بسم الله الرحمان الرحيم
![]() |
pinjam gambar dari http://phototreksemenanjung.wordpress.com/ :-) |
Rintik hujan di bumi UIAM sering membawa rahmat buat tanah dan minda ini. Coretan akhir Mac yang terbengkalai saya buka semula. 'sakit' yang menyerang rasa terubat bila bertemu kekasih yang bernama 'penulisan' ini. Dan coretan terus bersambung..
Hakikat manusia, saya juga manusia.
“ Letih betul! ”.
Secebis perkataan bergema. Hanya dalam
hati. Mahu sahaja saya semburkan keluar perkataan itu, tetapi urung.
Beg galas kelabu berjenama hp saya
letakkan di atas kerusi di barisan paling hadapan. Empat buah kerusi betul-betul
di hadapan meja pensyarah masih kosong. Sementara kerusi belakang hampir penuh.
Entahlah, saya kurang tahu kenapa kerusi
itu kosong. Apakah teman-teman sekelas saya mahu membiarkan tempat hadapan itu
menjadi tempat ‘keramat’ saya dan Huda?
Ah, tidak mengapa yang penting semua
selesa. senyum.
Saya kembali dengan monolog ‘letih’. Dua
minggu terakhir ini, saya rasa seakan cuma satu hari yang padat dengan aktiviti.
Bermula Isnin berakhir khamis. Kemudian, mula lagi Isnin dan hari ini khamis.
Dua minggu, sungguh pantas masa berlari.
Sedetik, saya terasa kaki ini terpasung.
20 mukasurat buku madkhal ila syariatil
islam, sudah tamat dibaca speed reading bersama sinaran
penjelasan oleh Dr Maszlee. Sangat
mengasyikkan.
Dua kuiz untuk subjek ulum quran dan pemikiran
kreatif, selamat saya hantar ke meja pensyarah. Walaupun sedikit musibah
menimpa tangan, Allah jua yang memberi kekuatan untuk saya tetap menggerakkan
tangan, menuliskan jawapan demi jawapan.
Assigment arabic lexicography, dengan 200
perkataan aneh-aneh bersama mashdar dan fe’el mudhori’. Gagah saya siapkan
bersama kak Norli walaupun agak lambat.
Bab dua dan empat untuk subjek Intro to
communication, diharungi dengan lelah. Tetap bermanfaat.
Membentang, itu mungkin biasa. Dalam
bahasa arab, itu yang luar dari bahasa biasa. Saya beruntung kerana membentang
bersama Huda. Slide yang comel dan sistematik, Huda siapkan untuk minggu ini.
Dua kali kelas berlalu, pembentangan kami ditangguhkan.
“letih betul!”
Sekali lagi, perkataan bergema. Masih di
dalam hati. Mahu sahaja saya semburkan keluar perkataan itu, tetap urung.
Serentak. Saya teringatkan dua tulisan
lama saya. “Layakkahkita mahu letih?” dan “kita mahu nasi atau garam?”
Kedua-duanya membuat saya mengunci bibir. Kau tidak layak mengucap
letih, sedangkan rasulullah jauh lebih letih dari dirimu.
Bayangkan sahaja ketika perang khandak, baginda berlelah-lelah bersama
para sahabat dengan menggali parit yang panjangnya
hampir mengelilingi Kota Madinah. Dengan tentera islam hanya lebih kurang 3000
orang berbanding 10 000 tentera musyrikin.
Diriku ini, belum apa-apa sudah mahu mengeluh
letih. Monolog dan fakta bermain-main di segenap minda. Nah, itu tandanya saya
masih manusia. Kalian juga, pasti pernah berkongsi perasaan seperti saya kan?
Inilah hakikat manusia. Ketika kata kita
lontarkan menghunjam manusia, sebenarnya kita sedang melempar boomerang. Satu jam, satu hari, satu
minggu, satu tahun atau bahkan bertahun-tahun boomerang itu menjauh. Suatu
saat, dia akan berpatah balik. Menghunjam diri kita semula.
