09 July 2013

Contengan ramadhan: Aku datang..!!

بسم الله الرحمان الرحيم

"Kak Zahra kalau kak tak busy, updatela blog kak tau..hehe..nak request tajuk persiapan menghadapi Ramadhan.."

Satu mesej masuk ke inbox facebook saya. Tergamam seketika. Dari seorang adik yang sedang jauh di perantauan. Mesir, bumi para nabi. 

Tergamam kerana ia seolah sebuah tamparan untuk saya yang sedang lali. Sebuah permintaan yang memaksa saya untuk tidak hanya duduk diam dan sekadar melayan 'rasa lemah' yang menyerang diri. Lagipun, hak seorang muslim adalah menasihati saudara muslimnya ketika dipinta. Wah, indah benar adab yang diajarkan rasulullah kepada kita..

Atas rasa hormat dan kasih saya kepada baginda, saya menekan diri untuk menulis. 

ya, menulis itu perjuangan. Ia bukan kerja mudah untuk sekadar menaip papan keyboard seperti kerja para kerani di pejabat kerajaan mahupun swasta. Menulis itu perlukan jiwa. Jika 'jiwa' dalam penulisan tiada, ia hanyalah sekadar aksara mati yang menghiasi layar komputer. 

Kemudian, ia terbang seperti debu-debu yang ringan ditiup angin entah kemana. oh tidak!
saya adalah manusia paling rugi jika itu berlaku!

Demi sebuah penulisan yang hidup

Seorang pelakon, perlu mengulang dan melakonkan wataknya berulang-ulang kali untuk mendapatkan watak yang 'hidup'. Begitulah kita, dalam penulisan dan dalam kehidupan. Mahu menghidupkan sebuah jiwa, kita perluka latihan. Bukan menunggu 'bakat', baru kita mahu menghidupkan jiwa yang kusam itu.

Kalau menunggu 'bakat', semua orang berdosa akan mengatakan 'saya tiada bakat untuk jadi orang bertaqwa..'

Membanyakkan hafalan al-quran, tadabbur hafalan al-quran yang dibaca, bersedekah, semua amalan itu saya perlu lakukan untuk benar-benar menjiwai sebuah penulisan berkaitan 'ramadhan'. Biar ia 'hidup'. Tetapi nyata, Ramadhan ada keistimewaannya tersendiri.

Dan akhirnya, saya temui sebuah penulisan yang benar-benar 'hidup', dalam jiwa dan perasaan gersang kita yang ditumpuki dosa dlam sehari-hari berjalan dalam permusafiran kehidupan.

"Wahai orang-orang beriman, difardukan ke atas kamu puasa sepertimana difardhukan ke atas umat2 sebelum kamu, agar kamu bertaqwa"

Imam Ibnu kathir dalam tafsirnya memberikan maksu puasa ialah menahan lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkannya khaalisatan(semata-mata ikhlas) kerana Allah.

kalimah 'khaalishatan' digunakan menunjukkan bahawa matlamat puasa itu sndiri tidak boleh bercampur dengan selain kerana Allah. Sekali lagi, soal niat kekal menjadi topik utama dalam ibadah puasa. Begitulah murninya islam dalam mendidik umatnya supaya benar2 mensucikan Allah dari sebarang penyembahan kepada selainnya.

Hakikat sebuah usaha suci, akan menghasilkan sesuatu yang suci pula.
Niat yang murni kerana Allah, mana mungkin tidak menghasilkan rasa taqwa juga hanya kepada Allah?!

ahh, benarlah 'tinta' yang hidup itu mampu menghidupkan pula.

Ramadhan, aku datang memburu TAWQA!

Dengan tiga bekal yang perlu kita usahakan, teruslah bergerak menuju sungai Ramadhan. Tenggelamkan dirimu ke dalam batang sungai yang mengalir deras itu. Biarkan alir derasnya membawa pergi daki-daki dosa yang masih melekat di tubuh mu yang asalnya murni dari semua daki itu.

Nota ramadhan saya kali ini sungguh, benar-benar sederhana. Mungkin tidak mampu menghidupkan orang lain yang terlena. Tetapi, sekurang-kurangnya mampu membuat diri saya bergerak memecah kaku dalam diri. Doakan agar, coretan ini bukanlah yang pertama dan terakhir untuk ramadhan ini.. Seperti yang berlaku kepada saya 1433 H yang lalu.

Hanya satu kata sederhana yang mengasak saya untuk terus memburunya. Sebuah trofi kemenangan yang mampu kita raih sama-sama! Sebuah mimpi ngeri bagi pencinta dunia, dan mimpi bahkan realiti terindah buat pencinta negeri kembali mereka, Akhirat. kata itu adalah TAQWA, TAQWA dan TAQWA!

Dengan penuh izzah dalam jiwa, saya mahu memburu Taqwa tertinggi, dan ayuh teriakkan kepada dirimu, 




No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)