04 September 2011

cerita saya. doakan :-)


 بسم الله الرحمان الرحيم

ramadhan yang berlalu bukan sekadar berlalu. memberi seribu ibrah dan pengalaman buat insan kerdil ini.
tempoh tarbiyyah ini takkan selesai selagi nyawa dikandung badan. dan kini, syawal belum berakhir.

sebuha tekad baru. sebuah harapan baru. sebuah usaha baru. tak bermakna yang lama dilupakan. segala yang baru bermakna pertambahan untuk yang lama.

hakikat umur kita bertambah setiap hari. 'hari ini lebih baik dari semalam' itulah matlamat wajib bagi setiap muslim untuk setiap harinya.. jika kemarin kita seorang pelajar dalam universiti kehidupan, maka hari ini kita mesti menjadi guru bagi pelajaran kemarin. guru yang terus belajar. subhanallah, hebatnya kehidupan ini. setiap hari pasti ada ilmu baru yang ALLAH titipkan untuk hambanya. cuma, kadang2 kita tidak sedar dan tidak berusaha mencapainya.. ~muhasabah~

alhamdulillah.alhamdulillah. alhamdulillah.
entri kali ini sekadar berkongsi perjalanan hidup saya dengan kalian. jujur, saya jarang menulis kisah peribadi dalam blog. cuma, kali ini saya terpanggil bercerita kepada klian yang sentiasa dekat di hati saya...

cerita saya...
 bukan lagi melalui tulisan. tapi melalui gambar ini.


insyaALLAH, saya daftar hari ini 4/9/2011

 setelah hampir 11 bulan tidak melalui proses pembelajaran secara formal, kali ini saya akan melaluinya. memasuki alam universiti bukan suatu yang biasa bagi saya dan sahabat2 yang belum biasa. tapi, saya sedia.
dugaanya pasti berbeza. 
doakan saya dan sahabat2 lain.
doakan kami mendpat ibrah yang luarbiasa dari perjalanan ini.
doakan segalanya berjalana dengan lancar.

salm sayang kerana ALLAH buat semua. :-)

6 comments:

  1. orang yg beruntung adalah mereka yang bertambah ilmunya dengan peningkatan umurnya.....

    Semoga terus sukses dalam menempuh Allah U yang penuh dugaan yg berbeza....
    Salam Lebaran Maaf Zahir Batin.
    Rakan Blogger

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah,dimana dan bagaimana pon suasana pembelajarannya,andai niat menuntut ilmu itu berpaksikan iman dan takwa,pasti Allah permudahkan urusan.Kutiplah mutiara ilmu itu di mana sahaja.Shidda hiilak.

    ReplyDelete
  3. "Barangsiapa menempuh jalan untuk mcari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan kesurga" (Muslim)
    "Barangsiapa pergi untuk mcari ilmu maka ia fi sabilillah sampai ia kembali" (At tirmidzi)
    Semoga kita semua termasuk dalam hadist diatas... Aamiin

    selamat bjuang menuntut ilmu d universiti..moga Allah mpermudahkan.
    ...

    ReplyDelete
  4. to manan qayyim{dot} com.

    jazakallahu khair atas perkongsian. ilmu adalah sesuatu yang diamalkan setelah diketahui.

    ~firas az-zahra'~

    ReplyDelete
  5. to Dr ibnbakr

    niat.. jazakallah, peringatan yang bermakna. :-)

    ~firas az-zahra'~

    ReplyDelete
  6. to USHBUN MUSTAWIYYUN

    alaiki aidhan ya ukhti. teguhlah kukuhkan biah solehah di UITM Puncak Alam..:-)

    ~firas az-zahra'~

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)