27 August 2010

muhasabah RAMADHAN...

assalamaualaikum...
masih sayang ALLAH pada kita ya.. ..
ramadhan ini masih tetap mentarbiyah walaupun majoriti jasad dan hati kita tak berada di dalam masjid atau di atas sejadah....

inilah bukti islam itu RAHMAT....

buat semua sahabat2 yang baru selesai atau sedang melalui percubaan PMR, SPM, STAM, mungkin juga berhadapan dengan assigment atau apa jua jenis peperiksaan, insyaALLAH usaha yang diniatkan kerana ALLAH akan dinilai dengan rahmat.....

kadang2 peperiksaan ini menyebabkan masa kita kurang untuk menikmati tarbiyah ramadhan...( sedih rasanya..).
....diri semacam disibukkan dengan bayangn soalan esok hari
...rasa macam studi dalam bulan ramadhan ni, sama saja dengan studi di bulan lain
...kualiti dan kuantiti tahajjud pun jadi kurang berprestasi bebanding 'qiyam'studi
...ke kelas, periksa. balik,menghafal dan studi untuk periksa esok
...baca qur'an 1 hari 1 juzu' tak sempat sebab banyak lagi tak menghafal
...sunat rawatib dan dhuha 'skip' jap... lepas periksa sambung balik

sahabat2 yang dikasihi, semakin kita beriman, semakin kita di uji..(betul kan??)
percubaan PMR,SPM, STAM atau apa jenis peperiksaan pun, hakikatnya cumalah peperiksaan DUNIA!!

pernah tak kita terfikir, macaman pulak 'preparation' kita untuk periksa KUBUR? periksa AKHIRAT? (takut rasanya tak jumpa ramadhan depan...). nak kata soalan susah... tak rasanya sebab dah bocor kan.. klu 2 minggu kita periksa dunia, berapa hari pulak periksa akhirat kita ya..??

ada satu kisah tentang seorang ulama' yang telah meninggal dunia..
anak murid ulama itu sentiasa meminta kepada ALLAh agar dapat bermimpi bertemu dengan gurunya, satu hari,ALLAH telah memperkenankan permintaannya. dalam mimpi dia bertanya kepada si guru.. " wahai guru, setelah setahun kewafatanmu, apa yang rasai sekarang ini??" lalu sang ulama menjawab " sesungguhnya ALLAH belum pun selesai menghisab amalanku..kerana suatu hari aku pernah menggunakan secebis kayu(maksudnya sikit sangat sangat...) tanpa mengkhabarkan kepada pemiliknya.. inilah yang menyebabkan amalanku belum habis di hisab..

SUBHANALLAH.... sikit saja tapi tetap dihisab... mksudnya beli lulus lagi... kita yang bukan ulama' ni macamana pula ya????

semoga RAMADHAN ini mampu menyingkap segala dosa untuk dineutralkan... usah biarkan peperiksaan menjadi aral dalam menghayati RAMADHAN 1431( rugi sangat..)

TAPI jadikan peperiksaan sebagai wadah untuk pengabdian yang istiqamah.... niatkan pepriksaan kita.. untuk islam!

ayuh teman, ayuh sahabat,
cemerlangkan diri untuk hadhorotul ummah al-mansyudah!!

No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)