangan.. semoga ALLAH membantu saya dan kalian untuk memperbaikinya. senyum selalu :-)

*#itdiiumgombak1241.1mac2012#*