06 March 2012

'sang pencerah'- inspiratif!

بسم الله الرحمان الرحيم

mengenai filem Sang Pencerah

Sang Pencerah adalah filem drama indonesia  tahun 2010 yang dilakonkan oleh Hanung Bramantyo berdasarkan kisah nyata tentang pengasas Muhammadiyah, Ahmad Dahlan.

Film ini dibintangi oleh Lukman Sardi sebagai Ahmad Dahlan, Ihsan Idol sebagai Ahmad Dahlan Muda, dan Zaskia Adya Mecca sebagai Nyai(ibu) Ahmad Dahlan.

Film ini menjadikan sejarah sebagai pelajaran pada masa kini tentang toleransi, koeksistensi (bekerjasama dengan yang berbeda keyakinan), kekerasan berbalut agama, dan semangat perubahan yang kurang.[1]

 Sang Pencerah mengungkapkan sosok pahlawan nasional itu dari sisi yang tidak banyak diketahui umum. Selain mendirikan organisasi Islam Muhammadiyah, lelaki tegas pendirian itu juga dimunculkan sebagai pembaharu Islam di Indonesia.

Beliau memperkenalkan wajah Islam yang moden, terbuka, serta rasional.[2] Versi novel kisah ini ditulis oleh wartawan-sastrawan indonesia Akmal Nasery Basral, dan mendapat anugerah Fiksi Terbaik Islamic Book Fair Award 2011
[sumber:wikipedia]

bingkisan buat kita

saya menonton filem sang pencerah pada semester lepas. sehingga sekarang, ada beberapa kata-kata yang masih terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran saya yang sering mengetuk pintu hati ini untuk terus belajar nilai sebuah keikhlasan.

"kadang, orang itu terpeleset (menjauh dari kebenaran) bukan karena bodoh, tetapi karena dia sering dikuasai akalnya."

"satu hal yang penting, bukan siapa kita.
tapi bagaimana kita untuk umat."

" kalau kamu mahu belajar, kamu harus berprasangka baik"

"hidup berjalan seperti apa yang kita fikirkan."

"agama itu bukan rangkaian aturan2 yang boleh dipermudah untuk dipersulitkan. agama itu sebuah proses . seperti udara pagi yang kita hirup perlahan2 ke tubuh kita.."

" kita ini, boleh punya prinsip, asal jangan fanatik.kerana, fanatik itu, ciri orang bodoh!"

"hidup-hidupilah muhammadiyah, jangan mencari hidup dalam muhammadiyah"
ketika Ahmad Dahlan bersembang dengan isterinya tentang cemuhan dan penolakan orang-orang di sekelilingnya, beliau berkata "aku sendiri tidak tahu apakah yang aku lakukan ini benar ?"

dengan penuh hemah dan kasih isterinya menjawab:"kalau kita tahu, kita takkan pernah belajar."

sejenak saya terdiam. memikirkan semua kata-kata ini dengan penuh cakna..
saya jadi tersenyum sendiri. 

saya teringatkan baginda rasulullah shallahu 'alaihi wasallam, para sahabat dan ulama'-ulama' seperti ibnu taimiyah, syed Qutub, Imam Hasan Al-banna, imamuna Syafie rahimahumullah, dan banyak lagi ulama'-ulama' terdahulu yang hampir serta pernah dipenjara akibat tuduhan manusia yang berperangai syaithan.

tersenyum bukan kerana gembira,tetapi kerana bersyukur kita smua belum diberi dugaan sehebat itu.

sahabat pembaca yang saya kasihi,
ktahuilah bahawa dugaan, cabaran, tohmahan, kritikan dan rintangan yang kita lalui hanyalah rencah yang akan kita lupa jika kita melihat keindahan yang akan kita perolehi jika kita sabar menghadapinya.

Imam Malik dalam kitabnya yang masyhur, kitab Riyadhussolihiin telah menyusun satu bab mengenai sabar. Dalam hadis kelapan bab sabar, rasulullah shallallahu alaihi wasallam menyatakan dalam sebuah hadis qudsi mengenai balasan syurga bagi orang-orang yang bersabar dengan dugaan dan ujian yang ALLAH timpakan ke atas dirinya.


akhir kalam

saya sangat menganjurkan kepada sahabat-sahabat pembaca , agar kalian menonton filem yang sangat baik ini. banyak perkara yang kita boleh pelajari. banyak perkara yang kita boleh rasai. banyak perkara yang boleh kita teliti.

satu lagi perkaara, saya sangat kagum dengan percambahan filem islami di indonesia yang berkualiti dari segi sutradara dan sambutannya. hal ini membuktikan islam bukanlah alasan untuk kita terlalu jumud sehingga 'terpaksa' mengaut penonton melaui gerne-gerne syirik dan ganas sahaja.

hakikatnya, islam adalah fitrah kita semua. fitrah saya, kalian dan mereka yang melakonkan filem seram itu sekalipun. kerana islam itu syumul dan mencakupi semua spek. cuma, kadang-kadang kita mengabaikan fitrah dan mengikut petunjuk nafsu.

Semoga ALLAH sentiasa memelihara kita dari terpeleset dan menjauh dari jalan yang lurus.
hayatilah, hayatilah, dan rasailah kemanisan kalimah..
"IHDINAS SHIROOTHOL MUSTAQIIM" [tunjukilah kami jalan yang lurus]

wallahu a'lam

link untuk filem sang pencerah:

No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)