Skip to main content

cersing : 'dia' yang ada..

cersing: [cerita singkat]

بسم الله الرحمان الرحيم

di hadapan buku 'dia' termangu.

apa lagi yang harus di lakukan? buntu.
buku yang ditatap, kembali ditutup.

"sambung study bila hati dah tak serabut.." sambil buku Bahasa Arab advance disusun ketepi, 'dia' bermonolog. Memujuk hati.

semester baru bakal bermula bulan 9 ini. dan sekarang, peperiksaan sedang berlangsung. fikirannya bercelaru antara berjuang dan putus asa. segala urusan kemasukan kolej dan pendaftaran subjek tak mungkin berlaku jika dia tidak mampu melangsaikan hutang universiti untuk semester lepas.

keputusan peperiksaan juga tidak boleh dilihat.
"ah, apa harus aku lakukan?" 'dia' bermonolog sendiri.
buntu lagi.

kawan-kawan?
ya, 'dia' tahu kawan-kawannya semua baik dan simpati. tetapi mereka takkan faham apa sebenarnya yang berlaku..

ya, sesuatu yang berlaku.
sesuatu yang kawan-kawannya tak pernah bayangkan!
sesuatu yang jika kawan-kawannya tahu, mereka akan rasa malu untuk mengeluh lagi!

seburuk mana keadaan yang 'dia' hadapi,
'dia' yakin masih ada ALLAH yang tahu segalanya.
cukuplah ALLAH,
cukuplah ALLAH,
cukuplah ALLAH..
hanya kepada-Nya 'dia' bertawakkal.

semuanya berada di atas jalur ketetapan ALLAH..
semuanya ada hikmah..
semuanya kerana ALLAH mahu kita tahu DIA lebih menghargai kita. DIA lebih sayangkan kita..

perlahan-lahan 'dia' mencapai pen dan kertas kosong yang tersimpan di dalam laci meja belajarnya.
kemudian, 'dia' mencoret kata dari rasa..
agar hati tak terus terluka oleh goresan-goresan sembilu duka..

'dia' menulis.
bila menulis, hatinya seolah-olah diubati. oleh kata yang dihasilkan dari hatinya sendiri. seolah-olah ada sahabat yang sedang memujuknya..
dan sahabat itu tahu segala yang terjadi dalam rentetan kehidupannya.. HATI tak pernah menipu.

 esok, pasti merekah bunga bahagia..

sahabatku,
andai kau tahu apa yang aku lalui,
kau akan malu untuk menyesali diri,
kau akan segan untuk mengeluh lagi,
kau akan terpana dari dudukmu yang tinggi,

bukan kerana tiada syukur dalam diri,
bukan juga kerana menyesali takdir ini,
tetapi,
kerana peritnya tak mungkin disedari,
lukanya tak dapat kau selami,
dan aku akan terus begini,
menyambutmu dengan senyum di pipi,
atau terkadang menyemburmu dengan teguran berapi,
bukan kerana benci,
tetapi kerana sayang yang aku pendam sendiri.

biarlah aku terus begini,
terus begini,
terus begini,
sehingga ALLAH membuka sepi,
kepada 'insan' yang mahu berkongsi..

-'dia'2012-
-dunia 'dia'-

Comments

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…