Skip to main content

need your answer please..

بسم الله الرحمان الرحيم

sebenarnya, dah tulis mengenai RESILIA hampir 3 jam. alhamdulillah siap. tapi, window Mozilla dalam laptop dah crash tiba-tiba dan entri tu hilang tiba-tiba juga.

terkilan, sedih. (-_-')
 apa pun, pasti ada hikmah yang tersirat.  alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

tak banyak yang saya nak tulis hari ni, hanya nak tanya satu perkara,

antara tiga tajuk yang tertera di bawah ni, tajuk mana yang anda rasakan perlu di 'hasilkan'?


" warkah buat pemuda "




" ajaibnya urusan mukmin itu.."



" aku dan kamu tiada beza.."

p/s: really need your help to answer.. PLEASE.. :-)
yang benar - zahra'

Comments

  1. ajaibnya urusan mukmin itu.. wallahualam,,

    ReplyDelete
  2. Salam.Bagi saya,
    aku dan kamu tiada beza.
    Tajuk biasa,tapi ntahla menyentuh pulak..-)
    Bukanke bila tulis di blog dia akan automatic save kat draft masa-masa kita tulistu..
    Saya pun belajar darini-kalo rasa nk post yang panjang2tu saya taip di word dulu save sekejap2,lepastu copy paste.Ade beberapa kali dah macamtu..panjng mnulis,dah tu tak jadi pos sebab hang..tak ingat dah tulis ape..hu2..

    ReplyDelete
  3. Tulislah apa yang anda kehendaki. Ia lebih jujur dan lebih berbicara dari hati.

    ReplyDelete
  4. AnonymousMay 11, 2012

    from zahra'

    to Nadiah, Nurul , Daie siber..

    jazakumullah khairan kathiir atas nasihat dan cadangan.
    sangat bermanfaat!
    (^_^)

    barokallahufeekum. doakan jalan kita dimudahkan, insyaALLAH.

    ReplyDelete

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…