19 June 2010

deritamu...derita kami...(HI)


assalamualaikum warohmatullahi wa barokatuh, selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhammad s.a.w.semoga AllAH menyediakan husnul khatimah buat para pejuangnya..

disini penulis hanya ingin membuka mata para pembaca dengan kejadian yang menimpa para relawan LL4GAZA. tiada kata yang dapat dilafazkan,tiada cetusan yang dapat di ungkapkan, tiada bicara yang mampu merungkai kata hati,tiada apa yang dapat menyangkal kebiadapan yahudi laknatullah ketika penulis menonton video di bawah....

tentera zionis israel yang diturunkan dari helikopter dengan berpakaian serba hitam,telah menceroboh ketenangan misi kemanusiaan ini.tidak cukup dengan itu,mereka telah menyerang pararelawan dengan senjata 'hidup'(senjata yang tidak mengeluarkan bunyi).namun tiada yang mati melainkan mereka SYAHID dan hidup di sisi ALLAH rabbuljalil...

tidak cukup dengan itu, tentera yang dilaknat ALLAH ini telah mengepung sang 'armada kebebasan' melalui laut dan udara. namun,tiada siapa yang mampu melawan kerana ketiadaan senjata untuk melawan.hanya lastik dan doa yang mampu menunjukkan kesungguhan mempertahankan diri.niat murni para sukarelawan yang membawa misi kemanusiaan semata-mata, telah dirobek dengan tindakan menyalahi undang-undang oleh yahudi.secara protokolnya,sesiapa sahaja yang berada di perairan antarabangsa tanpa tujuan peperangan adalah dibenarkan.namun secara normanya,mengapa tentera israel ini tanpa berperikemanusiaan telah menyerang Mavi Marmara??

barangkali mereka hanya mahu membuktikan benarnya firman ALLAH:
" ولن ترضى عنك اليهود ولن نصارى حتى تتبعوا ملتهم "
maksudnya: tidak akan redha yahudi dan nasrani kepadamu sehingga kamu
mengikut agama mereka.


melalui maklumat yang diterima, kegagalan misi pertama bantuan kemanusiaan ke Gaza ini,akan diteruskan pada bulan JULAI yang akan datang.misi seterusnya akan menggunakan laluan darat,laut,dan udara secara serentak.(YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH...)lantaran apakan tindakan kita setelah melihat kegagalan yang lalu??inilah masanya buat kita bermuhasabah.(19 jun,hari ini,misi bantuan ke Gaza laluan darat_sumber,aman palestin.net)

adakah amalan mem-4ward mesej mengenai doa kita buat palestin akan diteruskan???...
adakah qunut nazilah selepas setiap solat fardhu kita istiqomah seperti dulu??...
adakah kita akan terus memboikot???..
ataupun sesetengah kita sudah tenggelam dengan DEMAM BOLA!!!!!!
sudah meninggalkan musim memikirkan tentang palestin???



ayuhlah semua pemuda pemudi permata ummah,teruskan perjuangan kalian menelusuri jihad intelek yang kian mencabar! kembalikan mutiara iman dalam ilmu yang kita kaji...islam bakal menyinarkan bumi ALLAH dan menyirnakan musuhnya..

SALAM DAN DOA KUKIRIMKAN BUAT PARA MUJAHID DI BUMI PALESTINA...
TAKBIR!!!!







16 June 2010

banyak yang kita keliru tentang bulan rejab....

Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi

SOALAN:

Banyak kami dengari dari khatib Jumaat – terutama pada awal bulan Rejab – hadith-hadith yang mereka riwayatkan tentang pahala yang besar yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang hanya berpuasa sehari di dalam bulan Rejab. Antara hadith ini ialah: “Rejab bulan Allah, manakala Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Apakah pandangan tuan dengan hadith-hadith sebegini? Apakah hadith-hadith ini sahih? Apakah pula hukum sesiapa yang meriwayatkan hadith palsu yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. kepada orang ramai?


JAWAPAN:

Tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab sesuatupun, melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).” (al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada diantara Rejab dan Ramadhan.” Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan.

Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku dan Ramadhan bulan Umatku.” Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu… iaitu ianya suatu yang didustai (atas nabma Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama. Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa sembahyang sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala… semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta.

Antara tanda kedustaan hadith-hadith seumpama ini, apabila ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan gembar-gembur… para ulama berkata:

إنَّ الوَعْدَ بِالثَّوَابِ العَظِيْمِ عَلى أمْرٍ تَافَه، أوْ الوَعِيْدَ بِالعَذَابِ الشَّدِيْدِ عَلى ذَنْبٍ صَغِيْرٍ، يَدُلُّ عَلى أنَّ الحَدِيْثَ مَكْذُوْبٌ


Maksudnya: “Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar atas perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras atas dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu.”
Sebagai contoh lain apa yang didakwa dari perkataan Nabi S.A.W.:

“Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik dari membina 1000 buah masjid.” Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan utk orang yang lapar, pahalanya lebih besar dari pahala yang diperolehi dari membina 1000 buah masjid.

Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk di dalam jenis seperti ini. Ke atas ulama wajib memberi perhatian dari hadith-hadith seumapama ini yang palsu dan dusta dan memberi peringatan kepada orang ramai dari hadith-hadith seumapama ini. Nabi S.A.W. telah bersabda: (Maskudnya): “Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia lihat hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.” (Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di Muwaddiman Sahihnya).
Akan tetapi kadang-kadang seseorang tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya itu adalah hadith yang palsu. Oleh kerana itu ia dia mesti mengetahui, dan mengenal pasti dari sumber-sumbernya…

terdapat banyak kitab-kitab hadith yang dibuat rujukan, ada kitab-kitab yang khas yang memberitahukan tentang hadith-hadith lemah dan palsu seperti al-Maqasid al-Hasanah” oleh al-Sakhawi, kitab Tamyiz al-Toyyib min al-Khabith lima haduru ala alsinah al-Nas minal hadith oleh Ibn al-Diba’, kitab Kasful khafa’ wa al-Ilbas fima isytahara min al-Ahadith ‘ala alsinati al-Nas oleh al-‘Ajluni… dan banyak lagi kitab-kitab lain yang sepatutnya diketahui oleh para khatib dan memahaminya, agar mereka tidak mengambil satu hadith melainkan hadith itu dipercayai kesahihannya.

Sesungguhnya termasuk dalam kemerbahayaan yang berlaku di dalam masyarakat kita ialah hadith-hadith yang palsu dan yang direka yang bercampuraduk di dalam khutbah, buku-buku dan percakapan manusia, hakikatnya ianya adalah hadith yang palsu dan yang direka.Oleh kerana itu kita perlu membersih dan menyucikan masyarakat kita daripada hadith-hadith seperti ini. Sesungguhnya Allah mentaufikkan para ulama yang menjelaskan kepada orang ramai perkara-perkara yang asas dari yang direka, yang tertolak dari yang diterima. Dan kita hendaklah mengambil manfaat dari usaha mereka dan mengikut ilmu yang telah mereka terangkan.

sumber:
http://www.facebook.com/notes/ali-abu/al-qaradhawi-pastikan-kesahihan-hadith-tentang-rejab/403603634463

09 June 2010

'UKHUWWAH' TUNJANG KEKUATAN PERJUANGAN...dedikasi buat sahabat2

dedikasi ini, khas buat sahabat yang benar2 memahami 'perjuangan' ini......
sahabatku,
perjuangan kita tak sehebat perjuangan baginda nabi,
perjuangan kita tak sesukar perjuangan sahabat2 di palestin,
perjuangan kita tak setaraf pejuangan para sahabat menegakkan dinullah,
'perjuangan' ini hanyalah sebuah perjuangan kecil dalam memperkukuh fardu muslim,
lantaran kita semua adala da'ie fi sabilillah.....

