19 January 2012

santai: dari blog yaqut hulaif

بسم الله الرحمان الرحيم

 mungkin ada yang belum tahu mengapa saya wujudkan label blog istimewa.



" jangan menulis tentang diri sendiri.orang bijaksana, menulis tentang ilmu. orang cerdik, menulis tentang peristiwa. orang pandai, menulis tentang orang lain. hanya orang bodoh, menulis tentang diri sendiri."
~ustaz Pahrol Juoi~

Memetik kata-kata Winston Churchill , "Pena lebih tajam daripada pedang."

Sementara Napoleon Bonaparte pula pernah mengatakan, "Saya lebih takut pada sebuah pena daripada seratus meriam." 

saya mahu mempertajam penulisan dan menulis tentang orang lain yang lebih hebat.

kerana..

saya juga masih bertatih. bertatih dan berlatih agar diri mampu mempertajam penulisan yang masih tumpul. 

terasa kerdilnya diri membawa saya kepada kembara menemui tulisan-tulisan yang bernas dan berisi.



[YAQUT HULAIF ||jiwa-jiwa yang dahagakan redha-NYA]

alhamdulillah, hari ini saya 'menemui' (dah lama temui sebenarnya) sebuah blog yang amat-amat 'berisi'. 

berisi untuk hati dan seni. setelah sekian lama menjejaki blog ini, baru hari ini terpanggil untuk menulis tentang blog yaqut hulaif.

entri terakhir saudara yaqut hulaif bertarikh 9 disember (kalau tak salah) bertajuk kau terhebat, membawa seribu satu makna sebenarnya. 

makna tersirat yang tak mampu diungkapkan sekalipun sejuta kata menari di hadapan mata. 

jujur, hanya hati yang dapat merasa makna yang dapat dimengerti sebenarnya.

Hitam putih jambangan bunga di satuan rumpun.

Hitam atau putih dunia ini akan ku tetap hargai dia,  yang aku panggil kasih saat suram atau duka, mak, akan ku ingat selalu. Tak akan aku lupa ingatan yang suci ini. Akan aku panggil kasih, dulu dan selamanya, tidak akan berubah, dia menunggu di sana.

Rasa kecewa ada apabila kaki penat berlari, akan tetapi kita akan  berjumpa disana.                                                                                                                                           ~ http://yaquthulaif.blogspot.com/2011/12/kau-terhebat.html~

petikan kata-kata ini saya kira cukup buat kalian mengerti sebuah rasa yang memendam nilai seni di sebalik kata..

 

bingkisan dari saya

perkongsian ini,
menganjak ke daerah mimpi yang perlu,
menekan rasa menyemai kata restu,
ALLAH mengizinkan kerana DIA tahu,
manusia yang hanya mahu belajar dari manusia itu,
mereka sedar apa yang mereka mampu,
mencari hikmah dari apa yang mereka tak mampu.

ayuh, sama-sama kita bergerak meraih redha-NYA.

wallahua'lam.

08 January 2012

bingkisan saya: setapak ke belakang...

 بسم الله الرحمان الرحيم

teringat pesanan sahabat yang amat dikasihi jalidah hidayati.. 
 
" tahun 2012, mesti ada sesuatu yang kita buat, yang kita sumbangkan.. untuk kita dan untuk ISLAM ",
 
tersentak!
 
sebab, saya ada janji dengannya -akan selesaikan- sebelum tahun 2012. tapi, saya belum berjaya. kata-katanya menyentap jiwa saya.
 
saya nekad. insyaALLAh esok, (8 januari 2012) akan ke bedah buku ustaz pahrol. saya mungkin akan merehatkan penulisan di teratak ini sebentar. walaupun sebenarnya, saya akan merindui teratak ini beserta insan-insan yang menjenguknya..KAMU :-)
 
saya akan merindui kamu. insyaALLAH takkan terlalu lama. saya akan luangkan juga masa buat teratak ini sebelum masuk bulan hadapan.
 
saya cuma harapkan satu. doa dari kamu agar saya mampu teruskan janji saya.. demi kamu dan ummah.

 
* zahra, do 'it' now!
mengikat kata, melerai aksi.. :-)
ya ALLAH jangan sedetik pun ENGKAU serahkan urusan kami kepada diri kami sendiri..


  Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Baqarah 2:218)

07 January 2012

buat barisan penegak agama ALLAH..

بسم الله الرحمان الرحيم

sunnah orang berjuang, tak semudah yang telah kita lalui..
bila hati merasa 'payah', maka itu barulah permulaan kepada perjuangan..


 p/s: puisi yang memujuk hati, menguaatkan naluri.. agar tetap di jalan ini..
ayuh sahabat, kita bergandingan tangan bersatu hati bergerak menegakkan islam yang kita cinta :-)

salam perjuangan. salam mujahadah.

