24 April 2011

pesan syeikh sudais kepadaku.. kepada kalian

بسم الله الرحمان الرحيم

syeikh abdulrahman as-sudais (tenang, bersih)   






 khamis, malam jumaat yang lalu(21 april) saya bertemu syeikh abdulrahman as-sudais. memang sudah dengar dari kakak saya yang belajar di UIA, beliau datang ke malaysia. cuma, saya tak sangka beliau datang ke kawasan rumah saya (institut Al-Qayyim bukit mertajam).

mulanya, saya hairan juga kenapa markaz ibnu qayyim al-jauziyyah (IQ) berdekatan rumah saya kedengaran riuh. biasanya kalau ada ceramah, tak pula testing microfon banyak kali. sudah banyak kali bekas mufti perlis, imam muda asyraf, dan ramai lagi public figure datang beri ceramah di markaz ni. biasa saja.

tapi kali ni, persediaan yang luar biasa. bila abi balik dari mengajar, dengan penuh penasaran saya buka mulut ingin bertanya..

belum sempat apa2 abi dah bagitau : 
" imam masjidil haram nak datang, insyaALLAH "
" kat IQ(institut al-qayyim) abi?" tanya saya tak percaya.
" lepas maghrib " jawab abi ringkas.

belum pun masuk waktu maghrib, sudah kedengaran pengumuman:
" harap maaf kepada jemaah yang hadir. ruang bahagian dalam telah penuh, pihak IQ sudah menyediakan ruang di bawah khemah untuk kita sama2 melaksanakan solat maghrib berjemaah. "

sya urung untuk pergi solat maghrib di sana. di rumah saja. lebih baik bagi wanita. aman dari fitnah :-)

terlepas solat berimamkan syeikh. tapi tak apa, yang penting pesanan beliau disemat dan dibuat.

hanya 30 minit syeikh dibenarkan berucap. begitulah yang abi bagi tau. saya pun kurang pasti kenapa. biasalah, orang jahat takkan suka kebenaran. (fikir-fikirlah)

beberapa pesan syeikh yang sempat saya take note n terjemah. mudah-mudahan betul dengan ilmu bahasa arab y terlalu cetek, hanya ini yang sempat saya garap.
  • " HENDAKLAH KAMU BERSAMA DAN MENGIKUT SUNNAHKU SERTA SUNNAH KHULAFA' AR-RASYIDIIN"
  • "SAMPAIKANLAH KALIMAH-KALIMAH YANG BAIK" 
  • " PILIHLAH MASLAHAT YANG LEBIH UTAMA ANTARA DUA MASLAHAT (keutamaan/prioriti) "
  • "BERSABARLAH DENGAN RINTANGAN DI ERA GLOBALOSASI (al-'aulamah) "
  • " BERDAKWAHLAH DENGAN MANHAJ RASULULLAH S.A.W! "

rupa-rupanya, ada terjemahan selepas ucapan b.arab beliau. terjemahan yang disampaikan oleh ustaz zainal abidin bukanlah terjemahan secara menyeluruh. sekadar menyimpulkan kata2 syeikh.

kata syeikh abdulrahman as-sudais:
  • kita belum pernah bertemu, tapi saya rasa bahagia melihat anda semua. kerana kita ada hubungan KEIMANAN.
  • ilmu yang paling tinggi adalah ilmu AL-QURAN dan AS-SUNNAH
  • islam umpama MATAHARI, walaupun banyak yang mencemuh ia tetap akan sampai kemana-mana.
  • jauhi perbalahan.(baca: JAUHI). dekat pun tak boleh.
  • ilmu pengetahuan itu, berilah, sampaikanlah dengan HIKMAH.
  • nabi dulu, beri islam kepada semua golongan. nabi tak memilih orang yang mahu shaja. cth, bani taif tak mau menerima islam, tapi nabi sampaikan juga.
  • saya amat berharap orang yang mengikut SUNNAH bertambah.                                                       

berkenaan point last saya nak ulas sikit ..: 

orang islam umpama buih di lautan kerana kita hanya mahu jadi orang islam. kita tak berusaha ikut islam dengan guide yang sebenar, SUNNAH. buktinya, berapa ramai remaja (baca: remaja) yang memiliki kitab riyadhussolihin berbanding remaja yang memiliki koleksi novel-novel yang sudah dibaca?

novel islamik? saya tak kata ianya salah. bahkan saya juga merupakan penggemar novel dan mempenyai beberapa koleksi. cuma, bagaimana remaja meletakkan priroriti bahan bacaan mereka? kita?

sengaja saya memilih riyadhussolohin sebab dah ada ringkasannya sekarang. jadi tak ada alasan untuk yang kata tak cukup duit. tentang riyadhussolihin saya ada kisah.kita cerita di entry lain ya.

semoga kata2 ikhlas dari syeikh sudais kita semat dan buat!
salam sayang kepada semua yang sanggupbaca entry ni hingga akhir. sayang kerana kita ada hubungan keimanan..:-)

9 comments:

  1. assalamualaikum,
    terima kasih adik..
    dapat juga apa yg imam sudais pesan.
    jauh kt sabah ni, hnya dpt lihat live dr tv1 syeikh jadi imam solat jumaat.
    khutbah fully arab, hanya dpt tgkap words shj..^^

    ReplyDelete
  2. 1) kasturi jiwa

    alhamdulillah kak. dah 3 hari peram. hari ni tergerak nak menulis. inilah bukti ruh mu'min itu berpelukan. saya tulis akak dapat, akak tulis saya pula dapat.

    ALLAH itu maha baik. teruskan perjuanganmu ya di bumi bawah bayu :-)

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar!!! hebat2...ckup t'kesan d hati bila m'dgr pesanan beliau... mohon share...Moga kita dpt amek manfaat dari pesanan darinya...

    ReplyDelete
  4. 1) Yas Sara

    silakan ukhti. kita berbagi kerana ALLAH.

    ReplyDelete
  5. wahhh... terima kasih Firas (jika diizinkan saya memanggil nama kamu begitu) Ia sebuah perkongsian yang luar biasa kerana saya seperti meraskan figur beliau berada di samping saya, berbisik tentang itu. Terima kasih, again :)

    ReplyDelete
  6. 1) iqbalsyarie

    terpulang mahu panggil sya firas atau zahra'. dua-duanya memberi makna yang baik.

    alhamdulillah, bertemu beliau memberi satu inspirasi buat saya. begitu juga yang saya harapkan kepada sahabat blogger yang dikasihi kerana ALLAH.

    biarlah saya tak sendiri di jalan dakwah menyebar sunnah ini.

    sama-sama.

    ReplyDelete
  7. waahh untungnya zaharoh dh dpt jumpa imam masjidilharam.. nurul dgr bcaan dia je dpt . masya Allah.. xsangka dia turun ke penang ye

    ReplyDelete
  8. nurul.. subhanallah, bertemu di alam maya pula ya :-)

    alhamdulillah, zahra pun tak sangka dapat jumpa syeikh sudais. moga ALLAH redha.

    ReplyDelete
  9. to tanpanama

    jazakallahukhair

    ~firas az-zahra'~

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)