Skip to main content

ustaz zahazan yang dikasihi :-)

بسم الله الرحمان الرحيم

Ustaz Zahazan yang saya kenal adalah seorang yang amanah dengan ilmu. beliau sangat lembut. bicaranya halus. tegas dan berprinsip. berusaha menyampaikan sesuatu mengikut keperluan ummah.

saya yakin, inilah juga yang dirasakan oleh para pendengar IKIM.fm, segmen tafsir setiap hari jam 6.30 pagi.

pagi hari saya rasa tidak lengkap jika tidak mendengar kuliah tafsir yang membangkitkan jiwa.

entah bagaimana lagi saya mahu menggambarkan suara yang damai itu. dengan ilmu penuh di dada. belaiu tidak pernah berkata "berdasarkan pendapat saya..."
bahkan, beliau banyak menukil sirah dan perjuangan para sahabat..
------

pernah suati hari, ketika saya terlibat mengendalikan program anak-anak Staf TELAGA BIRU.. saya sedang makan bersama Hudassakinah. tiba-tiba ustaz zahazan datang mahu makan bersama kami dan staff yang ada di situ. aduh, rupa-rupanya makanan sudah habis :-(..

sambil tersenyum ustaz berkata: "oh, dah habis. tak apa.. alhamdulillah. rezeki mereka. rezeki kita di tempat lain.."

entah kenapa, saya rasa terharu. ustaz sebagai CEO Telaga Biru tidak ada beza dengan yang lain. bersahabat tanpa beza. tenang melihatnya.



---------