selamat jalan sahabatku....
Tak pernah kusangka bahawa mesej yang tertera merupakan kata2 terakhirnya..
Bertemu semula ketika sama2 mewakili sekolah dalam sukan ping pong...
Hari JUMAAT itu, aku baru usai menelaah pelajaran, rehat sebentar mencicip sekelumit tenaga dengan qailulah....
Segala percaturan ALLAH itu terlalu indah jika ditempuhi dengan redha.
Percaturan yang penuh hikmah.
Hanya bisa diselami dengan kemanisan iman dan terhasil dari ibadah yang istijabah.
Perlu kepada hati yang sirna dari dosa dan hikmah itulah yang seringkali terpulau dek tamaknya insan.
Buat sahabatku Fatimah Az-zahra' Jaafar,
Hakikatnya, Allah telah ambi beliau dahulu dari kita. Tandanya, Allah beri kita ruang-demi ruang untuk perbaiki amalan..
Fatimah sudah berikan kita qudwah yang baik, dan mudah-mudahan ia adalah amal jariah buat beliau.. Tinggal kita yang masih diberi ruang ini...
"Dengan nama Allah..sahabat,
Masihkah kau ingat kali pertama kita bertemu..Dalam halaqah ukhuwwah FILLAH yang diatur MAHA PENCIPTA,Tak henti menuturkan pesan amar ma'ruf nahi munkar,Makin mekarnya taman islamiyyah yang disuburi taqorrub ilallah...Syukur ana ya robbi...Atas pertemuan ukhuwwah ini...Dengan jalinan tautan hati cinta kepadaMU...Uhibbuki fillah....
Tak pernah kusangka bahawa mesej yang tertera merupakan kata2 terakhirnya..
Mungkin kerana mesej ini adalah satu dari sekian banyaknya mesej raya yang kuterima...
Pertemuan pertamaku dengannya ketika LIMA 07-(liqa' mahabbah)...
terpisah dengan berakhirnya LIMA...
Bertemu semula ketika sama2 mewakili sekolah dalam sukan ping pong...
Lost contact apabila nombornya tak dapat kuhubungi... dan 'bertemu' semula.. kerana ALLAH telah menghantar sahabat-sahabatnya dari MMBB ke MMAS...
Perkiraanku, usaha dakwah itu akan bertapak dalam hati-hati kami dan bersama menelusuri onak hingga ke puncak gemilangnya islam...
Namun, manusia merancang, ALLAH juga merancang...
Maka perancangan ALLAH adalah yang terbaik...
tanggal 24 sept 2010, tanggal yang amat berbekas dalam jiwa insan2 yang mengenali FATIMAH AZ-ZAHRA' JAAFAR..
Ya.. termasuk aku...
Hari JUMAAT itu, aku baru usai menelaah pelajaran, rehat sebentar mencicip sekelumit tenaga dengan qailulah....
Tiba2 lenaku disedarkan dengan 'new sim 1 message'..ada message baru, desisku..
Barangkali ada khabar dari sahabat2 yang mahu pulang, memandangkan aku tinggal seorang sahaja di rumah sewa..
Namun... berita ini yang kuterima:
Fatimah az-zahra jaafar meninggal dunia tngah hari tadi, terlibat kemalangan depan sekolah Allahyarham wak2 blik sekolah tadi... Al-fatihah""Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun..
Segala percaturan ALLAH itu terlalu indah jika ditempuhi dengan redha.
Percaturan yang penuh hikmah.
Hanya bisa diselami dengan kemanisan iman dan terhasil dari ibadah yang istijabah.
Perlu kepada hati yang sirna dari dosa dan hikmah itulah yang seringkali terpulau dek tamaknya insan.
ALLAH mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama' yakni orang2 yang berilmu..
Buat sahabatku Fatimah Az-zahra' Jaafar,
Selamat jalan sahabatku, sebagai seorang mujahidah yang baru usai menamatkan perjuangan di medan perang, perjuangan ILMU...Peribadi yang indah seindah peribadi pemilik asal nama itu...tak ada yang menafikan... YA ALLAH tempatkannya dalam kalangan para mukrimiin..
juga aku dan semua pembaca blog ini...
Fatimah sudah berikan kita qudwah yang baik, dan mudah-mudahan ia adalah amal jariah buat beliau.. Tinggal kita yang masih diberi ruang ini...
Amal jariah apakah yang sudah kita laksanakan?
_KeMaTIan ItU MUhaSaBaH Buat YaNg HiDup_
_KeMaTIan ItU MUhaSaBaH Buat YaNg HiDup_
No comments:
Post a Comment
semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)