بسم الله الرحمان الرحيم
mujahid itu, sentiasa merindui kekasihnya.. |
menjadi suatu kewajipan buatmu mujahid, di saat bila pun, kau harus memulakan aktivitimu di Masjid. dari masjidlah sebenarnya tertanam benih aqidah, dan masjid mengajarmu etika berinteraksi secara islami.
lantas, akan wujudlah kayu ukur lain yang menjadi tonggak kekuatanmu wahai mujahid. dari masjid akan lahir para penulis yang ikhlas, para ahli politik yang beriman, mahasiswa profesional yang mukmin.
sesungguhnya, semua kebaikan itu hanya dapat diraih dari kebiasaanmu mendatangi masjid.
hakikat ini telah dinukil oleh al-hassan ibnu 'ali radhiyallahu 'anhu katanya:
" مَن أَدام الإختلافَ إلى المسجد أصاب ثماني خصال : آيةً محكمة,وأخا مستفادا, و علما مستطرفا, و كلمة تدلُّه على الهدى أو تردعه عن ردًى و ترك الذنوب حياءً أو خشيةً"
barangsiapa yang sentiasa mendatangi masjid, dia meraih lapan pekerti:
perkataan yang penuh hikmah,
saudara sentiasa bermanfaat buatnya,
ilmu yang baru,
rahmat yang dinanti-nantikan,
kalimah yang membawa kepada jalan hidayah,
atau kalimah yang menjauhkan dirinya dari kebinasaan,
dan menjauhi dosa-dosa kerana malu
atau kerana takut.

('uyunul akhbar, ibnu Qutaibah. 3/3)
duhai mujahid yang aku sayangi,
bukanlah salah jika kau mahu mengimarah surau kecil di sebelah kediamanmu, tetapi masjid bukanlah sebarang bangunan dan bukan pula sebarang tempat. masjid berfungsi meluruskan alam sekitarnya yang penuh dengan kegoncangan. kerana sesungguhnya hidup ini peuh dengan berjuta onar, berbagai penyimpangan, kebathilan, persaingan, tipu muslihat dan permusuhan.semua itu, dapat dihapuskan dengan perkumpulan di masjid.
cuba bayangkan, setiap hari beberpa kali manusia berkumpul di dalam masji dengan hati yang lapang dan jiwa yang penuh penyucian rohani. tiada seorangpun manusia yang masuk ke dalam masjid melainkan dalam keadaan suci lagi bersih. menyucikan kekotoran diri dengan perlambangan yang suci(wudhu'). seakan-akan dengan wudhu' itu seorang manusia mencuci noda-noda dunia dari seluruh anggota tubuhnya sebelum kaki kanannya melangkah memasuki masjid.
(Wahyul Qalam, 1/357-358)
syair ini, khusus buat mujahidku yang sentiasa menjadikan ALLAH kekasih utamanya..
taken at: SHAS mosque 13/4/12 |
"mereka berjalan menuju ke rumah-rumah ALLAH apabila mereka terdengar suara (ALLAHU AKBAR!!), langkahan mereka itu langkahan yang penuh kerinduan, dengan hati yang bahagia..
jiwa mereka tunduk dan patuh kepada ALLAH dengan hati yang khusyu'dan takut, penuh etika merasai keagungan ALLAH..
bisikan mereka mengatakan: wahai Rabb kami, kami datang kepadamu dengan jiwa yang penuh taat dan kami menolak angan-angan yang memperdaya..
apabila malam melabuhkan tirainya, mereka hidupkan malam itu dengan sholat malam, sedangkan air mata mengalir deras dari kelopak mata mereka kerna akutkan ALLAH,,,
mereka adalah lelaki yang tidak pernah lalai dari sholatnya kerana mainan dunia, dan tidak pula kerana malas yang menipu..
(yasin khalil, Majalah Tarbiyah Islamiyah, Irak, 5/600)

# 95% muatiara ini kuterjemahkan dari :
"Ar-Raqaaiq(pelembut jiwa), Muhammad Ahmad Ar-rasyid, edisi indonesia terbitan robbani press.
buku ini, hak milik Dar Hikmah, UIAM gombak (^_^) #
-------------------------------------------
adindaku, mujahid yang dikasihi ALLAH..
Muhammad Abdullah Al-waliy & Muawiyah Al-murtadho, dua nama yang rela menjadi ghuroba' |
bukanlah aku yang menulis bait-bait indah yang penuh dengan keikhlasan ini, bahkan aku hanya mengumpul dan menukil semula agar mutiara itu tidak disirnakan oleh sifatku yang mudah lupa.
mutiara-mutiara ini, aka terkubur kaku di dalam tertak ini andau tiada yang mengamalkannya. ia hanyalah sekadar tulisan yang mewarnai dinding teratak blog ini.
yang terpenting adalah,
kalimah-kalimah ini kau interpretasikan dalam kehidupanmu di rumah dan asrama Maahad Yan atau SBPI Kubang Pasu..
besar harapan ummi, abi, kakak2 dan adik2mu untuk melihat kau menjadi pembela ummah dan sunnah. ingat, jika perkara kecil ini kau endahkan, kekuatan untuk melaksanakan perkara besar itu, susah kau temui..
jagalah ALLAH, ALLAH akan menjagamu beserta urusan-urusan dunia dan akhiratmu..
-----------------------------------
kekanda yang mengingatimu,
zahra' fajar nina,
UIAM, gombak.