17 February 2012

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

 بسم الله الرحمان الرحيم

buku rujukan saya- terbitan jahabersa-

bersambung dari artikel ini.
Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:

"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.

para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "

orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang mengada-adakan cerita, dan terserah kepada kamu bagaimana mahu menghadapinya.

para rahib itu meneruskan ajarannya, "tanyakanlah kepadanya tentang, 

beberapa pemuda di zaman dahulu yang pergi berkelana, dan bagaimana pengakhiran kisah mereka?

kedua, tanyakanlah kepadanya tentang seorang lelaki yang menempuh perjalanan mengelilingi dunia dari timur sampai ke barat, bagaimana ceritanya..?

dan yang ketiga, tanyakanlah kepadanya apakah itu roh..?

jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang mengada-adakan cerita, dan terserah kepada kamu bagaimana mahu menghadapinya."

apabila utusan Qurais itu kembal dari pertemua mereka dengan para rahib yahudi itu, berkatalah mereka kepada kaumnya:
" kami telah diajari oleh rahib-rahib yahudi itu  untuk mengemukakan beberapa pertanyaan kepada Muhammad. jika dia dapat memberikan keterangan, maka benarlah dia seorang nabi.

maka, segera mereka bertanya kepada rasulullah tiga masalah yang diperoleh daripada rahib-rahib yahudi itu. rasulullah tidak dapat menjawab soalan itu dalam waktu yang pantas. baginda hanya bersabda kepada mereka: " Esok aku akan memberikan keterangan kepada kalian tentang apa yang kalian tanyakan itu".

sejak itulah baginda menantikan kedatangan Jibril membawa wahyu yang tidak kunjung tiba melainkan setelah 15 malam.Dalam masa rasulullah dirundung sedih dan berkesal hati kerana orang Qurais mula mengejek-ejek dengan kata-kata "Muhammad berjanji sehari untuk memberika keterangan tentang tiga perkara yang ditanyakankepadanya, namun selepas 15 hari telah lewat kami belum mendengar sesuatu darinya.."

bersambung

ayatnyang akan saya kongsika pada minggu hadapan adalah ayat 6-8.

bagaimana ALLAH menjawab kesedihan baginda yang dikasihi-Nya. sungguh, di sebalim apay yang ALLAH sediakan tidak kira baik mahupun pahit, pasti terkandung seribu satu bahkan berjuta-juta hikmah yang amat besar di sisi ALLAH, sedangkan, manusi itu tidk tahu, sebab itu mereka selalu kalah dengan keperitan!

saya sedang bersiap-siap ke K-FIQH 2012. semoga ada manfaat yang kita dapat sera bersama.
wassalam

2 comments:

  1. AnonymousJune 04, 2012

    assalamualaikum...boleh sy tahu, anda menggunakan kitab apa untuk asbab nuzul surah al-Kahfi ini?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..
    saya guna kitab yang ada gambarnya di dalam port ini. "tafsir surah pilihan ibnu kathir" terbitan jahabersa.

    p/s:saya belum cek ke kitab tafsir ibnu kathir yang asal. kalau ada kesilapan,mohon ditegur.

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)