dalam meniti perjuangan mungil inilah, kita seringkal tersalah arah dan tersilap lngkah.Diri yang sering terleka memerlukan sahabat sebagai penguat kaki di jalan ini.sepertimana tali persahabatan baginda nabi muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang dipintal bersama Abu Bakar As-siddiq,khalifah pertama khilafah islam.
Duhai sahabat, biarlah kita bersama-sama meniti jalan ini hingga ke hujung nyawa kerana nalurinya,kita mendambakan apa yang termaktub dalam sebuah hadis shoheh daripaa nabi:
" من اغبرت قدماه فى سبيل الله حرمه الله على النار "
"barangsiapa yang berdebu kakinya di jalan ALLAH,maka akan
ALLAH haramkan ke atasnya api neraka..."
(RIWAYAT BUKHARI MUSLIM)

sahabat, walaupun semakin hari kita kian dipisahkan oleh jarak.kalau dahulu kita berjuang di maahad yang sama(mmas),daar yang sama(thibbilqulub), bahkan kamar yang sama(nailah al-farafishah),namun kini kita dipisahkan oleh sempadan negeri yang berbeza(kedah n kelantan).
namun, sedarlah sahabatku perjuangan kita masih panjang.........biarlah ukhuwwah ini menjadi pengikat dalam mencapai HALAWATUL IMAN..semoga perpisahan dan pertemuan yang berlaku menungkatkan tahap pemikiran,kematangan dan pemahaman kita tentang perjuangan...
teruskanlah perjuanganmu di bumi NILAM PURI, insyaALLAH perjuangan di bumi barkah MAAHAD ini perlukan mujahidah bagi meneruskan keberkatannya...masih segar di ingatan ttng tinta darimu,
"perkongsian ketabahan dan kesucian akan dikongsi dengan mengharapkan cinta sang pencipta..."
" laa taiasu min rauhillah,,,dalam surah al-anfal ALLAH dah janji akan bg kmenangn buat orng yang sabar"
" ruh kita akan saling meniup semangat,kerana ruh orang mu'min itu saling berpelukan..(jaga hati)"
insyaALLAH, "فذكر فاءن الذكر تنفع المؤمنين " sesungguhnya saling mengingatkan itu memberi manfaat kepada sesama mu'min.. KUN SYUJJA'AN YA UKHTI!!!!
Seterusnya buat sahabat yang bersamaku mneruskan perjuangan di medan pengajian madrasah, sesungguhnya perjalanan kita masih jauh..banyak lagi yang bakal diharungi.banyak lagi yang harus dipelajari...
pertemuan kita dimuka diari alam madrasah,di sebuah tempat yang tenang dan menyuburkan ruh keimanan serta ukhuwwah bersama teman2(mmy), cukup menjadi kenangan yang menjdi tarbiah dan kekuatan dalam meneruskan sentuhan 'tarbiah' ini...
antara kita tiada lagi rahsia, susah dan senang kita bersama terpatri kenangan yang takkan dilupa... insyallah daurah yang akan diteruskan akan menjadi rabitah pengikat ukhuwwah dan keterikatan ruh kita yang sling berpelukan...
dengan keputusan dari ALLAH yang menetapkanku agar meneruskan perjuangan dibumi maahad ini,bererti kita akan terus bersama menongkah badai, menyumbangkan minda dan menjadi pemikir buat sahabat2 yang lain. semog kita benar2 menjai SULBAH dalam perjuangan meneruskan sunnah rasulullah ini...ALLAHUAKBAR!!!

buat sahabat-sahabat yang lain, kita punya amanah masing-masing. teruskan usaha kalian dalam meneruskan usaha tarbiyah di tempat pengajian masing2... insyaALLAH usaha kita akan dinilai ALLAh....
luruskan saaf kita, perbaharui minda kita untuk berfikir lebih luas dalam usaha pejuangan demi ISLAM yang dicintai....
WASSALAM...

wahai manusia!!! PALESTIN.... adlah PERANAN kita

                                                             اللهم صلى على محمد وعلى آله و صحبه و بارك وسلم...
selawat dan salam yang dipanjatkan kepada baginda nabi semoga mendapat syafaatnya di akhirat kelak.. sebaik-baik ucapan untuk didahului sebelum memohon kekuatan sholawat e2 sndiri...
                                           
