18 December 2012

PEnulisan eLIT: Dhuha yang menenangkan

بسم الله الرحمان الرحيم

PEnulisan eLIT (PELIT)

18 Disember 2012,
~9.50 am~


Hari ini, aku lambat ke kelas. Lewat 15 minit. Mahu kata bangun lambat, tidaklah terlalu lambat pun. Aku tebalkan muka masuk ke kelas. Memandangkan tempatku tetap di hadapan, aku terpaksa memenuhi tempat yang tersedia, menunggu aku menghuninya.


Hudassakinah di sebelahku nampak tidak nyaman, melihat kedatanganku yang agak lambat. Dia menanyakan mengapa aku lambat. Dengan nada tidak bersalah aku hanya memberitahunya bahawa aku sakit perut. Hudassakinah senyum dan aku terdiam.

Ya, benar aku sakit perut. Dua kali aku berulang-alik ke tandas. Entah kenapa, tetapi aku sendiri sebenarnya tidak enak dengan jawapan itu. Aku merasa aura ‘lambat’ menyebabkan aku kurang fokus. Banyak yang aku fikirkan. Selalunya, akulah yang akan memulakan kelas dengan pembacaan memandangkan tempat dudukku paling dekat dengan ustaz Asfandiyar.

Hari ini, aku ‘sesal’ kerana tidak dapat melatih bacaan bahasa arabku.

Silibus selesai, alhamdulillah. Ustaz tamatkan kelas.



Dari bangunan IRK ke HS, aku mesti melalui masjid dahulu. Aduh, malas betul mahu solat dhuha. Nafsuku menjerit.

Tiba-tiba, aku ternampak seorang makcik cleaner keluar dari tempat wudhu'. Dia berwudhukkah, aku tertanya. Makcik itu terus masuk ke ruang solat. Kaki ini, terasa ringan pula mahu mengikut.

Makcik bertubuh kurus, berbaju biru lusuh tertulis 'Daya Bersih' di belakang baju itu, membentang sejadah yang diambil dari beg kecil berwarna merah. Dia keluarkan pula telekung putih miliknya. Sah, dia mahu solat!

Ah, masakan makcik cleaner yang kononya tidak masuk universiti itu mahu solat dhuha.. sedangkan aku seorang mahasiswi universiti, islam pula. Malulah aku pada ALLAH ketika ditanya nanti, apakah aku benar layak masuk ke syurga-Nya?

Sedangkan amalan sekecil solat dhuha pun aku masih malas. Bahkan aku tahu tentang solat Dhuha itu ejak darjah enam!

Memang memalukan kalau aku hanya melihat!, Memalukan!, Memalukan!
Aku seperti dimarahi oleh hati sendiri. fikiran dan hatiku berperang. Nafsu dan Ilmu bertembung mengasak.

Cepat-cepat aku masuk ke ruang solat wanita. Memandangkan aku sudah wudhu sebelum ke kelas tadi, aku terus solat dhuha. Mahu tenangkan fikiran.

Dalam solat itu, aku seolah terawang bertemu pencipta yang kadang aku takut mahu bertemu benar-benar dengannya. Sebab aku takut amalku selama ini sia-sia. Cuma, kali ini, aku rasa tenang. Setelah segala masalahku aku adukan kepda-Nya tanpa pengetahuna sesiapa, aku tenang menemui-Nya dalam Dhuha yang menenangkan.


Selesai solat, aku beristighfar. Tiga kali.

Tiba-tiba aku teringat makcik tadi. Aku palingkan wajah ke kiri, tempat aku melihat makcik tadi menebarkan sejadahnya. Tiada. Aku paling ke kanan pula. Hampa.

Cuma ada beberapa mahasiswi yang juga sedang bersolat. Ada juga tiga orang makcik cleaner, berbaju hijau putih dan di belakangnya tertulis 'Daya Bersih' sedang mem'vakum' karpet masjid. Hamparan karpet merah masjid Sultan Haji Ahmad Shah itu, sejenak menyedarkan aku...

Makcik cleaner yang ada ini, semuanya berpakaian hijau putih. Bukankah makcik cleaner yang aku lihat tadi berbaju biru lusuh?

Jeda sebentar.

Aku berlari keluar. ada dua orang makcik cleaner. Seorang sedang menyapu , dan seorang lagi sedang mengemop lantai. Kedua-duanya berbaju hijau-putih.

Jeda lagi.

Atau.. yang aku lihat tadi cuma bayangan? Aku memang tidak melihat wajah makcik berbaju biru tadi. Aku cuma melihat pergerakan dan sejadah yang dihamparnya.

Ya ALLAH, andai benar ini bayangan.. aku mahu menangis kepadamu. sungguh, kau menyedarkanku walau sekadar dengan bayangan!


bersambung...





2 comments:

  1. Menarik sangat. Tak sabar menunggu sambungannya..:)

    ReplyDelete
  2. Cepat, teruskan lagi k.zahra'
    tak sabar nak baca ni...(:

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)