Skip to main content

Saat kau merasa dirimu 'asing' dan terasing..

بسم الله الرحمان الرحيم


Kalau kau berjalan di laluan yang sedikit manusia, kau akan dapati keluasan pada perjalananmu.. Dan, Kalau kau berjalan di laluan yang dipenuhi manusia, kau akan dihimpit kesesakan..

[Dr Alaa Hosni | Kelas Manahijul Bahs]
--------------------------

Pesan Dr Alaa dengan keindahan bahasa beliau, seolah memujuk kita agar bertenang jika menjadi 'ghuroba'..

Bertenanglah wahai orang-orang yang asing.
Selagi kau berpegang teguh dengan Al-quran dan As-sunnah dan memahaminya pada landasan ILMU, bukan NAFSU.. kau akan merasai KELUASAN.

Ketika manusia berbangga dengan ilmu aqidah yang dilandaskan pada 'mantiq' dan aqal mereka semata, kita BAHAGIA dengan wahyu dan pemahaman salafussoleh tentangnya.

Ketika manusia merasa suci dengan banyaknya ibadah dari sumber yang tidak jelas, kita DAMAI dengan ibadah yang diajar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam walau ia terlihat sedikit.

Ketika manusia merasa menang dengan hujah palsu dan akal mereka, kita TENANG dengan lapang dada dan TAWAKKAL kepada ilmu yang diajar dan dipelajari walau kita sendiri.

Ramai manusia 'perasan' benar, dan GHURABA' bukanlah orang yang 'perasan' benar...

Ramai manusia suka jika pendapatnya disanjung walaupun salah, dan GHURABA' bukanlah orang yang suka disanjung...

Ramai manusia berbangga tatkala kata-katanya didengari, dan GHURABA' hanya suka bila firman Allah kata-kata Rasulullah lebih tinggi dari kata-katanya...


----

فطوبى للغرباء

"Maka beruntunglah mereka yang asing itu..."




P/s: Sedang mengulangkaji subjek maahijul bahsi [research methodology] esok, 
tiba-tiba terjumpa pesan Dr Alaa ini di hujung buku nota. 
Sungguh, pesan ini mendamaikan hati-hati yang cintakan kebenaran.
Doakan exam saya esok ya :-D

Comments

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…