بسم الله الرحمان الرحيم
SERUMPUN 2
[serumpun bercerita tentang manis pahit sang
pencari ilmu]
Tajuk: Aku pendendam..
Aku melempar pandangan ke luar kamar. Udara yang berkabus
mengehadkan pemandangan. Selalunya, kubah biru masjid Sultan Haji Ahmad Shah mewarnai
pagiku. Cuma hari ini. Hanya lampu merah dari menara masjid itu yang kelihatan.
Kubah besar pula hampir terpadam dek kabus tebal. Aku merapatkan balutan
telekung ke tubuh. Hujan renyai-renyai menambah dinginnya pagi. Terasa malas
mahu ke bilik air. Membayangkan siraman ‘air ais’ yang membasahi tubuh,
menambah rasa malas.
Tiba-tiba mindaku teringatkan kisah temanku, Hidayah. Dia
sekarang meneruskan pelajaran di Jordan dalam bidang kedoktoran. Katanya, musim
sejuk di Jordan pernah menjangkau 3 darjah celcius. Biala musim sejuk tiba,
semua ahli rumah sewa anak-anak Kedah akan berebut-rebut menggunakan
sakhaanah(pemanas). Sampai satu tahap, mereka tidak mandi selama seminggu! Aku
tersenyum sendiri.
Mengenang
Hidayah, serentak Kisah hidup tujuh tahun yang lalu seolah-olah ditayang
semula. Rentetan peristiwa pahit dan manis tersusun rapi. Terasa baru semalam
aku melalui segala yang berlaku. Umpama menonton wayang perdana menceritakan
kehidupan sendiri. Aku akur, jarang peristiwa ini menjengah. Petanda padatnya
aktiviti seorang mahasiswi.
***
“ Yuran
pendaftaran tingkatan satu tahun ini naik. Kalau tahun lalu, yuran pendaftran
berserta segala alatan wajib yang disenarai adalah RM 400, tahun ini naik
menjadi RM600.”
Dewan berubah menjadi sedikit bingit.
“ Seperti yang kita tahu, kerajaan negeri Kedah dalam
proses menaiktaraf sekolah-sekolah agama kerajaan. Kemudahan yang disediakan di
sekolah bertambah. Seragam prep, seragam sukan, cadar, katil, kerusi meja,
seragam asrama, semuanya baru bermula tahun ini. Sekolah kita ke arah mencapai
pangkat sekolah berasrama penuh. Jadi, kita harus seragamkan semuanya...”
Baki ucapan pengetua aku biarkan seperti angin lalu. Aku
masuk ke alamku sendiri.
Aku merenung 8 helaian not RM50 di tanganku, RM400
semuanya. Aku sangka bolehlah lagi RM200 di dalam beg sandangku ini aku
sisihkan buat pendaftaran adikku,Abdullah untuk pendaftaran Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) nya.
Tetapi, apakan daya. Terpaksa aku gunakan kesemua RM600
ini untuk melayakkan aku menjadi pelajar Maktab Mahmud Yan yang sah.
Abi?
Abi sudah meminta maaf kepadaku semalam. Katanya, dia
tidak dapat menghantarku hari ini. Duit KWSP RM2000 yang abi sisihkan untuk
pendaftaran aku dan Abdullah terpaksa dibekukan kerana peristiwa semalam.
Dua biji kereta polis berhenti di halaman rumahku. Aku
sedikit kaget. Aku sangka mereka mahu membuat penyelidikan data penduduk
seperti bulan lalu. Rupa-rupanya, mereka mahu bertemu abi. Yang lebih membuatku
kaget, bersama mereka ada waran tangkap untuk menahan abi bagi tujuan
penyiasatan.
Aku kurang mengerti apa yang mereka bicarakan. Ummi yang turut
mendengar di samping abi, hanya mendengar penerangan 4 orang pegawai polis itu.
Ummi hanya mengangguk. Wajah redup ummi tetap manis dalam senyuman. Ah, ummi
memang selalu begitu.
Ummi adalah anak tok wan yang paling rapat dan manja. Ketika
khabar kematian tok wan di Indonesia pun, ummi hanya tersnyum. Tabah. Sedangkan
sudah 20 tahun ummi tidak bertemu tokwan!
Aku kagum dengan ketabahan ummi.
Cuma, ummi masih manuisa yang punya fitrah. Dalam sujud
solat malamnya aku mendengar esakan rintihan. Esakan hamba yang berserah kepada penciptanya.
Berserah dan tabah atas musibah. Bukankah itu sikap seorang mukmin? Aku belajar
tabah dari ummi.
“Assalamualaikum.”
Satu suara halus menyapaku dari belakang.
“Waalaikumussalam.”
Aku menjawab sekadarnya. Masih mahu meneruskan lamunan.
“ Tingkatan
satu jugak ka?” kedengaran loghat utara
yang pekat dari suara halus itu.
