Skip to main content

contengan Ramadhan: TIGA BERITA...

بسم الله الرحمان الرحيم

Semoga barokah pernikahanmu..

Alam pernikahan itu, masih 'ghaib' dari pengetahuan hamba..

Dalam bulan Ramadhan ini, saya terima dua berita.

Berita PERTAMA, 

Sahabat saya ,Nurul sudah mahu menikah. Tanggal walimahnya 17 Ogos 2013 , sehari selepas peperiksaan akhir semester pendek. Dahulu kami pernah satu rumah sewa. Jadi, saya agak terkejut kerana berita itu datang mendadak setelah beberapa tahun terputus berita. Tiba-tiba sahaja dapat tahu hal pernikahannya.

Begitulah kehidupan. Ada yang kita dapat jangka dan ada yang tidak. 

Tetapi, kita selalunya punyai jangkaan yang tidak tepat terhadap manusia dan masa depan. Sebab kita tidak punyai ilmu tentang itu. Bukan hanya untuk urusan orang lain, bahkan untuk urusan diri kita sendiri. Termasuklah urusan jodoh. Apa yang penting, kita punya Allah yang tau segalanya!

Nasihat saya buat Nurul, 'berbekallah dengan TAQWA sahabatku sayang..'

Alam rumahtangga itu berbeza dari alam bujang kita. Saya memang belum pernah melaluinya, tetapi saya pernah bahkan sering menerima kisah dari mereka yang bertahun-tahun melaluinya. Saya pun, beberapa kali menjadi tempat curahan hati dan permintaan nasihat dari mereka. Sekali lagi, bukan kerana saya pernah melaluinya. 

Tetapi, kerana ilmu kehidupan itu pasaknya sama buat orang-orang beriman.

Berpindah dari alam bujang menuju alam pernikahan kemudian ke alam tua pula. Kita punyai satu kunci yang Allah berikan untuk kita kekal terpelihara. Kunci itu, sebenarnya sudah boleh digunakan semenjak kita kecil lagi. Cuma masyarakat kita sahaja yang tidak ter'budaya' menasihati anak-anak mereka agar memegang erat kunci ini.

Sebuah kunci yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada seorang anak kecil bernama Abdullah Bin Abbas. Kata rasulullah:" اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ" (Jagalah Allah, Allah akan menjagamu). Kata-kata ini membawa maksud jagalah syariat dan aturan Allah dengan tidak melanggar larangan dan tidak meninggalkan kewajiban, nescaya Allah akan menjaga dirimu, hartamu, dan keluargamu.

Sebuah kata yang merangkumi makna Taqwa. 

Saya doakan, Nurul dan semua sahabat yang bakal atau sudah menempuh alam pernikahan dengan "Barokah ke atas kalian!" Untuk terus kekal barokah, kekalkan taqwa dalam hati. 

Kerana, dari Taqwa itulah terpancar barokah..


Selamat jalan 'Hajjah Muda'!

Berita KEDUA, dari seorang kakak. 

Umur beliau cuma tua satu tahun dari saya, 22 tahun. Kak Nik, seorang kakak yang baru saya kenal semester lepas. Perwatakannya nampak tegas, tetapi dia punyai hati yang begitu lembut. Mungkin kerana 30 juzu al-quran yang dia hafaz telah melunakkan hatinya dari hari ke hari.

Alhamdulillah, Kak Nik telah mendapat seruan untuk menunaikan rukun islam kelima, Haji. Saya tumpang gembira dalam kecewa. Kerana posisinya sebagai ketua biro Dakwah dan Tarbiyah, terpaksa dipangku oleh orang lain sepanjang perjalanan Kak Nik ke kota suci. Sedangkan, saya dan semua warga DnT sudah serasi dengan kak Nik.

Bukan semua orang dapat peluang ini. Jadi, kami dengan berat hati berusaha untuk redha. Ini jua sebenarnya tarbiyah dari Allah buat kami supaya meletakkkan Allah melebihi segalanya. 

Berita kedua, membuat saya berbisik perlahan untuk kak Nik, : "Selamat jalan Hajjah muda! bila kita bertemu semula nanti, pasti ada kisah dan tarbiyah baru dari dan untuk ummah."


Berita untuk kita semua..

" Untunglah Nurul dah nak nikah.. kita bila pulak entahlah?", satu komen di invitation event tertulis dalam nada mengharap dan sedikit cemburu.

"Bestnya boleh pergi haji muda2 lagi.. jelesnya!!", luahan hati dari sahabat-sahabat saya akui dalam diam.

Memang,banyak nada kedengaran sembari tersebarnya dua berita itu. 

Cuma saya tetap berprinsip. Apa sahaja berita yang tersebar, kita tetap kita.

Ada Allah yang lebih besar dari semua itu. Di sebalik segenap perancangan dan realiti sebuah kehidupan, ada Allah yang mengatur. Dia, tuhan yang kita besar-besarkan setiap takbir kita di dalam solat.

Allahu akbar!

Indahnya berita-berita gembira, hanya dapat dirasa oleh mereka yang MAHU menikmati..

Juga kerana kita punya berita khusus untuk diri sendiri. Ini berita KETIGA.

Betapa Allah kasihkan kita. Dia berikan berita-berita untuk kita. Kerana berita sering membuat hati kita berbunga-bunga dan bersemangat menuju hari penganugerahan kitab kita. Tak jarang pula membuat badan menggigil ketakutan kerana takutkan berita tentang api neraka.

Saya fokuskan, berita baik untuk orang-orang bertaqwa. 

Berita ini, untuk kita agar lebih gigih berusaha mencapai taqwa. Ramadhan, ia masih ada dan membawa kita kepada berita-berita dari Allah ini.

1) Berita gembira itu dengan penuh kemuliaan..
الَّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ * لَهُمُ الْبُشْرَى في الحيوة الدنيا و في الآخرة..
"(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat. " (سورة يونس : 63-64)

2) Berita gembira itu, tentang bantuan dan pertolongan dari Allah akan sentiasa mengiringi..
إِنَّ اللّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَواْ وَّالَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ
"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."  (سورة النحل: 128) 

3) Berita gembira itu, dengan ilmu dan hikmah untuk pentaqwa!
يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إَن تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah..." (سورة الأنفال : 29 )

4) Berita gembira itu, tentang pengampunan terhadap dosa kita dan pengagungan terhadap seorang pentaqwa dengan kemuliaan sebuah balasan(pahala)..
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا
"..dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya." (5:سورة الطلاق )

Bergembiralah wahai orang-orang beriman yang berusaha mencapai taqwa. Berita-berita ini khusus buat kalian. Moga-moga kita semua bertaqwa..
-------------------
10 Ramadhan 1434H
0833 am
Mentari, Cheras.

Comments

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…