Skip to main content

lembaran: semalam, hari ini, bukan sekadar kisah..

بسم الله الرحمان الرحيم


ayuh, tutup lembar hari ini dengan 'Astaghfirullah...'
kita ada lembaran semalam.

sebanya mana kita membaca. sebanyak mana kita menyelak helaian demi helaian, seringkali helaian pertama itulah yang paling kita ingat. iya kan?

nah, begitulah lembaran-demi lembaran hidup insan. sejauh mana kita berjalan, sepanjang mana jarak perjalanan, tetaplah kita ada jejak-jejak yang telah kita tinggalkan. bukan mudah kita mahu melupus jejak semalam yang penuh dengan debu-debu dosa.

insan itu kita semua.

tetapi, ada sejenis insan. dia ini istimewa. dia sentiasa menapak jalan di hadapannya dengan tapa-tapak yang baru. dia juga punya jejak yang ditinggalkan seperti kita. tetapi, sentiasa menapak dengan tapak yang lebih baik. semakin jauh ia berjalan, semakin baik, cantik, indah  tapak yang dia cipta.

mengapa dia bisa begitu? bukankah yang dikatakan insan itu, imannya naik dan turun?

benar.

bahkan, sebab dia tahu dia insan yang punya iman naik dan turun itulah..
dia memenggal kesalahan lalu. dia cipta yang baru.

dia yakin sebuah janji,
jika hari ini kau lebih baik dari semalam, engkaulah orang yang berjaya.
tetapi,
jika hari ini kau lebih teruk dari semalam, kau orang celaka!
inilah insan istimewa itu.
dia melihat cermin sisi kereta, sekadar untuk belajar dari silap-silap lau. bukan untuk bebankan diri dengan rasa tidak percaya dengan janji sang Pencipta.


kahiran! khairan! insyaALLAH

hari ini, pasti ada kisah yang terjadi.

pause..

muhasabah sebentar. lihat sebentar cermin sisi itu.
lihat ke belakang. sebentar sahaja.

apa pun kisah itu, ayuh kita kembali ke sebuah zaman. Ada seorang raja dan pembantu diraja. Sang raja namanya Abdulmalik, sedang si pembantu namanya Abdullah.

"aduh, jariku tertoreh pisau!",
demikian jeritan kecil Abdulmalik. Abdullah si pembantu setia segera mendapatkan raja. darah merah dan pekat menitis dari belahan jari yang tertoreh. Para dayang berlari-lari anak mendapatkan persalinan baru sang raja.

Abdullah di sebelah raja hanya tersenyum.

Dengan optimis dan penuh tawakkal Abdullah berkata,
"wahai Abdulmalik, khairan khairan in sya ALLAH (semuanya baik-baik saja, dengan izin ALLAH)."


melihat reaksi Abdullah, Abdulmalik terkejut.
"apa kau bilang? baik-baik saja?!! "

Abdullah mengangguk.

"pegawai.. tangkap Abdullah, penjarakan dia!"

seminggu berlalu,

"Abdullah, apa kau rasakan diseksa dalam penjara!"

"khairan khairan in sya ALLAH (semuanya baik-baik saja, dengan izin ALLAH)."

***

kali ini, Abdulmalik berburu seorang diri. Mana tidaknya, seringkali masa berburu dia habiskan bersama Abdullah. sedang Abdullah, dia yang penjarakan haruslah rela berburu sendirian.

"ah, itu mangsa kita!"
 satu suara menyergah dari belakang. melempar jerat, tepat mengenai Abdulmalik.

"ke mana kau mahu bawa diriku?"
Abdulmalik meronta-ronta dalam jaringan jerat sekelompok manusia.

"hari ini, kau kami jadikan hadiah buat sembahan kami. sembahan itu perlukan mayat manusia."
belum sempat Abdulmalik menjawab,

"tuan, periksalah manusia bising ini yang mahu kita jadikan sebagai hidangan."
sedang meronta, tangan Abdulmalik disentap kuat.

"sini aku lihat.."
"ah, tangan ini ada luka torehan.. kau buang kembali dia ke hutan. sembahan kita tak mahu manusia cacat.."
serentak,
Abdulmalik teringatkan pembantunya, Abdullah.

" Ah, benarlah kata Abdullah. khairan khairan in sya ALLAH."
desusnya dalam hati.

kembali ke istana, segera dia ke penjara.

"Abdullah, Abdullah, benarlah katamu. khairan khairan in sya ALLAH. aku terselamat dari menjadi hidangan sembahan sekelompok manusia."
"in sya ALLAH (dengan izin ALLAH)"
Abdullah menambah.

"tetapi, ada satu perkara aku masih tertanya-tanya."
 Abdulmalik nampak runsing. dahinya berkerut.
"kau dipenjara, di mana kebenaran kata-katamu khairan khairan in sya ALLAH?"
Abdullah tersenyum.
"jika aku tidak dipenjara, bukankah aku akan berburu bersamamu? dan pastilah aku yang tiada cacat ini menjadi hidangan sembahan kelompok manusia itu.."
keduanya tersenyum. benarlah, khairan-khairan in sya ALLAH!


hari ini, bukan sekadar kisah

kau tersenyum juga?. senyumlah. manis senyuman itu. (^_^')

tetapi ini bukan sekadar kisah. perlu kau serap untuk lembaran hari esok. kisah ini dari temanku, buat kita. kelas ARAB 1111 hari ini, menyumbang kisah besar dalam tulisan ini.

dari semua kalam picisan yang aku tulis,

aku mahu bawa kau menikmati kalam yang berjuta-juta nikmat untuk kita hayati..
[Luqman berkata]:

"Hai anakku, sesungguhnya jika ada [sesuatu perbuatan] seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya [membalasinya].

Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah [manusia] mengerjakan yang baik dan cegahlah [mereka] dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.

Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan [oleh Allah].

(surah luqman:16-17)

ALLAH lihat kau tulis, ALLAH lihat kau baca!

Comments

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…