Skip to main content

sekitar PilihanRaya Kampus (PRK)


بسم الله الرحمان الرحيم
--------------------

25 sept 2012 insyaALLAH menjadi pengalaman pertama saya membuang undi untuk PRK.

biasalah, sebelum PRK ni, semua sibuk berkempen.
sampai pelajar2 baru pun pening n tak faham.. what happen now?

semua orang merasakan calon mereka adalah yang terbaik. dan terbaik!

sekilas, saya lihat suasana UIAM ini, dah jadi macam suasana di pasar raya (PR) ketika menjelang aidilfitri. macam peniaga yang sedang mempromosikan barang jualan mereka. dan mestilah mereka merasakan barang mereka adalah yang terbaik! :-)

tiba-tiba, saya teringat pesanan abi.

kata abi: " nabi ajar kita, serahkan urusan kepada ALLAH dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.."

and I'm asking from ALLAH to help me to make a true decision ( sbenarnya saya dah pilih calon untuk diundi).

pada ALLAH, ada segala jawapan..

tiba-tiba, sewaktu program semalam. saya ditakdirkan untuk duduk di sebelah calon yang saya decide untuk pilih.

banyak yang kami bincangkan. banyak juga yang saya tahu dari dia. terasa ALLAH memberi jawapan atas apa yang saya minta.

dan sekarang, segalanya telah jelas dan terbentang.
dengan segala manifesto yang beliau utarakan.. peribadi beliau.. cara berfikir beliau..
saya yakin beliau seorang yang amanah. tetapi, belum tentu beliau QAWIY..

saya ingatkan diri.

memilih calon, bukan hanya AMANAH. tetapi, dia juga mestilah QAWIY (kuat, dan mampu menguruskan hal-hal ummah secara tersusun)

AL-QAWIYYUL AMIIN. integrasi antara dua perkara ini.. sangat penting!
inilah kayu ukur saya. kayu ukur kita sebagai mukmin.

---------------------------

anyway, undi adalah rahsia!
please my dear friends..
make the true decision :-)
wallahu musta'aan

#ukhti zahra'#

Comments

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…