08 December 2010

-:: memberi itu bahagia::- (praktikal)

بسم الله الرحمان الرحيم 

 ..... السلام عليكم....


... bersambung dari http://firaszahrafajar.blogspot.com/2010/12/memberi-itu-bahagia-prolog.html


KAS 2 (22-25 nov 2010)

KAS digerakkan bawah pembangunan insan negeri kedah. sebelum ke kem  ni, para fasi perlu menghadiri seminar fasilitator yang diadakan di sekolah integrasi faizin(SAIF). kami berada di SAIF selama 2hari 1malam. kami dikumpulkan bersama fasi2 kem bina insan(KBI). Alhamdulillah, di sini nilai ukhuwwah kerana iman diterapkan. iaitu ukhuwwah yang terinspirasi dari keberkesanan dakwah Rasulullah bersama para sahabat.

hari ke2,tibalah saat hati2 yang sudah tertaut atas landasan dakwah ini berpisah. kami akan dihantar ke salah1 dari 4 KAS diljalankan iaitu di Langkawi,Merbok,Alor Setar dan Saif. Penulis ditempatkan di sekolah rendah islam darul aman(SRIDA). memang ketika ini perasaan bercampur baur. takut,sedih, gembira, teruja. mana tidaknya, kami dikhabarkan tentang latarbelakang bakal adik2 yang akan kami jaga. ada di antara mereka anak datuk, anak pensyarah, anak pegawai tinggi kerajaan pendek kata 'educated student'.



barisan fasi dan urusetia KAS SRIDA


seharusnya tiada ketakutan bagi seorang pejuang melainkan mereka yakin cukuplah ALLAH bagi mereka (at-taubah 9:59). maka langkah kami adalah langkah pejuang agama ALLAH! mengerah sedikit tenaga dalam memastikan ilmu fadhu 'ain sampai kepada ummah.

hari pertama di SRIDA, para fasi dan urusetia sama2 mengemas tempat penginapan dan tempat program keseluruhannya. agak letih tapi alhamdulillah, satu pentarbiyahan sebelum mentarbiyah. sedikit sebanyak mengislah diri menilai erti seorang hamba."اصلح نفسك وادعوا غيرك"-perbaiki dirimu kemudian ajaklah orang lain.



dewan SRIDA setelah dikemas

ibrah dari KAS 2

selama 4 hari mengendalikan KAS bersama sahabat2 fasi dan urusetia, ukhuwwah makin dirasakan. bersama adik2 peserta juga, ukhuwwah itu diserap dengan berhikmah. matlamatnya cuma 1.halaqah yang berpanjangan hingga ke syurga. inilah ukhuwwah yang berpaksikan IMAN.insyaALLAH bakal dirindui dan diingati. bukan sekadar dalam memori, tapi biar lekat di hati agar terbina matlamat baru untuk ummah!

berbanding KAS1(anak nelayan) yang penulis kendalikan, peserta KAS2 lebih terdedah dengan ilmu akhirat.mengimbau kenangan mengendalikan KAS1 di Sek men islam darul ulum(SMIDU), penulis diamanhkan dengan 10orang peserta yang semuanya terdiri daripada anak2 nelayan. tampang merka memang berbeza dari anak2 bandar. alhamdulillah, banyak mengajar penulis erti bersyukur.

penulis bawakan 1 kisah mengenai peserta di KAS1.

kisah 1- nafisah(bukan nama sebenar), umur 12 tahun. tidak pernah menunaikan solat kecuali sunat raya. sebabnya, tiada orang yang nak pantau ibadahnya.ayahnya melaut dari jam 6pg hingga 12 malam. ibunya amat jarang menuanikan solat. barangkali tidak tahu bahawa solat itu wajib.

kisah ini bukan untuk membuka aib..tapi untuk membangkitkan ikhwah dan akhwat tentang tanggungjawab
yang kian menimbun untuk kita, orang yang punya ilmu. usah gah dengan ilmu tanpa amalan..


peserta KAS 2 dalam masjid SRIDA

peserta KAS2 ketika muhasabah

peserta perempuan






KRG (1-3 disember 2010)


kem remaja gemilang



kem remaja gemilang anjuran INTIS consultant bertempat di institut Al-Qayyim bukit mertajam. penulis diamanahkan mengendali KRG perempuan. alhamdulillah, walaupun hanya 5 orang fasilitator yang terlibat, kem ini berjalan dengan lancar. peserta yang terlibat bermula umur 9tahun hingga 16tahun.


istimewanya KRG

modul yang tersedia dalam KRG lebih kurang sama dengan kem2 islam yang lain seperti praktis solat, bersuci, adab seharian dan yang istimewanya peserta turut diajar cara memandi dan mengkafankan jenazah. bertuahlah ibu bapa jika mempunyai anak seawal umur 9 tahun yang mampu memandi dan mengkafan sendiri jenazahnya.


peserta mengkafan jenazah



setiap modul dalam kem ini juga bukan semata2 modul tetapi turut disertakan dalil dari sanad2 yang shoheh (modul boleh dilihat di intisonline.com.) disinilah aqidah yang benar itu dapat diterapkan. pada hemat penulis, silibus di malaysia juga boleh buat begini sekaligus elakkan taqlid. dan kita sendiri terpelihara dari sebarang 'kesilapan' menilai martabat sesuatu hadis.

ya, kalau peserta seawal umur 9 tahun diperkenalkan dengan perkara begini, mengapa tidak kita? pernahkah kita menilai solat kita? menilai keshohehannya.. atau sekadar mengikut silibus sekolah yang telah tersedia. imam syafie sendiri mengatakan bahawa :
 "فاءذا صح الحديث فهو مذهبي"
-jika shoheh sesuatu hadis maka itulah mazhabku-

kalau benar kita sayang rasulullah, maka ikutlah rasulullah dalam segenap perkara dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya.boleh rujuk dalam link ni..http://fiqh-sunnah.blogspot.com

di akhir KRG peserta akan diuji dengan apa yang mereka pelajari sepanjang kem. ujian berdasarkan hafalan bacaan2 tertentu, praktis, dan potensi. keputusan ujian akan ditunjukkan kepada ibubapa pada sesi bersama waris. tujuannya supaya ada interaksi dua hala antara fasi dan waris secara lebih dekat.




sesi bersama waris




peserta di uji secara teliti
perkongsian ini bukan sekadar cerita suka dan duka.  tetapi perkongsian bersama meningkatkan martabat ummah yang muslim!
wallahu a'alam

2 comments:

  1. Saya terlibat juga kem anak nelayan di smidu 2010.cari2 pasal smidu tiba jumpa blog ni. Kebetulan ada beli buku cikgu bankrap. Tak sangka penulisnya rupanya.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah terima semua kerja buat kita. Terima kasih sudi baca naskah cikgu bankrap. Semoga pembacaan membawa barakah dalam kehidupan.

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)