17 June 2012

yang kosong itu, harus diisi


بسم الله الرحمان الرحيم


memahami watak 'zaman remaja'

kata orang, umur 20-an itu, bermulalah zaman 'jari manis' yang maniis.. semuanya serba indah dan harus dinikmati..

"alang-alang zaman remaja ni, kita enjoy habis!"

"bila lagi nak sembang pasal benda-benda lagha ni.. sementara pakat-pakat tak kahwin lagi.. ha3"

"ish, nanti kalau dah habis grade nak ambil master pula.. sementara undergraduate nilah nak tengok cerita korea habis-habisan!"


begitulah antara suara-suara dari kengkawan remaja di sekitar saya. ah, memang bukan semuanya begitu. dalam sibuknya kejahatan menyelimuti, masih ada kebaikan yang menyelamatkan.

"insyaALLAH, kita sama-sama teruskan perjalanan di arena dakwah yang pahit ini"

"terima kasih zahra', sudi jadi sahabat ana dan sama-sama baiki diri.."

"ALHAMDULLAH, ALLAH masih pilih kita untuk bawa agama ini"

ALHAMDULILLAH, bicara motivasi yang ikhlas itu, membawa saya dan kita semakin dekat dengan ALLAH..

begitulah kehidupan. di arena remaja pula. bukan semudah tangan yang menulis. bahkan lebih payah hati dan diri untuk melalui denai rencah adegan remaja.

hakikatnya..
yang baik itu banyak, yang buruk itu pula tidak henti-henti menyerang. cuma, bagaimana kita memilih antara keduanya. bukan mudah berperang dengan maksiat sedangkan senjata TAQWA yang kita ada tidaklah hebat mana. asalkan, kita ada pengasah TAQWA iaitu DOA.. insyaALLAH, kebaikan itu takkan terpelanting terlalu jauh..

semuanya atas pilihan

jika saat ini kalian ada sebuah bekas kosong dan kalian sangat ingin mengisinya dan menghadiahkan bekas itu beserta isinya kepada 'yang tersayang'. Di hadapan kalian ada kek dan laksa. kalian sangat sukakan laksa, sedangkan kalian tahu 'yang tersayang' sangat sukakan kek.. manakah yang aka kalin pilih untuk mengisi bekas itu?

jika benar kasih sayang kalian kepada yang tersayang, kalian pasti memilih kek.. dan demikianlah sebaliknya..

pernah suatu hari saya bertanya kepada anak murid saya , "siapa sayang ALLAH angkat tangan" . dan, semua murid di dalam kelas itu mengangkat tangan. semangat tetapi kosong.

kita dan anak kecil tadi pasti berbezaa kan?
kerana kita memilih dengan semangat dan faham serta jelas matlamat. jika anak kecil tahu menyanyangi ALLAH.. kita pasti lebih menyayangi ALLAH.

persoalannya, bagaimana kita menunjukkan rasa kasih dan sayang kita kepada ALLAH? melakukan amalan sesuai minat kita ataupun sesuai kesukaan ALLAH. semuanya atas pilihan kita.

caranya?

ya, in blog saya dan saya mahu berkongsi cara saya..(kuasa veto) :-)

saya sering dengar kwan-kawan saya berkata;
 "dah habis exam dan mula cuti ni, bosannya,,, boringnya,, tak ada perkara dah nak buat???.."
benarkah tak ada perkara yang boleh dibuat?. bukan tak ada perkara, tapi tak tahu dan tak cari perkara untuk dibuat. jadi, disini saya nak berkongsi aktiviti2 saya sejurus selepas exam. aktiviti2 ini, perlu dicari dan di hayati barulah dapat 2 in 1(pahala dan bahagia).


# become facilitator for 'kem anak-anak staff TELAGA BIRU'

first time memanah.. great riadhah!

khusyuk betul adik2 melihat cara membersihkan kuda..

second time riding horse, addicted!

# silaturrahim ke rumah k.ezi sambil mengasah skill memasak :-)

macam-macam nak try..

k.ezi, preparing ayam masak merah

guess.. what cake? ------>kek bayam------> :p

#Nuqoba' Training Camp at Klebang Resort, Melaka.

insyaALLAH, saya akan berkongsi sesuatu yang saya dapat di kem ini---> at next entry :-)

ustaz ismail chong (ass director STADD). his talk always make me think!

look like normal camp, but actually it's different!

riadhah time.. sangat tepat dengan tema kem:-)

akhir kalam


isilah masamu selayaknya seorang yang asing dan pengembara! 

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam pernah menasehati seorang sahabat yang tatkala itu berusia muda (berumur sekitar 12 tahun) yaitu Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma. 
(Syarh Al Arba’in An Nawawiyah Syaikh Sholeh Alu Syaikh, 294). 

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam memegang bahunya lalu bersabda,


كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ , أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ

Hiduplah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara.” (HR. Bukhari no. 6416)
Andai, andai kau pernah tersalah langkah dek jiwa mudamu yang sering kau turutkan, ingatlah rahmat ALLAH itu terlalu luas untuk kau berharap agar pintu kemaafan layak buatmu..
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Allah menjadikan rahmat (kasih sayang) itu seratus bagian, lalu Dia menahan di sisi-Nya 99 bagian dan Dia menurunkan satu bagiannya ke bumi. Dari satu bagian inilah seluruh makhluk berkasih sayang sesamanya, sampai-sampai seekor kuda mengangkat kakinya karena takut menginjak anaknya.”

(HR. Bukhari no. 5541 dan Muslim no. 2752)
-------------------------------------
..semua yang aku tuliskan hakikatnya untuk diriku dan selamanya untuk diriku. jika tulisan ini bermanfaat buatmu, itulah 'added value' yang bakal aku terima apabila kamu mengambil manfaat darinya. menulis atau tidak, aku tetap memerlukan teguran dari diriku sendiri..

#ukhti zahra' 17jun12 Mengkuang Berapit, Bukit mertajam P.P#

2 comments:

  1. Ustaz Ismail Chong. Dalam kata-kata yang lembut dan perlahan, ada butir-butir hikmah. Lama tak mendengar kalamnya, salah seorang penceramah tetap dalam program Facilitator Training (Fastrain)dan apa-apaprogram bawah FRC di Pusat Asasi.

    ReplyDelete
  2. ya.. ustaz sangat hebat! masya ALLAH.

    kagum dengan ustaz. beliau mampu mengendalikan sebuah kem 3 hari hanya dibantu beberapa orang yang beliau percaya. program ini pun.. berlangsung lancar!

    alhamdulillah.

    walaupun pernah belajar di Madinah dan India, beliau tidak pernah melupakan tugas utama seorang daie.

    beliau tetap mengutamakan study circle berbandinng subjek2 'besar' yang lain.

    semoga ALLAH merahmati ustaz dan kita semua.

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)