12 July 2012

RAMADHAN, aku datang.. bhg 1

بسم الله الرحمان الرحيم

 
sedikit perkongsian

saya, adalah sejenis manusia yang sangat memilih sumber ilmu yang saya terima. maksud saya, mengambil kira siapa yang menyampaikan itu penting untuk menghayati kesan ilmu ke dalam diri. kalau saya hadiri mana-mana talk/forum, saya akan beri persepsi awal supaya segalanya mampu meresap ke hati, tiada ruang untuk mencemuh ilmu..

sebab itu, pertama kali saya melihat poster ini disebarluaskan di sekitar UIAM, saya sangat tertarik dengan tajuknya. kemudian, mata saya pantas melirik para ahli panel. masya ALLAH, semua mahasiswa!

dalam hati saya terdetik, ada peluang jadi panel keempat ni..*senyum sendiri*. (next artikel)

setelah menghadirinya, saya akui forum ini sangat menarik untuk dihayati. saya akan kongsikan serba sedikit mengenai apa yang saya dapat. yang paling penting, ada panel tambahan yang kalian tak jumpa dalam poster ni. jadi, kena baca sampai siri 2 ya..

perkongsian panel 1: ukhti 'Aishah Jauhara

#round 1# mengulas berkaitan tajuk 'ramadhan, Aku datang'.
 
satu persoalan ditimbulkan. 
siapa aku?
 
ya, siapa aku yang akan mendatangi ramadhan? 
adakah aku golongan sahabat yang sentiasa dekat dengan nabi muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. adakah ku seorang ulama' yang menjadi pewaris nabi? ataukah aku seorang hamba ALLAH yang bersemangat mendatangi ramadhan, kemudian semangat itu hilang beransur-ansur sebelas bulan selepasnya?

persoalan ini penting untuk kita 'sedar diri'!

kita bukan hanya menanti ramadhan, tetapi kita DATANG kepada ramadhan. bagaimana?

pertama dan utama,
NIAT.
menuju ramadhan kerana adanya syawalkah?
menuju ramadhan kerana adanya bazar ramadhankah?
atau menuju ramadhan kerana ALLAH?

#round 2# mengupas persoalan istiqamah selepas ramadhan.

hayatilah surah (huud 11:112-114)

1-istiqamah, jangan melampau
2- jauhi sahabat yang tidak baik dan mintalah pertolongan dari ALLAH.
3- solatlah, kita akan mudah untuk istiqamah. kerana, dengan solat kita ada talian dengan ALLAH.
4- bersabarlah. tak ada kekuatan melainkan dari ALLAH.

perkongsian panel 2 : akh Hambari nursalam

#round 1# mengupas persoalan pengajaran yang kita dapat dari sirah berkaitan ramadhan.

1- Al-quran diturunkan
2- berlaku ghazwah badar kubra
3- berlaku penaklukan andalus(Spanyol) oleh Thoriq bin ziyad. dan mereka membakar kapal-kapal perang mereka. lantas thoriq berkata,"dihadapanmu musuh, di belakangmu lautan. jika kamu tidak menghadapi musih, kamu akan mati ditenggelami lautan. maka,pilihlah antara menang atau mati!"

4-peristiwa Anjalut. tentera monggol menyerang islam. (zaman abbasiyyah)

iktibar:
- SEMANGAT PASUKAN BADAR!
313 vs 1000 = 313 menang.

- bersabarlah, menangnya islam dalam peperangan kerana tentera islam BERSABAR!.. dan , menangnya kita melawan hawa nafsu jika kita bersabar!


#round 2# mengupas persoalan study/kerja vs ibadah di bulan ramadhan

puasa dan belajar/kerja, keduanya adalah ibadah. hakikatnya, dua ibadah tidak akan terpisah dan membinasakan. jadi, puasa tidak menghalang belajar/kerja begitulah sebaliknya.

untuk memastikan ramadhan ini berkualiti, kena buat 3 perkara:
1- uruskan masa dan buat perancangan 50% ibadah dan 50% urusan lain.
2-buat target untuk ramadhan.
3-LAKSANAKAN TARGET!

 
perkongsian panel 3: akh Syafiq Kamil

#round 1# mengulas persoalan kita yang sering cuai berhadapan dengan ramadhan.

1- puasa tetapi tidak menutup aurat? [klik sini]
2- puasa tetapi tidak solat? [klik sini]
3- kita kena sedar hakikat ramadhan. bagaimana islam boleh menang dengan 313 melawan 1000 dalam badar kubra?
inilah hakikat pertembungan antara IMAN dan KUFUR/ HAQ dan BATHIL! kalau kita sedar hakikat ini, kita tak akan malas lagi. sebab,iman itu akan sentiasa menang!

#round 2# mengulas tanggungajawab mahasiswa menghadapi ramadhan.


1- dalam berpuasa, kena puasa anggota juga. mulut, telinga, mata, kaki, perut dan HATI.
2- sebar-sebarkan kebaikan ramadhan.(facebook, blog, tazkirah DLL)
3- hentikan sikap dan akhlak buruk kita. suka menuduh, suka mencaci, suka menyalahkan, suka mencari kesalahan orang... buang semua tu.


coretan akhir

kepada sahabat-sahabat lain yang turut menghadiri forum ini, harap dapat menambah apa-apa yang penting jika saya tertinggal.

sekali lagi saya katakan, forum ini sangat menarik untuk dihayati. 

cuma, ada satu persoalan penting yang saya tercari-cari tetapi tidak berjumpa. jadi, saya selaku panel keempat :-) akan berkongsi sedikit berkenaan persoalan penting tersebut dalam entri selepas ini. doakan supaya persiapan saya menjadi panel keempat diberkati!


------------------------------------------
alhamdulillah, bini'matihi tatimmussolihaat
(segala puji bagi ALLAH. dengan nikmatnya, terhasil sebuah perkara yang baik)

No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)