25 December 2012

PELIT : Alam pernikahan yang 'ghaib'.

بسم الله الرحمن الرحيم

(Personal Literature)
Pelit 25 Dis 2012

Aku tiba-tiba terbayang alam pernikahan. Alam ghaib buat aku yang belum berpengalaman. Bukan sebab aku kemaruk mahuu berkahwin. Cuma aku terbayang bagaimana sebenarnya rupa alam itu.

 Ada yang takut menempuh alam itu, sehingga mahu-mahunya mereka jadi seperti Imam Malik yang tidak berkahwin. Ada pula yang merindu-rindu alam itu, apabila pola perbicaraan mereka berlegar sekitar cinta dan rumah tangga sahaja. Tak beranjak walau seinci.

Semuanya bermula bila, aku berziarah ke Kampung Baru hari ini.

Bersama Ummi dan abi serta seluruh ahli keluarga. Musafir yang mencerna banyak hikmah hari ini. Musafir yang mencetak buah-buah idea menyusun aksara kata. Musafir yang menjentik minda dan hati beku seorang 'aku'. Musafir yang menyemai buah sabar dan redha..

Bertemu kak Wardina Safiyyah. Tiba-tiba kak wardina mendekati Ummi dan bertanya, bagaimana ummi menjaga kami 8 orang adik-beradik semuanya. Jeda. Kemudian ummi menjawab santai. Kena banyak sabar.

Jawapan ummi sedikit mengetuk jiwaku. Aku mula membayangkan, sudah berapa juta titis air mata, detik masa, keringat, gurisan rasa yang ummi abaikan demi mendidik aku. Dan 7 orang insan bergelar anaknya ini!



Aku melihat kak Wardina Safiyyah melayan karenah anak bongsunya, Imran Ar-razi. Setelah kami mengambil gambar kenangan, kak Wardina mengucapkan terima kasih kepada Imran.

Sambil mengusap kepala anandanya yang berusia 4 tahun itu, kak wardina berkata,
"Thank You Imran for your smile.."

"Thank You mama!.." Imran menjawab lincah.
Aku tersenyum melihat telatah lincah Imran. Sejenak membuat aku terfikir suatu perkara. Untuk aku sebagai ibu nanti, apakah aku mampu melakukan perkara yang sama?.

Mengucapkan terima kasih kepda anak nakal yang seharusnya berterima kasih kepadaku dahulu. Bahkan mungkin aku memarahinya untuk semua kenakalan yang telah ia perbuat. Marah tanda sayang, mungkin itu idea 'bernas' yang aku rasakan masih relevan untuk mendidik anak-anakku nanti. Anak-anak generasi -z.

Begitulah, alam perkahwinan bukan hanya ada dua jiwa yang saling mencintai sahaja. Perlu ada jiwa-jiwa yang memahami dan memerhati. Jiwa mendidik dan terdidik. Jiwa mentarbiyah lingkungan 'rumah', lapangan yang kecil. Memperkasa lapangan kecil, untuk maslahah lapangan besar. Itulah beban terindah seorang bakal ibu sepertiku. Terlalu banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Kuncinya cuma satu, "NIAT". Itulah kunci untuk memasuki alam perkahwinan.

Bagi aku, bukan soal duit sangat. Bukan soal sedia atau tidak. Bukan soal masih belajar atau lepas graduate. (walaupun aku tidak nafikan sedikit sebanyak kesannya kepada generasi sekarang). Semuanya kalau dinisbahkan kembali kepada niat yang tepat, maka dari situlah aku melihat akan terbit pemuda-pemuda gagah dan berkaliber.

Seorang sahaja yang mahu aku sebutkan. Anak muda berusia 18 tahun yang dilantik rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam menjadi panglima perang. Aduh, kesalnya kerana aku  baru tahu dia sudah bernikah dengan Fathimah Bint Qais pada usianya 16 tahun!

Pemuda sekarang lambat matang. uhuk..(batuk). Itu sahajalah jawapan yang aku ada kalau ditanya oleh teman-teman dari negara arab,
"lesy(limaza) maliziyyah entum tatazawwaj mutaakhhirah?" (kenapa wanita Malaysia ramai kahwin lambat?)

p/s: Mood menjelang exam :-) ,'ter'tulis bab usrah pula.

2 comments:

  1. Soal perkahwinan memang susah nak kata. Jawapan paling senang jika tidak kahwin lagi ialah "belum sampai jodoh"

    Zahra muda lagi. Cari lah ilmu sebanyak mungkin sebelum bergelar seorang isteri dan ibu.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zahra ti Embun Melati

      jazakillah kairan akak atas nasihat :-) really appreciate it!

      anyhow, Iman dan Taqwa itu bekal yang takkan lapuk, takkan basi :-)

      Delete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)