بسم الله الرحمان الرحيم
RENUNGAN...
Muaz bin Jabal menasihati muridnya dengan berkata:
" aku peringatkan kalian daripada penyimpangan orang berilmu kerana syaitan kadangkala mengucapkan kata-kata sesat melalui lidah orang berilmu dan kadangkala orang munafik mengucapkan kata-kata yang benar."
Dia(iaitu perawi) berkata: "aku katakan kepada Mua'adz:' bolehkah aku tahu-semoga ALLAH merahmatimu- bagaimana yang dikatakan orang berilmu kadang-kadang mengucapkan kata-kata sesat dan orang munafik kadangkala mengucapkan kata-kata benar?' "
Beliau menjawab : "Bahkan boleh. Jauhilah oleh kamu ucapan orang berilmu yang dimasyhurkan sedangkan ucapan itu tersamar dengan kebathilan yang dikatakan orang (dalam mengigkarinya) 'apa ini?'
Dan janganlah pula ucapan orang berilmu itu mengeluarkan kamu dari jalan yang lurus serta menjauhkan kamu daripadanya kerana boleh jadi dia(orang berilmu itu) bertaubat dari ucapaannya. terimalah kebenaran itu apabila engkau mendengarkannya(walapun dari orang munafik), kerana sesungguhnya di atas kebenaran itu ada cahaya."
[HR Abu Daud. Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-albani menyatakan tentang hadis ini:"Sahih, sanadnya mauquf(yakni terhenti pada ucapan Muadz)." lihat Shahih Sunan Abu Daud, jld. 3,ms.872-hadis no:3855]
Cukupkah sekadar niat?
![]() | |||
|
hadis ini saya petik dari muka surat 22 buku 'cukupkah sekadar niat?' dalam bahagian 'renungan'.
belum pun saya menamatkan pembacaan buku ini, hati saya diasak-asak agar tetap mencoret sebuah renungan yang amat menyentap sanubari si pencari kebenaran. renungan ini menjadikan saya kelu seketika. pembacaan saya terhenti...
minda saya menerawang jauh. dari dunia buku 'cukupkah sekadar niat?', beralih ke dunia maya kemudian semuanya diadun dalam acuan dunia nyata.
tiba-tiba pelbagai isu bermain dalam minda saya. #$%*politik&^%@#manhaj&##@*$%ta'asub$^*jemaah/@*ulama'*!parti"($*#wahyu..al-quran..sunnah..ISLAM...
saya menghela nafas sebentar.kembali membaca tajuk buku yang unik ini, (CUKUPKAH SEKADAR NIAT?, karya Mohd Hairi Nonchi)masyaALLAH, begitu ALLAH membuka kefahaman kita..segala-galanya nampak jelas.
Benar dan tepat!
niat yang ikhlas tidak cukup jika ibadah yang kita lakukan tidak dipandu oleh ketetapan daripada ALLAH dan rasul-NYA. sedangkan agama ini bukan milik individu. ianya milik ALLAH dan hanya dengan wahyu ALLAH yang jelas(soheh) kita mampu mencapai apa yang ALLAH redha. agama ini(islam) berpaksi atas dalil, fakta , hujah dan kebenaran.
alhamdulillah kerana ada yang sudah faham, bahkan jelas.
dan, mungkin juga masih ada yang belum jelas. tidak mengapa, saya cadangkan kalian beli dan bacalah buku ini dengan hati yang lapang..
pesanan dan peranan
pesanan dari saya dan penulis buku ini(saya kira):
kita ada peranan yang besar. peranan kita: mengembalikan kita semua kepada penyucian ilmu dan amal.
pesanan ini bersandarkan kepada pesanan Imam asy-Syafie dalam kitabnya ar-Risaalah:
" tidak dibolehkan bagi sesiapa selain Rasulullah untuk berkata(megenai urusan agama) kecuali berdalil(atau memiliki bukti yang bersumberkan Al-Quran dan as-sunnah), tidak boleh berkata walaupun dengan istihsan(sesuatu yang dianggap baik). Sesungguhnya, berkata dengan menyangka ia baik(istihsan) adalah sesuatu yang sengaja diada-adakan dan tidak ada contoh sebelumnya(bida'ah)" [ar-Risalah, hlmn.507]
akhir kalam,
saya memperingati diri dan kalian semua dengan sama-sama kita hayati firman ALLAH dalam surah az-Zumar:
" (Orang) yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu memilih dan mengikuti akan yng sebaik-baiknya (pada segi hukum agama), mereka itulah orang yang telah diberi hidayah petunjuk oleh ALLAH dan mereka itulah orang yang berakal sempurna" [az-Zumar:18]
wallahu a'lam