06 January 2012

tadabbur surah kahfi : back to focus!




 بسم الله الرحمان الرحيم

di mana dicari pemuda kahfi
terasing demi kebenaran hakiki,
di mana jiwa pasukan badar berani,
menoreh nama mulia perkasa abadi,

umat melolong(menjerit) di gelap kelam,
tiada pelita penyinar terang,
penunjuk jalan kini membungkam,
lalu kapankah fajar kan datang,

di mana dicari pemuda kahfi,
terasing demi kebenaran hakiki,
di mana jiwa pasukan badar berani,
menoreh nama mulia perkasa abadi,

mengapa, kau patahkan pedangmu,
hingga musuh mampu membobol(meroboh) bentengmu,
menjarah(meratah), menindas dan menyiksa,
dan kita hanya diam sekadar terpana..

di mana dicari pemuda kahfi,
terasing demi kebenaran hakiki,
di mana jiwa pasukan badar berani,
menoreh nama mulia perkasa abadi,

bangkitkan negeri!
lahirkan.. generasi!
pemuda harapan...
tumbangkan kezaliman!

wajah dunia islam kini memburam(suram),
cerahkan dengan darahmu!
panji islam telah lama terkulai
menanti bangkit kepalmu(semangatmu),
ALLAHU AKBAR!



komentar seorang hamba:

1) blog ini namanya ~KHALILULLAH~ bermaksud kekasih ALLAH.
siapa sahaja yang membaca post ini, saya mahu mengajak anda menjadi kekasih ALLAH. itu sahaja.
terutamanya kepada silent reader setia blog ini, cukup anda mengamalkan apa yang anda dapat daripada teratak ini.. saya sudah cukup bahagia.

saya bahagia memiliki silent reader yang ikhlas menimba ilmu. sampai satu masa, anda mesti sampaikan juga ilmu-ilmu di sini ya..

2) kepada active reader  blog KHALILULLAH, saya juga bahagia dengan perkongsian-perkongsian anda.

3) hari ini hari khamis dan malam ini malam jumaat. jangan lupa baca surah al-kahfi ya..





ayuh sama-sama kita contohi keimanan dan kekuatan mereka menentang kezaliman..



" Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. 
Sesungguhnya mereka adalah pemuda- pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,
dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk"    
(Al Kahfi 18:13)




YES, BACK TO FOCUS! 
(IMAN, KEYAKINAN KEPADA ALLAH,IKHLAS)
p/s: saya bahagia. bahagia mampu mentadabbur surah al-kahfi. saya yakin sahabat2 pasti lebih bahagia jika mentadabburnya sendiri (^_^) 
wallahu a'lam..

04 January 2012

tenangkan dirimu sebentar..

بسم الله الرحمان الرحيم

sungguh, banyak perkara yang berlaku sejak akhir tahun 2011 hingga hari ini, awal tahun 2012. hampir 5 entri saya terbengkalai atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. sungguh, ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat haba-NYA yang kerdil ini.

sejenak kita merenung ke dalam diri. apa yang kita sibukkan selama ini?

kita sibuk mengulangkaji pelajaran, tapi kita terlupa mentadabbur al-quran...

kita sibuk mengejar bahagia, tapi kita terlupa menyemai hubungan dengan pemilik bahagia...

kita sibuk merancang untuk kelancaran urusan dunia, tapi kita lupa merancang untuk kelancaran urusan akhirat...

kita sibuk meng'update' status di facebook, tapi kita terlupa meng'update' ilmu di dada...

kita sibuk menasihati teman yang leka, tapi kita terlupa menasihati hati yang lelah...

kita sibuk berkongsi berita pelajar-pelajar UPSI diserang polis, dalam masa yang sama kita terlupa mendoakan mereka...

kita sibuk mengecam pemerintahan yang tidak islamik, tapi kita terlupa bahawa kita hanya mampu mengambil alih pemerintahan dengan 'kekuatan', bukan kecaman...

kita sibuk menyebarkan keburukan insan, tanpa kita sedar itulah aib yang kita canang-canangkan...


sesekali,
sedarkan diri agar terus membina kekuatan,
menjana fikrah yang sihat dari kepentingan dunia,
sibukkan diri dengan ilmu yang kian luput,
berilah masa kepada diri agar ia mampu mendapat KETENANGAN...





p/s: artikel kali ini ringkas, tetapi sebenarnya ia penuh dengan HARAPAN dan RAHSIA HIKMAH :-)
hanya ALLAH yang tahu,
-moga ALLAH redho (^_^)-

wallahu a'lam.