Skip to main content

- SEUSAI.. IMTIHAN !!!

assalamualaikum...
semoga kita selamanya berada dibawah pengawsan ALLAH..RABBULJALIL
setelah 2 minggu berjuang memerah minda untuk periksa pertengahan tahun(PRA-U- MMAS),
terasa lapang nk berkongsi semula dengan semua..
sebenarnya terlalu banyak yang ana dapat sepangjang minggu periksa ni...terlalu banyak..antaranya..

1- KEAJAIBAN UKHUWWAH
25 MEI...tengah malam lebih kurang pukul 3.20pg an terjaga.kat sebelah ana ada henset(cam besa kononnya nk guna alarm bangun tahajjud)ana tengok jam berulang-ulang kali.. tak percaya ana boleh bangun seawal ni..
ha .. memang betullah sekarang pukul 3.20PAGI! sebab tiba2alam henset ana bunyi(ana set pukul 4.00pg)
ada kesempatan ni, takkan nak lepas peluang buat solat ckit..walaupun rasa malas mnyelubungi diri..lagipun ana teringat dengan kata2 IMAM GHAZALI;ak tak mahu hidup andai tak ada 2 benda alam dunia ni,dan salah satunya adalah tahajjud..

DINGIN MALAM YANG MENUSUK TULANG....begitu syahdu mengingatkan manusia yang sering lalai ini pada tanggungjawab pada RABBnya..biarlah air mata yng menitis hanya khusus pada SANG KEKASIH YANG ABADI bukan pada kesakitan yang sementara,kepedihan dalam mehnah mahupun kelemahan ketika hati ini terasa 'futur'...........
semntara tunggu masuk waktu subuh yng masih lama, tiba2 ana teringat balik "camna aku bleh bangun awal sangat ???,diri ini bermonolog.tiba2 tangan ini terasa nak mencapai telefon selular yang berdekatan 'buku TAUHIDMANTIQ' yang ana nk mengafal satgi...eh eh,
1.ada 3 miskol
2. ada 1 mesej (ana pn buka)

isinya.. ~wakeup!bangun qiyamullail! * kekuatan seseorang mu'min terletak pada ISTIQOMAHNYA menghidupkn malam ketika orang len nyenyak dibuai mimpi...*~ send at 3.13am
from:.... .....(tapi dy ni shbt daurah mmy lah)
SUBHANALLAH!!! hebat sungguh janji ALLAH...( صدق الله العظيم )
macamna kisah yang berlaku kepada cucu baginda nabi muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang bermimpi ktika dy sedang mendengar nabi s.a.w berkhutbah, tiba2 datng seorang kanak2 yang membawa sedulang kurma,lalu baginda nabi menyuapkan kurma tersebut kedalam mulutnya.
keesokn harinya. dia menghadiri khutbah yang bakal disampaikan oleh umar al-khattab.tiba2 datng seorang kanak2(kanak2 ini sama wajahnya dengan kanak2 dalam impinya semalam) juga membawa sedulang kurma.tiba2 umar al-khttab mengambil kurma tersebut dan menyuapkan ke dalam mulutnya.. dia tesentak lalu bertanya kepada umar: hai umar adkah kau bermimpi sama dengan apa yang aku mipikan semalam? lalu umar menjawab : ya, sesungguhnya ruh setiap mu'min yang bersih hatinya hanya kerana ALLAH, saling berpelukan....
dari kisah ni, ana buat kesimpulan bhw ruh yang saling berpelukan inilah yang membolehkan ana bangun awal dari kebiasaan..
kuatnya dan ajaibnya sebuah ikatan ukhuwwah yang telah terbina hasil daurah mmy ke2.

alhamdulillah, sejak hari tu, ana mudah untuk bangun tak seperti hari-hari sebelum ni. cuma kadang 2 kita takut ALLAH nak tarik benda ni atas dosa2 yang kita pernah lakukan.mula hari 2 juga ana mula forwardkn mesej yang sama buat sahabat2 yang len. semoga ruh kita adalah ruh yang saling berpelukan itu....
kerana sedikit pesanan dari IMAM NAWAWI: " bila engkau tak mampu bangun malam untuk solat tahajud, juga tak mampu shaoum(berpuasa) di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi dari melakukannya kerana maksiat dan dosa yang membelenggumu."
kisah yang berlaku ini benar2 membuatkan ana terfikir bermacam perkara. semoga ini juga yang berlaku kepada sahabat2 yang membaca.
USAH kalian mencari siapa penghantar mesej yang ana sebutkan,
USAH kalian mencari siapa yang ana 4wardkn mesej e2
tapi, CARILAH bagaimana ALLAH memilih hambanya yang ruh meereka sentiasa berpelukan hingga mampu mengabadikannya ke SYURGA ALLAH...
ALAHUAKBAR!! inilah yang dikatakan HALAWATUL IMAN...
wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…