                              "لن ترضى عنك اليهود و لن نصرى حتى تتبعوا ملتهم "
demikian betapa ego,bongkak ,sombong dan takabburnya YAHUDI LAKNATULLAH sehingga termaktubnya firman ALLAH di atas..
SEJUJURNYA, isu palestin sudah lebih kurang 3tahun lenyap dan terkubur dek kesibukan para makhluk berakal dalam menyelesaikan urusan dunia mereka.. isu ini hanya dibangkitkan setelah wujudnya insan2 pilihan ALLAH,iaitu peserta dan pengendali konvoi ARMADA KEBEBASAN (FREEDOM FLOTILLA)

alhamdulillah
serangan tentera ISRAEL terhadap kapal MAVI MARMARA telah menyebabkan banyak pihak mengecam tidakan tersebut yang dianggap sperti lanun(kita pn sama kan???).termasuklah AMERIKA SYARIKAT sndiri..perbuatan mereke turut dikecam oleh negara KOREA.

Presiden Correa berkata: “Duta Negara harus segera meninggalkan Tel Aviv, sebagai protes atas serangan terhadap armada kebebasan, yang menyebabkan pembunuhan dan mencederakan orang awam. Nicaragua(preidn Korea) memutuskan pada hari Rabu lalu untuk membekukan hubungan diplomatik dengan Israeldan ianya berkuat kuasa serta merta... (5 jun 2010-sumber_palestine telegraph)

kalau inilah tindakan yang diambil oleh negara yang mempunyai majoriti bukan islam, lantarn apakah tindakan kita sebagai rakyat beragama islam yang hidup dalam negara islam....
jika semua pihak menuding jari terhadap pemimpin(Malaysia), sampai bilakah palestin mampu menikmati hak mereka yang hakiki????
dimana peranan kita???


YA!!! disinilah peranan kita wahai ikhwah,akhwat/muda,mudi/seantero makhluk dunia!! penerus Perjuangan nabi!!!
ayuh, bangkitlah dari keseronokan dunia remajamu yang sebentar cuma...
ayuh, bangkitlah dari pmikiranmu yang kurang dewasa........
ayuh, bangkitlah dari kesibukan duniamu semata.......
ayuh, bangkitlah dari igauanmu tntang cinta dunia........
ayuh, bangkit dan pikullah amanah kemanusiaan terhadap plestina.......
ayuh, kembalilah berpijak di tapak nyata.........

kerana kita perlukan sebuah khilafah yang peduli pada urusan islam lainnya..
kerana kita sedang menanti kemunculan SHOLAHUDDIN AL-AYYUBI ke2....yang kembali membebaskan palestina tercinta...
dan 'DIA' adalah seorang PEMUDA!!!!
semoga pemuda itu adalah KITA>!!!!!

saudara2ku, mungkin serangan terhadap kapal MAVI MARMARA ini adlah teguran yang paling lembut dari ALLAH ARRAHIM untuk mengejutkan kita dari lena yang agak panjang..(3 tahun mampu mengubah seorang remaja menjadi dewasa)sedarlah wahai umat islam sekelian!!! usah lagi kita biarkan palestin,al-aqso yang kita sayangi menjadi satu isu bermusim..... 

sama -sama kita hidupkannya dengan doa,QUNUT NAZILAH yang disunnahkan nabi ketika berhadapan dengan musibah seperti ini.....
dan.... teruslah memBOIKOT!!! 

AKHIR KALAM, ..:
YA ALAH EGNKAU GOLONGKANLAH KAMI DALAM GOLONGAN ORANG2 YANG SENTIASA MENGAMBIL BERAT TENTANG URUSAN ORANG2 ISLAM.... aameen ya robb

05 June 2010

- SEUSAI.. IMTIHAN !!!

assalamualaikum...
semoga kita selamanya berada dibawah pengawsan ALLAH..RABBULJALIL
setelah 2 minggu berjuang memerah minda untuk periksa pertengahan tahun(PRA-U- MMAS),
terasa lapang nk berkongsi semula dengan semua..
sebenarnya terlalu banyak yang ana dapat sepangjang minggu periksa ni...terlalu banyak..antaranya..

