بسم الله الرحمان الرحيم
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
setelah tiga hari berlalu, baru hari ini saya mampu menukilkan sebuha bicara yang tersimpan di dalam hati. bicara tentang Konvensyen Fiqh Ummah(K-FIQH) 2012. sejujurnya, kata-kata tidak mampu menggambarkan perasaan sebenar yang saya alami ketika 2 hari ber'kampung' di PWTC.
saya selaku salah seorang dari
saya selaku salah seorang dari
sebelum K-FIQH
sejak dua bulan yang lalu(ketika sebelum mendaftar), saya sudah pun merasakan aura K-FIQH yang berkobar-kobar dalam diri. setiap kali melihat poster yang tertampal di sekitar UIAM dan iklan-iklan di FB, hati saya melonjak girang sambil berangan-angan
"alangkah indahnya jika saya juga mampu menyertai K-FIQH ", saya bermonolog.
pernah juga saya berkata kepada diri, " ah, sudahlah.. jangan terus berangan-angan. yuran RM100/300 untuk ke K-Fiqh itu, mungkin sangat mudah diperoleh bagi mereka yang mampu atau sekurang-kurangnya mereka yang ambil PTPTN.
tetapi, saya harus tahu di mana keutamaan saya ketika itu. saya harus menimbang mudharat dan maslahat urusan dan keadaan saya ketika itu. -cukuplah ALLAH yang tahu- :-)
sedangkan jauh di sudut hati, saya terpanggil untuk terus mengharap dan mengharap kepada yang memiliki PENGHARAPAN. saya tidak akan berhenti mengharap kerana saya tahu ALLAH maha mengetahui isi hati hamba-Nya.
sehinggalah suatu hari,
Alhamdulillah, I'm has been registered by some one, may ALLAH bless her life and give her the continuous reward in the world and akhirat. saya masih ingat tarikh itu, 31 disember 2011. semoga ALLAH merahmati meraka yang ikhlas itu.. :-)
picture from zaizulazizi's blog |
semasa K-FIQH
hari pertama, saya datang agak lewat. di dalam tentatif, majlis akan dimulakan jam 9.00 pagi. saya tiba di PWTC lebih kurang jam 9.10 minit bersama kakak saya (kak wardah). PWTC tingkat 4 sudah dipenuhi lautan manusia, laluan dari escalator menuju pintu utama dipenuhi dengan barisan para peserta yang sedang menunggu giliran untuk mendaftar.
alhamdulillah, saya dan kak wardah sudah didaftarkan oleh kak Azizah Ashary(yang kami sudah anggap seperti kakak sendiri). barang-barang yang perlu diperolehi semasa pendaftaran sudah ada pada beliau dan tempat kami juga sudah ditempah oleh beliau (macam VIP la pula.. :-)
kami hanya mengikut kak azizah ke dalam dewan. Subhanallah, dewan sudah hampir penuh dengan para peserta yang ternyata datang tepat pada masanya. ketika kaki ini melangkah masuk ke dalam dewan, saya dapat merasakan semangat dan kesungguhan para peserta yang sudah bersedia menadah ilmu daripada para asatizah. dengan bismillah saya terus mengikut kak azizah ke tempat kami.
masyaALLAH, tempat kami berada di bahagian tengah barisan hadapan pentas hanya selang dua baris dari tempat duduk para asitizah! ada jaminan untuk saya tidak mengantuk dan tetap bersemangat sehingga akhir program. alhamdulillah.
![]() |
picture from fb ustaz zaharuddin |
setelah K-FIQH
mudah saya katakan, program Konvensyen Fiqh Ummah 2012 ini mampu mengubah sudut pandang saya dalam seluruh aspek kehidupan, alhamdulillah.
saya seolah-olah baru keluar dari satu program tamrin yang mengasak minda dan jasad untuk berubah. mungkin, atas dasar inilah saya tidak terus menulis sejurus selepas keluar dari dewan PWTC. saya perlukan kefahaman yang hidup dan jelas, bukan semata-mata semangat yang membara tanpa matlamat dan perancangan yang tepat.
masih teringat lagi ketika saya bertemu dengan para asatizah, saya hanya tersenyum dan memberi salam kepada mereka. pandangan mata mereka seolah-olah mengatakan.. "kalian inilah generasi muda yang harus meneruskan perjuangan kami".
saya memang tidak berniat untuk bergambar bersama para asatizah dan meminta tandatangan mereka. entahlah, rasa malu dan perlu untuk perkara yang lebih utama dari itu...
sekeping gambar hanya akan kekal dalam memori belum tentu memberi manfaat buat akhirat dan ilmu. tetapi, sekeping hati yang ikhlas itulah yang mampu mencerna ilmu dan hikmah dari kalam para asatizah agar ia mampu disebarkan ke seluruh pelusuk hati-hati manusia lain.
seuntai tandatangan kekal di atas kertas dan akhirnya tetap akan musnah, sedangkan seuntai kata-kata ilmu yang diamalkan akan ditulis sebagai pahala dan ia kekal di dalam buku amalan kita...
saya sangat merindui keikhlasan mereka. sekalipun mereka tidak menyatakan, tetapi saya dapat merasakan!
barisan para asatizah yang sentiasa diingati |
sungguh, konvensyen ini merakamkan seribu satu perasaan dalam diri saya. perkara terbesar yang saya pelajari, rasa sebuah KEIKHLASAN.
insyaALLAH untuk artikel selepas ini saya akan kongsikan sedikit mengenai wasathiyyah iaitu konsep yang dibawakan sepanjang K-FIQH 2012.
akhir kalam, tahniah kepada penganjur yang terlibat dan semua komiti. semoga ALLAH menilai kita di atas peranan kita.
___________________________________________________________
p/s: untuk input-input sepanjang K-fiqh 2012, saya mengesyorkan kalian untuk mendownload mp3 dari laman web ini. [amirulasyrafhanaffi.blogspot.com/konvensyen-fiqh-2012-]
kepada sahabat-sahabat yang meminta saya untuk berkongsi, bukannya saya tidak mahu tetapi tidak mungkin untuk saya mengulang semula semua apa yang dituturkan oleh 21 orang asatizah sepanjang dua hari. jika benar sahabat ana ini mahu menimba ilmu, jemputlah download sendiri yaa.. :-)
"barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntuk ilmu, maka dia sebenarnya menempah jalan ke syurga" -mafhum hadis-
selamat menimba ilmu!