06 February 2011

ilmu, bukan hanya di mesir.

بسم الله الرحمان الرحيم

alhamdulillah.
31 januari lalu keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diumumkan. alfu mabruk, jutaan tahniah kepada sahabat2 yang berjaya dengan cemerlang. kepada yang belum cemerlang, yakinlah segalanya telah tercatat di luh mahfuz tentang diri kita. dari sebesar hingga sekecil-kecil perkara ALLAH telah tetapkan. sekecil DNA yang terbentuk dalam diri kita.Allahuakbar.

biarlah langkah ini dalam redha ALLAH


impian ke mesir

tak dinafikan, sebahagian besar sahabat2 saya mempunyai impian besar ke mesir. saudara juga barangkali. meneruskan pengajian dan menuntut ilmu di  bumi anbiya' sebenarnya turut menjadi harapan di lubuk hati saya yang terdalam. mudahnya, tersenarai dalam perancangan hidup. tapi mungkin bukan sekarang.

alhamdulillah. diberi kesempatan bersembang dengan seorang sahabat, kami berbincang halatuju masing-masing selepas STAM. sahabat saya, tergolong pelajar cemerlang dalam STAM. 9mumtaz
dan 1jayyidjiddan.
" nak sambung mana? mesir?", saya mula bertanya walaupun saya sudah tahu impiannya.
" insyaALLAH, memang nak ke mesir. tapi bolehkah? kakak ana yang belajar di mesir pun akan dipindahkan. takkan kita pula nak masuk?", jawabnya penuh harapan.

ya, memang ini yang menjadi dilema kebanyakan pelajar yang berkeinginan melanjutkan pelajaran ke Mesir. tak kurang juga dilema ibu bapa yang memikirkan keadaan anak-anak mereka yang tak dapat dijamin dengan hanya title 'bumi anbiya'. cuma ALLAH yang tahu apa akan terjadi. manusia hanya meihat berdasarkan situasi dari isu semasa. bukan begitu? 

ada pula sesetengah pelajar yang beranggapan, dengan ke mesir mereka boleh bergabung menjatuhkan  pemimpin yang zalim. "inilah perjuangan sebenar di medan yang realiti. kalau mati, boleh syahid. kalau berjuang di malaysia, belum tentu lagi dapat syahid. ni yang lagi semangat nak ke mesir!" begitu tinggi semangat seorang lagi teman saya.

saya hanya tersenyum mendengar. kalau semangat, lautan api pun sanggup direnangi. sebab itu baginda nabi menganjurkan sebuah kefahaman berlandaskan manhaj Al-Quran dan Sunnah. bukan berlandaskan semangat. sekalipun, peranan semangat tak dinafikan kepentingan momentumnya di arena dakwah. nah, ini yang kurang dalam kebijaksanaan pelajar dan remaja yang berkecimpung dalam dunia dakwah.

tak boleh belajar di mesir?

jawapan itu hanya boleh dijawab oleh situasi masing-masing. bagi saya, tiada masalah di mana pun kita belajar. hatta di dalam bilik, di bilik air, di hutan pun kita boleh belajar. cuma, kalau nak bertalaqqi dari ulama'2 tersohor, barangkali itulah pertimbangannya. jika keamanan milik Mesir dan negara-negara berkaitan, insyaALLAH ada tempat buat para pncinta ilmu.

dalam pertimbangan ini, saya mengajak sahabat-sahabat untuk mengutamakan redha ALLAH dalam setiap keputusan. istikharahlah, mintalah redha dari orang tua. ridhollahu fi ridhol walidain. redha ALLAH terletak pada keredhoan ibu bapa.

ALLAH tahu masa kita kedepannya

saya nak bawakan sebuah kisah benar.

tentang seorang guru yang sangat saya kagumi dan kebanyakan pelajar di sekolah. beliau merupakan seorang pelajar aliran sastera yang berkeinginan besar untuk ke mesir. bahkan beliau sudah melakukan banyak persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke sana. namun, sebagai anak bongsu lelaki yang ingin berbakti buat bunda tercinta, beliau mengurungkan niat murni tersebut. waktu itu, mesir aman tanpa sebarang rusuhan.

beliau yang bercita-cita menjadi seorang ustaz, akhirnya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dalam kos akademik. dan sekarang beliau adalah seorang sir dengan panggilan ustaz.

ya, yakinlah sahabat-sahabat. ALLAH itu lebih tau tentang diri kita berbanding diri kita sendiri. usah pinggirkan ALLAH kerana keyakinan. yakin itu tidak cukup tanpa redha ALLAH. berdoalah. berdoalah. berdoalah dalam keyakinan dan redha terhadap percaturan ALLAH. 

ana i'nda zhonni 'abdi bi. aku disisi prasangka hambaku kepadaku. demikian ALLAH berbicara dengan kita melalui sebuah hadis qudsi.
wallahua'lam.

3 comments:

  1. Ilmu itu luas.Ilmu juga cahaya. Walau dimanapun kita berada, ada cahaya yang memberi terang dalam kegelapan

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. 1) gabungan blog pendakwah

    subhanallah, siapa yng mencari cahaya dia akan bertemu. insyaALLAh

    firas az-zahra'

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)