1- KEAJAIBAN UKHUWWAH
25 MEI...tengah malam lebih kurang pukul 3.20pg an terjaga.kat sebelah ana ada henset(cam besa kononnya nk guna alarm bangun tahajjud)ana tengok jam berulang-ulang kali.. tak percaya ana boleh bangun seawal ni..
ha .. memang betullah sekarang pukul 3.20PAGI! sebab tiba2alam henset ana bunyi(ana set pukul 4.00pg)
ada kesempatan ni, takkan nak lepas peluang buat solat ckit..walaupun rasa malas mnyelubungi diri..lagipun ana teringat dengan kata2 IMAM GHAZALI;ak tak mahu hidup andai tak ada 2 benda alam dunia ni,dan salah satunya adalah tahajjud..

DINGIN MALAM YANG MENUSUK TULANG....begitu syahdu mengingatkan manusia yang sering lalai ini pada tanggungjawab pada RABBnya..biarlah air mata yng menitis hanya khusus pada SANG KEKASIH YANG ABADI bukan pada kesakitan yang sementara,kepedihan dalam mehnah mahupun kelemahan ketika hati ini terasa 'futur'...........
semntara tunggu masuk waktu subuh yng masih lama, tiba2 ana teringat balik "camna aku bleh bangun awal sangat ???,diri ini bermonolog.tiba2 tangan ini terasa nak mencapai telefon selular yang berdekatan 'buku TAUHIDMANTIQ' yang ana nk mengafal satgi...eh eh,
1.ada 3 miskol
2. ada 1 mesej (ana pn buka)

isinya.. ~wakeup!bangun qiyamullail! * kekuatan seseorang mu'min terletak pada ISTIQOMAHNYA menghidupkn malam ketika orang len nyenyak dibuai mimpi...*~ send at 3.13am
from:.... .....(tapi dy ni shbt daurah mmy lah)
SUBHANALLAH!!! hebat sungguh janji ALLAH...( صدق الله العظيم )
macamna kisah yang berlaku kepada cucu baginda nabi muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang bermimpi ktika dy sedang mendengar nabi s.a.w berkhutbah, tiba2 datng seorang kanak2 yang membawa sedulang kurma,lalu baginda nabi menyuapkan kurma tersebut kedalam mulutnya.
keesokn harinya. dia menghadiri khutbah yang bakal disampaikan oleh umar al-khattab.tiba2 datng seorang kanak2(kanak2 ini sama wajahnya dengan kanak2 dalam impinya semalam) juga membawa sedulang kurma.tiba2 umar al-khttab mengambil kurma tersebut dan menyuapkan ke dalam mulutnya.. dia tesentak lalu bertanya kepada umar: hai umar adkah kau bermimpi sama dengan apa yang aku mipikan semalam? lalu umar menjawab : ya, sesungguhnya ruh setiap mu'min yang bersih hatinya hanya kerana ALLAH, saling berpelukan....
dari kisah ni, ana buat kesimpulan bhw ruh yang saling berpelukan inilah yang membolehkan ana bangun awal dari kebiasaan..
kuatnya dan ajaibnya sebuah ikatan ukhuwwah yang telah terbina hasil daurah mmy ke2.

alhamdulillah, sejak hari tu, ana mudah untuk bangun tak seperti hari-hari sebelum ni. cuma kadang 2 kita takut ALLAH nak tarik benda ni atas dosa2 yang kita pernah lakukan.mula hari 2 juga ana mula forwardkn mesej yang sama buat sahabat2 yang len. semoga ruh kita adalah ruh yang saling berpelukan itu....
kerana sedikit pesanan dari IMAM NAWAWI: " bila engkau tak mampu bangun malam untuk solat tahajud, juga tak mampu shaoum(berpuasa) di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi dari melakukannya kerana maksiat dan dosa yang membelenggumu."
kisah yang berlaku ini benar2 membuatkan ana terfikir bermacam perkara. semoga ini juga yang berlaku kepada sahabat2 yang membaca.
USAH kalian mencari siapa penghantar mesej yang ana sebutkan,
USAH kalian mencari siapa yang ana 4wardkn mesej e2
tapi, CARILAH bagaimana ALLAH memilih hambanya yang ruh meereka sentiasa berpelukan hingga mampu mengabadikannya ke SYURGA ALLAH...
ALAHUAKBAR!! inilah yang dikatakan HALAWATUL IMAN...
wassalam.