Skip to main content

Contengan ramadhan: Sudahkah kita beriman?


بسم الله الرحمان الرحيم


Jangan cemarkan bulan barokah ini!

Hari ini sudah masuk 2 Ramadhan. Hujan renyai-renyai mebasahi bumi UIAM. Seolah ia mengerti adanya gerimis di hati ini. Mengorak langkah sambil menuruni anak tangga tertinggi di UIAM. Agak meletihkan, tetapi inilah ibadah untuk para penuntut ilmu.

Kelas Intro Translation hari ini bermula jam 9 pagi. Jam tangan CARTIER pemberian kak Syahidah saya tenung. Saya sudah lewat 7 minit. 

Sakit perut tadi hampir menyebabkan saya urung ke kelas. Tetapi, saya gagahkan. Takut-takut perbuatan saya seolah mengiakan cakap-cakap orang jahil yang mengatakan puasa hanya menurunkan kualiti kerja muslim.

Ya, ini memang kisah dahulu, tetapi kalau dikenangkan, pasti ia membuat berusaha menjadi manusia paling 'kuat' dan berprestasi terutama ketika berpuasa. Iyalah, kalau kita masih melayan nafsu makan dan bermalas-malasan dengan alasan tiada tenaga kerana tidak makan, kita masih belum beriman.

Saya tidak rela bulan yang diberkati ini tercemar kerana diri saya. Begitulah kita muslim, ada ikutan yang telah memberi teladan terbaik kepada kita. Muhammad shollalllhu 'alaihi wasallam, baginda membuktikan sebuah kemenangan bagi Badar dalam berpuasa!


Subhanallah, ini hasil dari puasa sebenar. Menahan diri dari melakukan maksiat, itu sebenarnya sebuah kekuatan kepada kita. Kekuatan yang Allah beri kerana taatnya kita.



Perlu ikhlas, hikmah akan mudah menyusup



Sepanjang jalan saya beristighfar, membetulkan niat dan memohon agar Allah mudahkan tiga jam pembelajaran hari ini. Saya selalu ingatkan diri mengenai kata-kata Ibnu Taimiyah yang mengulas bahawa Istighfar itu mampu memecahkan belenggu-belenggu kesusahan dan musibah.

Walaupun perut masih sakit, saya teruskan meminta kepada Allah agar saya benar-benar mencicip hikmah dari kelas hari ini. Biarlah kalaupun hanya satu!



Masuk ke kelas, ustaz sudah mula mengajar. Rasa tebal muka ini mahu masuk. Tak mengapa, Allah tahu saya sudah berusaha. 

Pembelajaran berlaku seperti biasa. Sampai satu bahagian praktikal terjemahan, ustaz sebut:

" إذا تغيرت المعنى صار خائنا "

"kalau kamu mengubah makna asal, kamu jadi pengkhianat !"
Saya terdiam. Entahlah, dalam banyak-banyak nasihat ustaz hari ini kata-kata ini juga yang melekat dalam minda saya. Cepat-cepat saya catat apa yang ustaz katakan. Saya cuba mencerna dan mencari hikmah disebaliknya.

Selesai kelas, saya bergegas pulang sambil mulut terkumat-kamit mengulang hafazan maqra keempat yang saya hafaz semalam. Sambil menghafaz, saya cuba mentadabbur maknanya juga. Saya berhenti di stesen bas Nusaibah dan sambung mengulang disitu, damai.


Sambil melihat orang lalu lalang, tiba-tiba saya terfikir sesuatu. Terasa hikmah mula menyusup..


Saya mula bermonolog: 


Bukankah Al-quran yang sedang aku hafaz ini diterjemahkan. Tetapi, setakat ini bahkan selamanya tidak ada orang salah menterjemahkannya. Nyata, benarlah janji Allah dalam surah Al-haqqah yang saya baca semalam :


"Sesungguhnya Al-quran itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan) kepada rasul yang mulia, Dan Al-quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (69:40-41)

Sedikit kita beriman kepadanya?

Ayat terakhir ini, benar-benar sebuah muhasabah buat kita. Ramadhan yang sedang kita jalani mungkin membuat kita banyak membacanya. Mungkin juga membuat kita banyak menyelaknya dan yang pasti, kita akan sering mendengarkannya dalam tarawikh di malam-malam Ramadhan kita.

Tetapi, berimankah kita kepada isi-isinya?



Kalau hanya membaca, mendengar, dan menyelak, George W.Bush yang belum muslim itu pun boleh melakukannya. Lantas, cukupkah kita dengan hanya itu?


Dalam surah Al-mukminuun Allah menyebut satu persatu sifat seorang mukmin. bahkan Allah menegaskan kejayaan bagi orang-orang mukmin. 

"Sesungguhnya, berjayalah orang-orang beriman. Mereka itu solatnya khusyuk, meninggalkan perkara lagha, menjaga kemaluan.." (mafhum surah al-mukminuun ayat 1-11)

Sebuah uslub atau gaya bahasa khusus yang Allah tujukan special untuk kita. -Mu'minuun-, tidakah kita merasa terpanggil?


Bahkan, Allah mengulang lagi ciri-ciri itu di dalam surah al-Ma'aarijdengan memulakan penjelasan berkenaan sifat kita.. mnusia.

" Sesungguhnya, manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kedekut,
Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah, 
Dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut,

Kecuali orang-orang yang mengerjakan Solat, 
yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya"

(Al-ma'aarij 70:19-23)
Solat, itu kunci kita. Tetapi, masih ramai yang meninggalkannya, melengahkannya, melaksanakannya tergesa-gesa, melaksanakannya hanya sebagai adat, tidak merasa Allah dihadapannya ketika solat..

Lantas, sudahkah kita beriman? Sedangkan iman itu pengakuan dan perlaksanaan.


-------------------
Salam 2 Ramadhan 1434H
dari sahabat kalian,
Zaharoh fajar Nina,
7.21pm (beberapa minit sebelum berbuka)

ya Allah, terimalah ibadah kami hari ini.

Comments

  1. "kalau kamu mengubah makna asal, kamu jadi pengkhianat !".. saya suka ayat ni, dlm maksudnya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. to kosong

      saya pun, bila dengar ust cakap macam ni, teringat hadis-hadis palsu yang banyak tersebar.. banyak juga hadis2 yang maknanya salah diterjemah..

      ya Allah, pelihara kami dari mengkhianati agama-Mu

      Delete
    2. na'am..Media menjadikannya begitu mudah untuk sebarkan benda yg tak diketahui kesahihannya..

      amin

      Delete
  2. Masya Allah..artikel yg bagus, keep it up ya ukhti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. to kak Raudhah

      semuanya dengan antuan Allah :-) hu, baru tau kak raudhah Ada blog :-)

      Delete
  3. boleh saya dapatkan sumber tentang Erdogan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah ubah kisah tu, sebab saya sendiri agak ragu..

      bila saya tanya ustaz semula, ustaz cakap tidak. Saya jadi keliru, apakah mungkin saya dengar dari orang lain..

      terima kasih bertanya, saya jadi tergerak menilai semula.

      Delete
  4. AnonymousJuly 14, 2013

    bole saya nk thu mantan presiden turki yang mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dapat kisah ni dari lecturer saya. Takut salah, jadi saya sedang tanyakan semula kepada beliau. Insyaallah, kalau sudah disahihkan oleh beliau, saya khabarkan semula. Terima kasih bertanya.

      Delete
    2. kisah ni belum dapat disahihkan, jad, untuk elakkan khianat terhadap imu, saya sudah edit artikel ni. terima masih bertanya.

      Delete

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…