10 December 2011

AKU MENCINTAIMU..

بسم الله الرحمان الرحيم

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

tak ada yang mampu diucapkan melainkan hamdalah untuk melahirkan rasa syukur kepada ALLAH.dengan rahmat-NYA telah memudahkan segala urusan hamba yang benar-benar menyerahkan urusan dunia mereka kepada-NYA.

pertama,
saya bersyukur kerana ALLAH telah mengilhamkan tajuk yang indah untuk sajak saya di artikel yang lepas *tanpa tajuk*. tajuknya berbunyi "Sirnanya Semi Ukhuwwah". jazakumullahu khairal jazaa' juga kepada sahabat-sahabat fb yang mengutarakan pandangan.

kedua,
ALLAH mudahkan banyak urusan dunia dan akhirat saya. Alhamdulillah.
kerja yang bertimbun dan membebankan, satu persatu selesai. dalam masa yang singkat pula.


alhamdulillah, sudah tidak  'pening' lagi :-)

urusan menyiapkan majalah arab yang tertangguh sejak dua minggu yang lalu, hafazan halaqah yang belum selesai sejak sebulan yang lalu, penyusunan maklumat-maklumat peribadi yang seringkali terbantut, menyemak timbunan buku-buku untuk pengisian rohani barang sekejap pun tak sempat...

dan...
segalanya selesai hari ini. ya, Alhamdulillah hari ini selesai dengan tuntas! hanya dua hari.

berbekalkan nasihat itu

saya akui, dalam situasi yang tersepit dan peperiksaan yang kian hampir, orang-orang di sekeliling pula tak lepas dari perkataan 'tension', bukan mudah untuk saya dan kita untuk tetap 'cool'.

tapi,berbekalkan nasihat ummi yang dirindui, saya bahagia menjadi berbeza dari orang lain.

nasihat ummi:

"orang beriman, tak ada perkataan 'tension' dan 'boring' dalam kamus hidupnya." 

kak wardah(kakak sulung saya) juga pernah nasihat:

"kalau kita letakkan sesuatu urusan bergantung kepada usaha kita, maka ALLAH akan biarkan hasilnya bergantung kepad usaha itu. kalau kita letakkan sesuatu urusan seluruhnya bergantung kepada ALLAH, maka ALLAH akan ambil urusan itu untuk diuruskan"

benar. ketika saya benar-benar tersepit, ALLAH datangkan nasihat ini dari simpanan minda ke dalam hati. benar-benar meresap ke dalam lubuk hati yang paling dalam untuk terus diaplikasikan dalam kehidupan yang kian mencabar..

nasihat ini, bila saya telusuri dengan penuh rasa.. sebenarnya ia adalah nasihat yang berlandaskan wahyu. subhanallah! begitulah, orang yang hebat mampu menyampaikan perkara penting dengan cara yang mudah.

dalam surah Al-Ra`du ayat28 ALLAH berfirman "...Ingatlah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang". sesungguhnya dengan beriman kepada ayat ini, di mana lagi ruang untuk orang beriman itu 'tension'? tak ada ruang sebenarnya untuk kita rasa tertekan dengan urusan dunia yang kecil jika kita meletakkan ALLAH yang besar di dalam hati..

nasihat dari kak wardah saya sedar bila membaca doa ini selepas subuh,

يا حيُ يا قيُوم بِرَحمتِك أَسْتَغِيث, أصْلِحْ لي شأْني كلٌه ولا تكِلْنى إلى نفْسِي طرْفَةَ عَيْنٍ
wahai rabb yang maha hidup, wahai rabb yang berdiri sendiri, dengan rahmat-Mu aku mohon pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan serahkan kepadaku sekalipun sekelip kerdipan mata..
(1)(HR. al-hakim,hushnul muslim)

ya, berbekalkan nasihat-nasihat itu saya tumbuh membina kehidupan. ayuh sahabat, kita bina tekad bersama agar terus membina kehidupan. bukan hanya hidup untuk bernafas. nafas itu akan berakhir, sedangkan kehidupan akan bersambung di daerah lain yang dipanggil akhirat.

akhir kalam

aku mencintaimu YA ALLAH. engkau telah kurniakan aku iman dan kesedaran. engkau pegang aku dengan wahyu yang disampaikan melalui rasul-MU muhammad shollallahu 'alaihi wasallam. engkau bimbing aku dengan nasihat-nasihat dari insan yang aku kasihi, ummi, kak wirdah dan semua yang pernah menasihatiku.

aku mencintaimu duhai insan-insan yang MENCINTAI ALLAH.
aku mencintaimu duhai hamba-hamba yang sering meletakkan urusannya kerana sang pencipta.
sungguh, AKU MENCINTAIMU kerana ALLAH..:-)

wallahu a'lam

p/s: di bumi ini, meneruskan perjalanan membina kehidupan...

4 comments:

  1. Gombak, terasa rindu ke sana..

    Tapi, apakan daya, takdir tertulis ana ke UIAM Kuantan...

    Mohon doanya...

    ReplyDelete
  2. zahra to Daie Siber

    rajin-rajinlah ziarah ke Gombak, yang kita mahu selalunya bukan yang kita perlu, ALLAH kan MAHA MENGETAHUI..

    semoga untaian-untaian wahyu terus tersebar dibumi UIAM (nilai,PJ,Kuantan,Gombak) yang tercinta.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya, di penghujung semester 1 (dalam akhir bulan 9 yang lepas), ana kerap ke UIAM Gombak, hadir talaqqi Al-Habib Ali Zainal Abidin. Juga, ambik kesempatan sedikit masa jumpa dengan senior2 yang ana kenal di sana. Takut tak dan jumpa lagi.

    Insya-Allah, semoga roh Islam itu sentiasa hidup di dalam nama UIAM. (Oh ya, Pusat AsasiNilai dah ditutup, berpindah ke PJ pula).

    ReplyDelete
  4. zahra to daie siber

    oh, tau juga program tu.
    setiap percaturan ALLAH ada hikmahnya kan..

    oh ya. nilai dah tutup. lupa pula.

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)