بسم الله الرحمان الرحيم
SITUASI 1
[ antara dua orang sahabat ]
- salam, sihat? buat apa cuti ni?
- alhamdulillah, sihat masih mampu beribadah.cuti ni belum ada aktiviti khusus dalam perancangan..ukhti?
- ana kursus bahasa arab. dua bulan. alhamdulillah, kat sini seronok. ana jadi naibahrais(timb. ketua) kat sini. entahlah, tiba2 ja lantik ana.. sebab budak maahad kot.
- ..... :-)
SITUASI 2
[ antara seorang murabbi dan mad'unya ]
- salam, boleh kak tau organisasi antunna yang baru?
- sentiasa boleh..
ketua, kalau tidak saidatul.pastu dia tak dapat teruskan studi...ana kena naik..(ukhti,doakan ana supaya diteguhkan iman untuk jalankan taklifan ni)... timb,wani. timb2,hanis. s/u,ina....
bermula dengan dirimu... |
ya, menjadi pimpinan mungkin menjadi sebuah mimpi ngeri bagi kebanyakan orang. mungkin juga sebuah mimpi indah yang diidamkan segelintir manusia.begitulah persepsi berbeza insan atas perbezaan kehendak nafsu mereka.
pemimpin? ketua? amanah? wala'? keadilan? apa orang kata?
memang, tak dinafikan menggalas tugas seorang pemimpin bukanlah suatu yang mudah. jadi takkan ada orang nak jadi pemimpin, sebab semua orang nak mudahkan?..
bagi saya, memimpin itu mudah...
mudah masuk syurga dan mudah masuk neraka. tinggal kita yang memilihnya. kalau nak syurga, memimpinlah ikut 'guide' yang ALLAH dah beri. kalau nak neraka, memimpinlah ikut suka hati.
memimpin itu mulia |
buat semua qiyadah...
pemimpin dunia,
pemimpin negara,
pemimpin organisasi kerajaan,
pemimpin organisasi swasta,
pemimpin dalam sesebuah jemaah,
pemimpin di universiti,
pemimpin di sekolah,
pemimpin sebuah keluarga,
pemimpin diri seorang hamba....
kita punya qudwah dalam qiyadah ini!
RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM, qudwah pemimpin sepanjang zaman...
rasulullah qudwah ummah |
Dari Abi Malih ra, katanya “Pada suatu hari ‘Ubaidullah bin Ziyad datang mengunjungi Ma’qil bin Yasar yang sedang sakit. Kata Ma’qil kepada ‘Ubaidullah, “Kusampaikan kepada Anda sebuah hadis, yang kalaulah aku tidak sakit seperti ini, hadis ini belum akan kusampaikan kepada Anda. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Seorang Amir (penguasa) yang menjabat urusan-urusan kaum muslimin, apabila dia tidak bersungguh-sungguh berjuang bagi kepentingan mereka, dan tidak memberikan nasihat, dia tidak akan masuk surga bersama-sama dengan mereka.”
[shahih muslim no 115]
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw sabdanya: “Allah swt akanmemberikan naungan kepada tujuh jenis orang pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah.
1.Imam (pemimpin, kepala pemerintahan) yang adil
4. Dua orang yang saling mangasihi karena Allah;mereka berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah.
5. Seorang laki-laki yang dirayu untuk berbuat mesum oleh wanita bangsawan cantik, lantas ia menolak dengan berkata dengan halus, “Aku takut kepada Allah”
6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan tangan kanannya.
7. Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas
meleleh air matanya.
[shahih Bukhari no 376]
sahabat 2,
menjadi pemimpin samalah dengan memikul suatu amanah yang berat. bila ALLAH bagi amanah yang besar pada kita,tndanya sudah tiba masa untuk kita fikir tentang manusia yang akan kita pimpin..inilah masanya kita aplikasi qudwah dari qiyadah islam...
qiyadah islam, menggerak syabab! |
sultan muhammad AL-Fateh
bangun tengah malam bertahajud kemudian jalan-jalan sekitar khemah tenteranya.. untuk lihat sendiri adakah dengan qiyamullail para tenteranya hidupkan malaan.. atau sebaliknya mereka tetap bergelumang di bahtera mimpi.
umar Abdul Aziz
Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad saw dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah”
Beliau kemudian duduk dan menangis
"Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul Aziz.
Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri
Beliau mejawab,
Isterinya juga turut mengalir air mata.[sumber[sini]]
“Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?”
Beliau mejawab,
“Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin.
Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’
Isterinya juga turut mengalir air mata.[sumber[sini]]
umar Al-Khattab
Meminta Hurmuzan [seorang raja di negeri bawah jajahan Parsi]menanggalkan pakaian kebesaran yang dipakainya smata-mata untuk bertemu Umar. Umar memintanya menukar pakaian biasa sebagai menghormati masjid tempat Umar berehat....
SUBHANALLAH..
tawadhu'nya pemimpin2 islam.
tawadhu' tak mendamba redha manusia |
Qiyadah kita?
Adakah sekadar mengurus organisasi dan mendapat wala' manusia sudah cukup?
Muhasabah buat kalian dan...... AKU!
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment
semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)