Skip to main content

Contengan Ramadhan: Bezakah semalam dan hari ini?

بسم الله الرحمان الرحيم

Saya rindu waktu sahur di kamar lama ~ zahra4|photogalery


Sahur 1 Ramadhan

Kisah tersilap jam waktu bersahur terjadi lagi. Kawan bilik bi Oya(adik ke 9 ummi) beritahu subuh masuk jam 5.57. Saya dan bi Oya masih relax makan-makan sampai tiba-tiba bi Oya tengok dalam jadual, rupanya subuh masuk jam 5.47 pagi. Saya lihat jam, 5.40 pagi. Cepat!!

Alhamdulillah, lepas sahaja minum air untuk tegukan terakhir, kedengaran azan dari seluruh pelusuk bumi UIAM. Yah, ini memang benar-benar menta'khirkan sahur. Islam itu bukan agama yang menyusahkan. Islam sangat memahami dan dengan sifatnya yang muruunah ia sesuai dalam keadaan yang pelbagai.

Atas sebab ini, kita sewajarnya tidak menyusahkan diri dengan menyekat diri untuk makan dan minum sebelum tiba waktu subuh. Rasulullah pernah bersabda mengenai waktu sahur:

kata A'ishah yang Allah redha ke atasnya: “Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna, waktu sahur berpanjangan sehingga waktu subuh. Walaupun demikian, tidaklah salah jika kita mahu berhenti dari makan dan minum lebih awal, bahkan ini juga diajarkan baginda dalam sebuah hadis , Kata Zaid bin Thabit:

“Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sengaja saya timbulkan isu sahur ini kerana saya teringat Ramadhan saya ketika kecil. Ustazah sekolah rendah saya pernah berpesan;

"Kamu jangan makan kalau dah masuk waktu imsak, nanti puasa kamu batal."

Saya kaget. Setakat yang ummi dan abi ajar saya, hanya waktu subuh yang menjadi sebab tidak boleh makan dan minum. Saya masih kecil, jadi takut menegur ustazah yang sudah 'besar' nanti dikatakan melawan pula.

Saya fikir, itu mungkin cuma kisah kanak-kanak saya sahaja. Rupanya ketika saya menginjak ke sekolah menengah, persepsi seperti itu masih berlegar-legar dalam lingkungan saya. Sehinggalah saya sendiri membuat kajian dari pembacaan berlandaskan nas-nas yang soheh dan pertanyaan.

Saya mendapat jawapan. Masuk ke peringkat universiti, masih ada insan yang begitu rupanya. Dan saya berharap dia berusaha mencari ilmu :-)

Memang, mata masih layu disebabkan malam tadi tidur jam 2 pagi atas urusan yang perlu diselesaikan segera. Tetapi bila mengenangkan sebuah janji yang terpancar keluar dari bibir seorang al-amiin hati saya jadi bercahaya, mata saya berubah cerah.


Nabi s.a.w berpesan: “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Alhamdulillah, sampai saat saya menulis contengan ini, saya merasai keberkatan yang disabdakan baginda. Saya pergi dan pulang dari kelas dalam keadaan segar! dan paling penting, no sleeping after subuh!


Saya mahu subuh ini lagi, bahkan yang lebih baik!

Setelah selesai solat subuh ditambah pakej zikir pagi dari kitab hisnul muslim, saya teruskan agenda 1 Ramadhan dengan mengulang hafazan al-quran juzu 1 saya yang baru sampai ke maqra' keempat.

Peringatan Allah kepada bani israil dalam maqra' ini sedikit menyentap hati saya. Sebab, ia juga peringatan untuk kita. Bermula ayat 40 surah al-baqarah ini, Allah mengingatkan agar bani Israil melaksanakan segala peintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Sehingga ayat ke 48, Allah memberi peringatan kepada mereka antaranya:

"Berimanlah kepada Al-quran.."
"kamu harus bertaqwa.."
"Minta tolonglah dengan sabar dan solat.."
"Jagalah dirimu dari azab.."

Masuk ayat ke 59, Allah mula menyatakan nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepada bani israil. Saya jadi terkesima.

Bukankah diri ini yang telah sampai kepada ramadhan merupakan nikmat dari Allah? 
Lalu, bagaimanakah diri ini menunaikan peringatan-peringatan yang Allah limpahkan?
Apakah kita mahu Allah sebutkan pula nikmat yang telah diberikan, baru kita mahu 'bergerak'?

yah, Al-quran kedua tidak akan ada lagi untuk menyebut nikmat Allah kepada kita. Tetapi, tunggulah hari pembalasan! Di saat kita semua dikumpulkan, satu-persatu nikmat akan tertera di depan mata..
Dan kita menunggu hari pembalasan itu?

Tentu tidak.

Dunia ini ladang bercucuk tanam. Tiada guna menyesali hasil buruk yang harus dituai ketika orang lain sibuk menuai hasil terbaik mereka. Ya, ini masa yang paling tepat untuk menyemai benih terhebat.

Perlahan-lahan saya menucapkan hamdalah. Segala puji bagi Allah yang telah membuka pintu hati saya untuk menyedari hal ini, dan menuliskannya untuk diri saya dan sahabat pembaca yang dihormati.

Dalam sela-sela menghabiskan hafazan itu, saya bermonolog " Aku mahu subuh ini lagi, bahkan yang lebih baik!"


