07 November 2012

coretan: lembaran tinta-tinta

بسم الله الرحمان الرحيم

aku rindu 'dewasa' dahulu~ picture (my lovely MMY)


aku mahu buka lembaran tinta-tinta.

oh, bukan untuk kamu. tetapi untuk aku.

tinta itu, pengingat yang menyucuk diri. salah libas, memenggal kepala. memamng kau takkan libas kepala sendiri. cuma serang balas itu membuat kau terlibaskan hati.

ketika menyeruak lembaran-lembaran rahasia manusia. kau terkadang bangga dan bahagia. sedang kau tak tahu mereka juga menyelam di dalam lautan hatimu. mencari-cari apa yang kau cari dari mereka.

tek perlu berbohong. kerana kau akan tertipu sendiri.
dengan kata dan tinta yang terlekap kaku, kekal di atas retina mata mereka.

---------------------
kau hanya perlu berkata:

"ALLAH, KAU tahu segala. singkapkan aib diriku ke atas diriku .
buka baik manusia biar aku terkelu. 
aku tertinju, dan mahu menapak juga di'situ'."


teruslah kau meminta.
teruslah kau bermain silat tinta.
jelas kau tak perlu ilmu hina.
kau bukan seteru kata nista,

kau hanya rindu dewasa,
membeza antara kera dan manusia!


0202pm
ITD uiam,
~bergegas menuju nahwu 2~
^_^

2 comments:

  1. Semoga berjaya dan makin sukses, dalam niat baharu. Manusia perlukan pembaharuan, islah dan transformasi. Teruskan. Asal sahaja kaki terus laju dipaju untuk redhaNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakumullah khairan akh.

      komen yang membangkitkan. barokallah feka!

      Delete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)