04 January 2012

tenangkan dirimu sebentar..

بسم الله الرحمان الرحيم

sungguh, banyak perkara yang berlaku sejak akhir tahun 2011 hingga hari ini, awal tahun 2012. hampir 5 entri saya terbengkalai atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. sungguh, ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat haba-NYA yang kerdil ini.

sejenak kita merenung ke dalam diri. apa yang kita sibukkan selama ini?

kita sibuk mengulangkaji pelajaran, tapi kita terlupa mentadabbur al-quran...

kita sibuk mengejar bahagia, tapi kita terlupa menyemai hubungan dengan pemilik bahagia...

kita sibuk merancang untuk kelancaran urusan dunia, tapi kita lupa merancang untuk kelancaran urusan akhirat...

kita sibuk meng'update' status di facebook, tapi kita terlupa meng'update' ilmu di dada...

kita sibuk menasihati teman yang leka, tapi kita terlupa menasihati hati yang lelah...

kita sibuk berkongsi berita pelajar-pelajar UPSI diserang polis, dalam masa yang sama kita terlupa mendoakan mereka...

kita sibuk mengecam pemerintahan yang tidak islamik, tapi kita terlupa bahawa kita hanya mampu mengambil alih pemerintahan dengan 'kekuatan', bukan kecaman...

kita sibuk menyebarkan keburukan insan, tanpa kita sedar itulah aib yang kita canang-canangkan...


sesekali,
sedarkan diri agar terus membina kekuatan,
menjana fikrah yang sihat dari kepentingan dunia,
sibukkan diri dengan ilmu yang kian luput,
berilah masa kepada diri agar ia mampu mendapat KETENANGAN...





p/s: artikel kali ini ringkas, tetapi sebenarnya ia penuh dengan HARAPAN dan RAHSIA HIKMAH :-)
hanya ALLAH yang tahu,
-moga ALLAH redho (^_^)-

wallahu a'lam.

8 comments:

  1. salam alayk~insyaALLAH ya ukhti.. segalanya bakal dipermudah olehNYA,tiap perkara yg berlaku ada hikmahnya.. kita merancang tapi DIA merancang dan menentukan,, Apa yang kita inginkan tidak dikecapi kerana DIA punyai rencana yang lebih baik buat kita INSYAALLAH.. ^_^ MAY ALLAH BLESS :)

    ReplyDelete
  2. to mujahidah1413

    jazakillah kheir ukhti.. barokallahu feek atas perkongsian :-)

    ReplyDelete
  3. Allah SWT berfirman: "Maka ambil iktibarlah, wahai orang yang mempunyai penglihatan." (Al-Hasyr: 2)

    Ada masa dalam hidup, kita akan lari daripada fokus. Kerana itu, ambil iktibar kisah Yahya ibn Yahya Al-Laithi, 'Cerdas daripada Andalus', ketika beliau menuntut ilmu drpd Al-Imam Malik rhm.

    Cakap pasal fokus, ana teringat ujian fokus yang sering sahabat ana a.k.a bos ana dlm INTRAC selalu buat kepada para peserta dalam program motivasi. Mungkin ujian yang sama perlu dilakukan ke atas kita semua...

    ReplyDelete
  4. to Daie Siber

    ~kisah Yahya ibn Yahya Al-Laithi, 'Cerdas daripada Andalus', ketika beliau menuntut ilmu drpd Al-Imam Malik rhm~ kalau nak tau kisah ni, boleh baca di mana ya?

    menarik!

    'fokus', bila hilang fokus dari mardhotillah, perkara ibadah pun kita lalai..

    ReplyDelete
  5. Ketika mana Facebook kebelakangan ini penuh amarah, fitnah, maki hamun, kutuk mengutuk, curahan perasaan dan segala bentuk kecelaan lisan, saya masih bertahan pada meyakini bahawa Facebook tidak bersalah. Yang bersalah adalah manusianya. Jika tiada Facebook sekali pun, mazmumah itu tetap tersebar di Social Networking, di pejabat, di gerai, di sms dan segala medium yang mampu dicapainya. Justeru, jangan lelah pada mengislahkan insan, jangan terpesong memberi tumpuan.-ustaz hasrizal-

    ReplyDelete
  6. yupz setuju yang teramat ukhti firas az-zahra. sungguhlah kan kalo kemungkran nak brlaku tiada alam maya ni pon jadi juga,,well actually tepuk dada tanya iman, kini rasa malu kian hilang,, semua dilakukan hanya atas dasar nafsu bukan lagi keimanan, ,, ^_^ wallahualam, hanya sebuah perkongsiaN Pendapat salah silap asiff jiddan2 coz I'M JUST A HUMAN

    ReplyDelete
  7. to Mujahidah 1413h

    I'M also human.. still have a mistake. actually, make sure the faith control all of our action :-)

    ReplyDelete
  8. Boleh cari di blog ana (secara ringkas). Ana baca dalam majalah Gen-Q isu #5.

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)