22 May 2012

layakkah aku untuk 'letih'?

 بسم الله الرحمان الرحيم

kadang-kadang aku terfikir, apakah mungkin akan wujud insan yang sangat-sangat banyak ilmu tentang islam tetapi dia jahil dalam keluasan ilmu yang dia pelajari..

aku terfikir juga, apakah akan ada manusia yang berani memperjuangkan kesalahan yang ditentang keras sedangkan dia sangat lemah dengan kebathilan itu?

aku terfikir..
bagaimana mereka sanggup memperjuangkan kebathilan itu sedangkan ALLAH hanya membantu kita yang memperjuagkan kebenaran..

oh, rupanya aku terlupa..
syaitan yang sangat dengkikan kita sudah menyusun barisan untuk menghancurkan kebenaran dengan kuatnya manusia!

ya, manusia memang kuat kerana kita khalifah.. kita khalifah.. kita khalifah..
sungguh, tipu daya syaitan itulah jawapan bagi segala persoalanku!
bagaimana boleh wujud insan seperti irshad manji..?
bagaiman bleh tersebarnya hadis2 palsu yang sebenarnya menjauhkan diri kita dari rasulullah..

ya ALLAH,
menghadapi dunia yang penuh dengan kerosakan ini..
sangat meletihkan..
sungguh,
meletihkan!

tetapi, malulah aku untuk mengeluh...sedangkan apa yang aku usahakn sangat sedikit..
sangat sedikit jika mahu dibandingkan dengan para rasulmu yang tak pernah mengenal letih..

sejenak aku terpandang kata2 KH rahmat abdullah ini..

picture by: ukhti zahra'
 ya, ALHAMDULILLAH..
peringatan itu membuatkan aku sedar betapa aku harus terus bergerak!
aku tak boleh berhenti dari terus berlari..

sahabat,
ingatkan aku,
pimpin tanganku,
ayuh kita bergandingan demi sebuah matlamat!
kita mulia kerana islam!
('_')

2 comments:

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)