14 July 2012

Ramadhan, aku datang! : TAQWA.

بسم الله الرحمان الرحيم



Sambungan daripada artikel yang lalu.. [ramadhan, aku datang BHG 1]

Seperti yang saya katakan, ada satu bahagian penting yang pada pendapat saya sangat penting untuk disentuh. Jadi, secara tidak rasmi, saya wujudkan sendiri panel ke empat untuk forum ini..

Perkongsian panel  4: Ukhti zahra' fajar nina

Panel ini saya tambah ya :-)

Saya bersyukur tak jadi panel sebenar sebab, dalam forum ini, tak ada persoalan penting yang saya sangat-sangat nak kupas dan saya sangat -sangat nak dikupas. Agak hampa bila tak ada elemen penting yang menghidupkan nilai Ramadhan.

Ramadhan, ia hanyalah satu bulan yang sama seperti bulan-bulan lain jika tidak ada perkara ini.

Contohnya Syawal, jika sebelum syawal adalah muharram, apa istimewanya syawal? Tiada. 

Tetapi, Syawal menjdi istimewa apabila ALLAH meletakkan sebelumnya ramadhan. dan syawal itu sendiri menjadi hari kemenangan kerana sebulan ramadahn yang kita tempuhi.

Begitulah Ramadhan. 

Jika soal TAQWA tidak disentuh, hilanglah istimewa ramadhan. seperti juga syawal.. hanya orang-orang yang merasai nikmat 'menang melawan hawa nafsu' sahaja yang akan benar-benar menghargai sebuah 'Syawal'.

Baiklah, saya bawakah satu persoalan.

Apa yang kita cari sehingga kita harus mendatangi RAMADHAN?

Kerana puasa?.. bulan lain pun kita boleh puasa.
kerana Lailatul Qadar?.. Ia hanyalah satu malam dari 30 malam lainnya.
kerana tarawikh?...

Ya, semua ini adalah keutamaan yang kita dapat jika mendatangi ramadhan. kita bukan hanya mahu berpuasa, berqiyamullail dan mengingat ALLAH hanya pada bulan ramdhan. Kita mahu ingat ALLAH dalam 11 bulan lainnya..

dan TAQWA, inilah manifestasi dari Ramadhan.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, " (al-Baqarah:183)

Soal TAQWA.

Puasa dan amalan-amalan serta keutamaan-keutamaan di bulan ramadhan adalah SEBAB untuk kita meraih darjat yang mulia ini. Hal ini kerana dalam puasa, seseorang akan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi setiap larangan-Nya. Inilah pengertian takwa. 

Bentuk taqwa dalam puasa dapat kita lihat dalam pelbagai sisi:

Pertama, orang yang berpuasa akan meninggalkan setiap yang Allah larang ketika itu yaitu dia meninggalkan makan, minum, berjima’ dengan istri dan sebagainya. Pada hakikatnya, nafsu dan hati sangat condong dan ingin melakukannya. Ini semua dilakukan dalam rangka taqorrub atau mendekatkan diri pada Allah dan meraih pahala dari-Nya. 

Inilah bentuk taqwa.

Kedua, orang yang berpuasa sebenarnya mampu untuk melakukan urusan duniawi yang ada. Namun dia mengetahui bahwa Allah selalu mengawasi diri-Nya. Ini juga salah satu bentuk taqwa iaitu merasa selalu diawasi oleh Allah.

Ketiga, ketika berpuasa, kita akan semangat melakukan amalan-amalan ketaatan. Dan ketaatan merupakan jalan untuk menggapai taqwa. Inilah sebagian di antara bentuk takwa dalam amalan puasa.
*lihat artikel penuh di sini

TAQWA inilah yang akan kekal kita bawa sebagai bekal. 

Cukuplah dengan bekal TAQWA kita menempuh 11bulan seterusnya.

Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah TAQWA.


Nabi ‘alaihimush shalaatu was salaam bersabda,
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa melakukan puasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 2014)

Nah, inilah bukti tarbiyah dari ramadhan yang membuktikan soal taqwa.

Syaikh ‘Abdul Aziz bin ‘Abdillah bin Baz (pernah menjadi ketua lajnah fatwa arab saudi) pernah ditanya:

“Apakah ada amalan-amalan khusus yang disyariatkan untuk menyambut bulan Ramadhan?”

Beliau menjelaskan,

"Disyariatkan bagi seorang muslim untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia dengan melakukan taubat nashuha (taubat yang sesungguhnya), mempersiapkan diri dalam puasa dan menghidupkan bulan tersebut dengan niat yang tulus dan tekad yang murni.”

[Pertanyaan di Majalah Ad Da’wah, 1284, 5/11/1411 H. Sumber : Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 15/9-10]

***

Dari penjelasan ringkas di atas,dapat kita ambil pelajaran bahwa kita mesti melakukan taubat nashuhah, dan melakukan persiapan untuk berpuasa serta bertekad menghidupkan bulan tersebut.

Disinilah nilai kualiti TAQWA yang akan kita dapat di penghujung  ramadhan.

Kita boleh melihat sendiri usaha-usaha kita menuju Ramadhan.

Kadang kita tertanya, kenapa Ramadhan kita tak seperti Ramadahn para salafussoleh? Ramadhan mereka tak pernah dicemuh oleh kuffar. Bahkan menggerunkan kuffar yang mahu berhadapan mereka. Kerana,tingkat taqwa mereka ketika berpuasa sangat tinggi.

Kita?

Bila masuk bulan Ramadhan, sudah mula ada cakap-cakap dari orang bukan islam. Mereka rimas melihat (sebahagian)umat islam yang lemah dan tak bermaya di tempat kerja/ belajar kerana berpuasa. Bahkan ada antara mereka yang simpati.

Apa yang saya boleh katakan, itu bukan puasa meraih taqwa. Itu adalah puasa kerana terpaksa. (nauzubillah min zalik)


(moderator): #lagi satu minit#

Ops.. tulis terlebih pula.

Baiklah, saya simpulkan disini.

# ramadhan adalah pesta ibadah untuk meraih TAQWA. sebaik-baik bekalan untuk perjalanan sebuah kehidupan. #

Teringat kata-kata ustaz Habib, khatib masjid UIAM ketika menyampaikan khutbah Jumaat yang lalu:

"Kalau kita memuliakan Ramadhan, itu sama ertinya kita mengangkat diri kita ke suatu darjat yang lebih tinggi..
Kalau kita mengabaikan Ramadhan, sesungguhnya kita sedang membinasakan diri kita.."
----------------------------------

p/s: Banyak perkara yang terjadi menjelang ramadhan ini. Sangat menyesakkan dada. Sungguh, ALLAH mahu melatih diriku untuk terus bersabar dan tak bosan!

Allahumma sallimna ila ramadhann!
wallahu musta'aan. (dan ALLAH lah yang Maha membantu..)

3 comments:

  1. http://kanta-kehidupanz4.blogspot.com/

    nie blog, nak buat gaya tumlbr ka?

    ReplyDelete
  2. to Yildirim Fateh

    tumblr tu, pernah dengar tapi tak tahu benda apa?..

    sebenarnya, blog tu nak buat blog khas untuk semua pic yang saya tangkap. tp, dah tak ber'update' pulak. banyak gambar2. masih tersimpan kemas dalam hard disk saja.

    ReplyDelete
  3. http://hilalasyraf.tumblr.com/

    nie cnth dia

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)