29 November 2010

HiKmAH daLaM KeMBara INI.....

بسم الله الرحمان الرحيم
..... السلام عليكم.... 
 Apa KhAbAr HAti?
 BaGaimaNa iMan Hari Ini?
 seManGat JiHad MenuRUn AtaU kIAn MeniNgGi?
 ayUh, SiapkaN ruH peRkaSaKan KeNdiRi,
 taJdiDkaN FiKraH... ciri DaiE seJaTi.
perkongsian kali ni tentang kembara ifradi ke bumi NAKA, KEDAH..
 kembara? ya mungkin sebab ana tinggal di pulau pinang.. tak kira sejauh  mana kembara kita,biarlah satu dua hikmah yang dapat dikutip...
4 nov 2010
Alhamdulillah.. kembara ke NAKA pada musim bah ini cukup mengajarku erti bersyukur...
1- bersyukur pada  kesusahan..
2- bersyukur pada kemudahan..
hujan lebat sampai banjir
rumah sahabat ana di NAKA
sepanjang perjalanan dari alor setar(rumah sewa) ke rumah sahabatku, lebih 10 buah rumah yang ditenggelami air. kalau sebelum ni kita hanya lihat dalam berita... tapi kali ini the real one!
sepanjang perjalanan, aku lebih banyak diam walaupun baba(panggilan ayah sahabatku) banyak bertanya itu dan ini.. lagipun, aku sibuk berfikir macamana sahabat2 lain yang tinggal di alor setar meneruskan aktiviti harian.. punca bekalan air di alor setar ditutup! air bah yang melimpah di empangan takut menyebabkan renjatan elektrik.begitu yang kudengan dari mulut para jiran di rumah sewa..


6 nov 2010


hari ini, hujan renyai2, tak selebat 2 hari yang lalu. Pagi ini aku dibawa berjalan2 di sekitar pekan Kuala Nerang(antara tempat yang paling teruk dilanda banjir).
tujuan kami, mencari ikan tongkol/ikan kayu di pekan nat(tempat jual ikan2 fresh), walaupun peluang nak dapatkan ikan fresh amat tipis. mana tidaknya, hampir tak ada nelayan yang akan melaut dalam keadaan bah yang teruk..
perjalanan ke Kuala Nerang membuka mata hatiku dari terus dibelai..
Ya ALLAH, ramai yang menderita ketika kita berada dalam zon selasa. kami menyaksikan sendiri kesan2 banjir yang baru sahaja surut......
dah jadi macam hutan terbiar


taman rekreasi selepas bah

kesan lumpur bah
kesan lumpur
tinggi tiang letrik
sampah2 yang dibawa bah
bah air naik... jarang2 terjadi, bahka  kali pertama di bumi jelapang padi. adakah ini bala ALLAH?
atau sekadar fenomena alam?
ayuhlah sahabat,  kembali kepada fikrah islam sebenar... nyahkan segala unsur liberal dalam pemikiran..
perbaharui mindamu untuk islam!!
7 nov 2010

aku terbaca 1 kata2 ketika berada dalam library baba.. kata2 yang cukup meragut ketenanganku untuk terus berada dalam zon selesa...   barangkali bukan aku sahaja, kalian juga!!
"the laziest people in the world is malay"
                               -ensklopedia barat-
sebegitu mudahnya yahudi mempermainkan kita... tambahan pula hampir 98peratus orang melayu adalah ISLAM!!! tidakkah maruah islam itu sendiri dirobek-robekkan?
hari ini juga aku belajar sesuatu yang mudah tetapi susah...
jaga lembu.... mcam lucu saja..
1- mudah nak buat
2- susah jumpa orang y bergelumang dengan pekerjaan ni...terutama anak2 bandar...
bersedia bawa lembu makan
dua daripada 11 ekor lembu baba
lembu2 ni, akan makan dalam tempoh 2jam. selagi taak cukup 2 jam, mereka takkan beranjak pulang...
hmm.. cerdik kan.. inilah yang dikatakan fitrah dan sunnatullah. walaupun lembu2 ni tak ada akal, tapi mereka boleh menilai fitrah mereka...
jadi tidak hairanlah bila ALLAH berfirman bahawa ada manusia yang lebih teruk dari binatang ternakan...
9nov2010
Alhamdulillah, hari ini pulang ke rumah sewa.. hujan masih lebat, mungkin selebat pengajaran dari pengalaman selama 5 hari di Naka. pengalaman ini buat diriku khususnya dan buat kalian umumnya....
ikut pengajian baba di masjid Ghufran, akar peluru... kemudian baru pulang ke rumah sewa...
isi pengajian baba berkaitan surah (al-maidah:105)..
- cegah kezaliman dan mungkar adalah wajib kepada sesiapa yang berkata لا اله الا الله..
- undang2 islam menyelamatkan kita dari kemungkaran
- ramai yang sangka bila dapat HIDAYAH, selamat... kita hanya selamat bila mengikut hidayah itu..

hidayah.. umpama titisan air yang menyerap ke relung hati
kembara membawa bahagia,
bahagia adalah sedih yang nyata,
sedih pada murka penciptanya,
sang pencipta, adalah DIA...

-firas az-zahra/  Naka/ 11.40mlm/ 5nov2010-

No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)