Skip to main content
بسم الله الرحمان الرحيم..... 
السلام عليكم....
 Apa KhAbAr HAti?
 BaGaimaNa iMan Hari Ini?
 seManGat JiHad MenuRUn AtaU kIAn MeniNgGi? 
ayUh, SiapkaN ruH peRkaSaKan KeNdiRi,
 taJdiDkaN FiKraH... ciri DaiE seJaTi.

ketenangan milik orang2 beriman

sebenarnya, banyak yang ingin dikongsikan... tapi mungkin coretan mungil ini sebagai wadah ringkas untuk bersua muka dengan kalian..

insyaALLAH perkongsian lanjut akan menyusul..

coretan ni sekadar melepas bicara minda... sahabat2 sekalian, dimana agaknya hati kita sekarang?  bagaimana istiqamah kita yang lalu? masihkah berterusan kefahaman dalam jiwa kita dan ummah?

benarkah manhaj kita masih selari dengan ertikata sebenar tentang al-quran dan as-sunnah? 


al-quran #
 tadabbur dengan segala isi zahirnya serta hikmah di sebalik tafsiran kitab mulia ini.. menelusuri setiap bait dan sabab nuzul kalam suci..

as-sunnah #

setiap langkah dan kelakuan berdasarkan sunnah baginda.. menapis segala penipuan dalam as-sunnah.. sehingga timbul satu kecintaan yang hebat terhadap baginda nabi sallallahu alaihi wasallam..



bicara kita seringkali penuh dengan keindahan,
namun, apakah ia benar2 indah hingga ke jannah?
ingatlah sahabat, penilaian bicara kita oleh ALLAH.. bukan ciptaan ALLAH..
bicara ini, pasti akan di uji.

musyahadatullah membawa mardhotillah..
ayuh, sekarang!


Comments

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…