dengan jiwa tenang.. langkah ini diteruskan,langkah yang menjadi natijah dari sebuah suruhan iqra'...
dari membaca itulah timbulnya menulis..
impian seorang mu'min perlu kepada sebuah matlamat dan spesifikasi yang jelas.impian juga seharusnya ada impak dan ibrah buat ummah. dan saya.. sedang mendaki bagi mencapai impian dengan melalui segala persyaratan alami ini...impian menjadi seorang penulis!
terasa begitu kerdil bila menyedari usaha ini masih di tahap biasa2..alhamdulillah barangkali sengaja ALLAH buka kesedaran ini ketika hati terasa ingin menghayati sebuah novel terbaru karya habiburrahman el-shirazy (HES), BUMI CINTA.
novel-novel pembangun jiwa. karya HES |
ada seorang sahabat pernah bertanya pada saya,
"agak2 kenapa novel habiburrahman tu laku sangat?. best tu,memang best,tapi storyline dia lebih kurang ja dengan yang lain.."
"sebab dia ikhlas.." bersahaja jawapan saya.sedangkan saya sendiri belum layak menilai keikhlasan manusia.
dan akhirnya, ALLAHU AKBAR! ALLAH beri jawapan kepada 'jawapan' saya tadi..
ikhlas itu nampak pada hasilnya
bagi sesiapa yang suka mencari hikmah, maka dia akan melihat bahawa setiap watak dalam semua novel karya HES adalah watak yang hidup dan menghidupkan ruh keislaman. usah melihat 'hidup' itu dalam konteks drama yang di adaptasi, tapi nilailah ruh yang hidup itu melalui pembacaan kalian!
saya akui, banyak kontroversi ketika filem ayat2 cinta mula ditayangkan di Malaysia. ya, dunia sinetron memang penuh dengan kontroversi yang takkan kunjung reda. disini,saya ingin mengajak kalian meninggalkan dunia sinetron yang hampir membawa fitnah kepada pejuang pena islam, dan kembali kepada fokus hikmah dalam penulisan ayat2 cinta itu sendiri.
~ apa yang ingin disampaikan oleh HES melalui Fahri dalam ayat2 cinta adalah sebuah motivasi berbentuk inzar(peringatan) agar manusia sentiasa berhati-hati tatkala membina cinta di dunia.
ini kerana ramai orang yang saling ,mencintai, mengasihi dan berkasihan didunia tetapi di akhirat mereka saling bermusuhan.kecuali orang2 yang membina cinta ataspaksi taqwa.
~ melalui Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, HES membuka mata dan minda kita tentang kesusahan hidup seorang siswa di Mesir yang berjuang memikul tanggungjawab seorang anak, abang, pelajar, sekaligus seorang ayah bagi orang sekelilingnya.
abdullah khairul azzam, sebuah watak yang mengajar kita pengorbanan dan keikhlasan sebenar seorang muslim dan mu'min.
~ dan yang terbaru, BUMI CINTA.
ayyash seorang muslim yang ditakdirkan ALLAh menelusuri kehidupan di bumi yang bertuhankan kebebasab dan pornografi,Rusia. nah,disinilah watak mengajar kita bagaimana mengaplikasi sebuah resepi mujarab bagi menghadapi musuh2 iman yang bermaharajalela.
inilah keikhlasan
ikhlaskah kita?.. |
di sebalik pembikinan ketiga-tiga novel ini, ada tiga watak yang lahir hasil dari kreatif dan imaginasi yang hakikatnya hanya sebuah sulaman indah dari tenunan TADABBAUR AL-QURAN oleh penulis itu sendiri.(Habiburrahman El-Shirazy)
AYAT-AYAT CINTA, hasil tadabbur beliau terhadap surah (az-zukhruf 43:67)
KETIKA CINTAA BERTASBIH, hasil HES ketika selesai mentadabbur surah (at-taubah 9:105)
begitu juga dengan BUMI CINTA, hasil tadabbur beliau terhadap surah (al-anfal 8:45-47)
jom baca BUMI CINTA
bumi cinta.."ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi penyebab, penuntut dan satria agung, gagal dalam pertapaannya.." |
begitulah rahsia disebalik sebuah kejayaan. kejayaan yang Allah redha, membawa ke syurga. insyaALLAH.
saya menulis hanya ingin mempromosikan kebaikan dan membantu usaha ummah. bila lagi kita manyumbangkan sedikit tenaga dalam bidang penulisan islam.tak perlu menjadi seorang penulis tersohor, menjadi pembaca yang menghayati sudah cukup.
kajian menunjukkan orang2 yahudi dan Eropah maju beberapa tahun ke hadapan dalam bidang penulisan berbanding umat islam kerana mereka memahami hikmah dan ibrah di sebalik iqra'.
WALLAHU A'LAM
No comments:
Post a Comment
semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)