Suasana surau MMY. Jadi rindu ramadhan-ramadhan 'semalam' di bumi ini.


Bezakah semalam dan hari ini?

"Semalam 29 Syaaban, hari ini 1 Ramadhan. Ada beza tak?" Ustaz Zulkhairi  memulakan bicaranya di penghujung kelas tahfiz.

"Semalam Syaaban, harini Ramadhan mestilah beza ustaz..", saya menjawab di dalam hati. Saya tahu, ustaz tidak maksudkan itu. Biasa, saya memang suka main-main klau dalam hati sahaja.

Wajah ustaz berkerut, seolah menidakkan kata hati saya sambil berbicara,
"Maksud ana, suasana kita kat Malaysia ni. Ada rasa macam masuk Ramadhan tak?"

Eh ustaz ni, macam tahu sahaja. Huda di sebelah saya menyambut persoalan ustaz perlahan, "Ramadhan yang sama, natijah berbeza"

"Ana bagi contoh di negara-negara arab, Mesir contohnya tempat ana belajar dulu. Sebelum masuk Ramadhan, mulai pertengahan Syaaban suasana dah berbeza. Di kedai makan, dalam bas, tepi-tepi jalan, kedai buku, perhentian bas, masjid dan universiti apatahlagi semua orang ada al-quran di tangan."

Wajah ustaz nampak puas. Kelihatan ustaz merindukan suasana di sana suatu ketika dhulu, tidak sekarang dengan rusuhan yang tidak jelas. Meresahkan jiwa.

Melihat kelas diam, ustaz menyambung cerita;
"Pernah satu hari, dalam bas yang penuh dengan manusia bak kata orang 'syurga bagi lelaki, neraka bagi wanita..' tu, dan ana ada juga dalam tu. memang betul-betul padat waktu itu amcam sardin dalam tin.. Tiba-tiba ",

Kelas masih sunyi, menanti bicara ustaz disambung,
"..ada seorang lelaki sedang tasmik ayat al-quran kepada isterinya. Wanita dengan pakaian serba hitam itu khusyuk mendengarkan bacaaan istertinya. Dalam sesak bas yang padat tu, saya dengar bacaan lelaki itu. 

Suaranya, memecah tidak terlalu nyaring tapi membuat bingit yang sedia kedengaran terlerai. Hati saya, dengar bacaanya, subhanallah terus rasa lapang. Itulah, bila al-quran dibaca dari hati.. pasti meresap ke hati juga.. "

Saya terdiam. Mendengar cerita ustaz, saya rasa sebak. Tadi selepas tasmik kepadea ustaz, saya boloskan diri ke masjid sebentar buat solat dhuha. Ada beberapa gadis di pojok surau sedang bersembang dan baring-baring. Kecewa. Tidak seorangpun dari mereka yang pegang al-quran!

Ya, benar ustaz. Hari ini dan semalam suasananya sama. Saya sempat tertanya, benarkah ini ramadhan?

Tetapi, saya bersyukur kerana kisah sahur yang saya coretkan di atas membuat hari ini untuk saya berbeza dari hari semalam. Nyata berbeza. Ya, berbeza kerana al-quran. Itu kuncinya.

Masih sempat, ayuh tekadkan diri!

Sahabat pembaca pula, bagaimana 1 Ramadhan kalian?
Pasti ada kisah tersendiri. Jangan segan mahu kongsikan, biar kita dapat menjamah ibrah bersama. 

Sahabat, mungkin ada di antara kita yang masih hambar dengan kedatangan Ramadhan. Selepas subuh, tabiat tidur selepasnya masih berterusan. Siang hari gerak kerja menurun kerana letih. Petang pula, 'ter'sibuk memborong menu untuk berbuka sahaja.

Tapi saya yakin, mereka mahu berubah. Tak mengapa, Ramadhan baru bermula, ada satu doa yang kita perlu pohon sungguh-sungguh dari Allah, dari Abu 'Amru Al-auza'ie katanya,:

" كان يحيى بن أبي كثير يدعو حضرة شهر رمضان: اللهم سلمني لرمضان وسلم لي رمضان وتسلمه من متقبلا."
 “Yahya bin Abi Katsir berdoa memohon kehadiran bulan Ramadhan, ‘Ya Allah, selamatkanlah aku agar bisa berjumpa dengan Ramadhan, selamatkanlah aku agar berhasil menjalani Ramadhan, dan terimalah amalku.’” (Hilyatul Auliya’, juz 1, hlm. 420)
 Dan, waktu sahur esok masih ada. Ayuh, tekadkan diri agar waktu sahur sepanjang Ramadhan ini menjadi waktu yang paling kita rindu sampai ajal menjemput kita..
“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).

* ihsan terjemahan hadis saya pinjam dari [jiran saya]
* Promote artikel [kesibukan-orang-orang-shalih-di-bulan-ramadhan]
------------------
# Ramadhan Mubarak! #
1 Ramadhan.
5:37 pm,
PG Mahallah Sumaiyah, UIAM Gombak.

Comments

  1. AnonymousJuly 28, 2013

    Teruskan menulis, semoga Allah memberkati ukhti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Amiin. Semoga Allah memberkati kamu juga..

      Delete

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…