06 May 2013

# PRU13 | Sesudu madu pengubat buntu #

بسم الله الرحمان الرحيم


Awal pagi begini, membuat aku teringatkan uncle dan auntie berbangsa cina di dalam kereta api pagi tadi. Seawal mereka naik dari stesen Parit Buntar, aku memerhati gerak-geri mereka. 

Kerut-kerut di wajah mereka jelas menunjukkan usia 60-an mereka. Pakaian mereka sederhana sekali. Dengan baju kemeja pudar warna dan seluar singkat beserta stoking, mereka nampak lusuh tetapi tidak selekeh. 

Aku lihat, jari telunjuk kiri mereka ber’dakwat’. Aku pandang jam, baru pukul 10 pagi. Tetapi mereka sudah selesai mengundi dan kini, mereka berada di dalam kereta api menuju ke rumah mereka barangkali.

Aku kira mereka mahu berhenti di sekitar Perak juga, kerana pada perkiraan aku mereka mungkin ‘orang kampung’ yang pulang mengundi. Tetapi aku salah. Perhentian mereka sama seperti aku, KLSentral. 

Aku terkedu. 

Kalau orang cina tinggal di Kuala Lumpur, apa maksudnya? Rata-rata mereka pasti ahli perniagaan atau pemilik syarikat. Mana ada orang cina di KL yang merempat menjadi penghuni rumah orang-orang tua semata. Aku belum jumpa yang begitu.

“kak Wirdah, semangatnya depa mengundi naik tren..” aku bercakap sambil menunjukkan pasangan veteran berbangsa Cina yang sedang mengangkat barang mereka keluar dari kereta api. Ketika kami keluar, aku terlihat beberapa lagi pasangan veteran berbangsa Cina dari gerabak lain dengan jari ber’dakwat’.

“tengok anak-anak muda Melayu. Katanya negara ini aslinya Melayu, mana ada anak-anak muda di sepanjang jalan kita turun dari tren sampai ke LRT.. yang ber’dakwat’ di jari.” Aku mengomel kepada kak Wirdah sambil mataku meliar ke segenap KL Sentral. Mencari ‘mangsa’ untuk diperhati jarinya.
Aku merenung anak-anak muda Melayu di hadapanku, lama.
Tiba-tiba  aku teringat pesan Dr Maszlee.
“ kita sebagai orang budiman, berperanan mendidik masyarakat dan ummah untuk mengundi dengan pengetahuan yang benar. Bukan hanya di‘pandirkan’ oleh slogan-slogan di kaca televisyen dan billboard yang dikuasai oleh satu pihak.”

Ya, benar!

Mahasiswa sekalian, kita ini warga budiman(profesional). Fitrah insan mahu marah jika semuanya di ‘black out’kan. Tetapi,tugas kita bukan untuk mengutuk ‘black out’ yang berlaku. Tugas kita adalah mendidik masyarakat untuk keluar dari ‘black out’ itu.

Sampai satu tahap, tiada lagi yang berani mem ‘black out’kan kita.

Semoga, peranan mendidik masyarakat ini menjadi madu pengubat buntu kita berhadapan segala kecelaruan dan ketidakjelasan yang berlaku. 

Ayuh siswa, bermula dengan kita! Musim peperiksaan yang mendekat, buat yang terbaik ya..

doakan saya, walau dari lintasan hati kalian.. :-)

No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)