“Aku masih manusia, yang terhukum dengan
hakikat manusia. Pelupa, mendamba ingatan.”, monolog terus bermain di minda.
Jeda.
Ustaz belum masuk, suasana kelas masih
tenang. Saya berniat menyambung kerana coretan ini masih panjang.
Lihat, siapa teman dudukmu!
Saya lihat kanan. Huda masih tenang dengan
tudung oren susunya. Sebaris gigi putihnya kelihatan dengan senyuman penuh
makna. Diam-diam, sahabat saya seorang ini punya kelebihan yang luarbiasa.
Mungkin saja dia belum tahu atau dia belum mahu bakat itu meletup.
Hari terakhir untuk kelas minggu ini,
membuat saya sedar sesuatu. Segagah mana saya berusaha, tetap peranan teman
duduk itu sangat utama.
Seorang teman duduk atau sahabat itu
cermin kepada yang lain. Ketika kita lemah, dia menguatkana kita. Tiba saat dia
perlukan kita, dengan sedikit kelebihan yang kita ada, bantulah dia.
Itulah cermin sebuah persahabatan dan tafahum
yang sering kita encarkan dalam usrah kita.
Kadangkala, sahabat yang kita rasa ‘kuat’
itu dia punyai kelemahan tersendiri.
Sebab kita tidak melihat kelemahannya, sebab itu kita mengharapkan kekuatannya.
Sedangkan, ada beberapa waktu dia perlukan kita untuk memahami baawa dia sedang
tidak kuat.
Terimalah seadanya keadaan seorang
sahabat. Sentiasa mendoakan dia di saat dia melakukan kesalahan. Sentiasa iktiraf
kekuatan dan kelebihan yang dia punya. Semua itu, apa yang rasulullah buat terhadap
sahabat baginda Abu Bakar As-shiddiq.
~catatan akhir Mac 2013~
Berfikirlah tentang sebuah pengakhiran …
Seluruh badan menggeletar, saya gagahkan
diri mengabiskan tulisan picisan ini. Berharap ada kebaikan yang saya perolehi
darinya (semoga Allah terima sebagai amal kebaikan).
Saya sentiasa percaya janji Allah dalam
surah muammad ayat ke 7. Walaupun esok ada peperiksaan sarf dua, sesuatu untuk
agama ini tetap perlu diteruskan. Tiada istilah rehat!
Sebab terkilan tidak mampu ke kelas
halaqah malam ini, saya paksakan juga jemari yang masih berfungsi ini untuk membuat
coretan sekadar termampu.Coretan yang bermula dari menyedari hakikat
seorang manusia, kita sedar bahawa sahabat itu tulang belakang kehidupan ini
terutamanya jika anda seorang siswa/i. kita tidak pernah dapat lari dari semua
ini.
Peperiksaan, assigment dan tugasan demi
tugasan yang menerpa di hujung-hujung semester ini…
membuat kita gersang..
Membuat
kita ‘kasar’ terhadap hati sendiri..
Membuat kita jenuh dengan rutin seharian
yang menanti.
Membuat kita semakin pentingkan diri sendiri.
Membuat kita lelah
dan tersepit di antara dua janji. Janji manusiawi berlatarkan pujian serta
sindiran duniawi. Dan janji pasti dari Ilahi yang terasa ‘jauh’ dengan hati.
Berfikirlah tentang sebuah pengakhiran. Nescaya
kita akan terkeluar dari dilema dua
janji. Pengakhiran itu pasti yang semakin mendekat dengan diri, membawa kita ke
sebuah dimensi damai yang alami. Berfikir tentangnya membuat kita mencari ‘nilai’
dari semua urusan duniawi.
Berkata Imam asy-Syafie di dalam syairnya,
Perlahan.. tanpa meninggalkan usaha di muka
bumi, kita membawa hati yang kian bersih dan suci menuju sebuah GARIS TAMAT
menuju Allah yang kita rindu..
“ ... kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan.” (Al- an’aam:60)
# Berfikir.
Kau akan lihat luasnya dunia
dan, sebuah pengakhiran itu lebih LUAS!#
~10 April 2013~