“hmm..”, jawabku
tak endah. Mahu menyambung lamunan kisah ummi dan penangkapan abi semalam.
“ Mak ngan
ayah hampo mana?. Tak mai sekali ka?” ramah suaranya. Tidak berputus asa
menarik perhatianku.
“saya datang
seorang sahaja. Ummi kat rumah. Abi kat penjara.” Jawabku tanpa berfikir
panjang. Mahu menjauh dari pertanyaan-pertanyaannya.
“ Hah.. ayah
hampo kat penjara? Penagih dadah ka? ” tinggi suaranya.
Serentak, mematikan lamunanku. Menyedarkan aku tentang
jawapanku kepadanya.
“err..” aku jadi salah tingkah.
“ Tak pa, hampo kena belajaq rajin-rajin la kat sini.
Kami boleh tolong hampo. Nama kami Hidayah ” katanya mesra sambil menghulur
salam perkenalan. suara cerianya membuat aku rasa selesa.
“oh, saya Zahrah. Tapi, ayah saya bukan penagih dadah.
Orang fitnah, sebab tu kena masuk penjara..” Aku mebuat andaian. Sebenarnya,
aku sendiri masih tidak memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada abi.
“hmm.. tu lah, zaman sekarang ni memang banyak orang
fitnah orang. Semuanya sebab dengki.”
Aku mengangguk-angguk tanda setuju.
“ni, hampo ada duit tak nak bayar yuran yang pengetua
bagitau tadi?”
“er.. ada. Guna duit ana menabung 6 tahun lalu” mudah saja aku membuka cerita.
“jom lah, ayah kami gaji dia sebulan RM7000. Dia kerja
jurutera minyak kat Petronas. Kalau kami minta dia bayaq untuk hampo,
mesti dia nak. Ayah kami ni, baik hati. Dia suka tolong orang.”
Aku tersentak. Benarkah apa yang aku dengar?. Dia mahu
bayarkan RM 700 untuk aku?
Jadi,aku boleh sisihkan semua ini untuk Afifah dan
Abdullah?
Begitu mudahnya ALLAH membuka jalan. Benarlah firman
ALLAH;
“..dan barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, DIA akan
sediakan kepadanya jalan keluar..” (at-thalaq)
Begitulah kisah pertemuan aku dengan Hidayah.
7 tahun sudah berlalu.
***
ALLAH ada. Minta pada DIA.
Itulah prinsip hidup yang abi ajarkan padaku. Sejak
peristiwa penahanan abi dan pertemuan aku dengan Hidayah, aku semakin yakin. Jika
ALLAH kata ‘kun fa yakun!’(jadi, maka jadilah).
DIA berikan kita kesusahan bukan untuk kita hanya
merintih dan menyesali. Tetapi, untuk kita lebih kuat dan berusaha. Untuk kita
lebih yakin dan percaya.
Seperti pohon bakau yang tumbuh di tanah paya. Lumpur,
paya, tanah yang lembik dan sukarnya akar melakukan proses pernafasan bukan
untuk pohon itu menyerah diri dengan menumbangkan dahannya. Tetapi, untuk dia
tetap berdiri dengan ciri akar ceracak dan akar............ yang unik dan
istimewa.
Kisah tujuh tahun lalu, hari pertama mendaftar di MMY
masih terpahat padu dalam kotak fikiran. Sejak pertemuan pertama itu, aku
sangat rapat dengan Hidayah. Ibu bapanya juga sangat ramah. Hidayah tidak
pernah mengungkit mengenai abi yang ditahan di penjara.
Kini aku sudah tingkatan tiga. Dua tahun yang berlalu
bukanlah dua tahun kosong tanpa ujian. Pernah aku menjual kerepek di kelas sebagai
usaha menumpul duit. Rupa-rupanya ketua kelasku mengadu kepada guru kelas kami.
Di dalam kelas cikgu bertanya, “kita ke kelas nak buat
apa?”
“belajar!” serentak semua pelajar menjawab.
Perlahan cikgu berjalan ke belakang kelas. Kemudian cikgu
melanjutkan pertanyaan.
“jadi, kerepek yang tergantung di belakang kelas ni nak
buat jamuan kah?”
Seisi kelas diam.
Wajahku merona merah. Menahan malu. Terasa maruah diinjak
tanpah pamrih.
Sejak hari itu, aku tidak lagi menjual kerepek. Aku tidak
mahu menjual maruahku!
Satu lagi kisah sepanjang perjalanan menuntut ilmu di
bumi MMY. Pertengahan tahun di tingkatan dua, aku ‘berehat’ seminggu di rumah.
Tunggakan 5 bulan yuran makan asrama, itulah puncanya. aku digantung sekolah!
Aku jadi teringat kisah seminggu menjelang UPSR. Kisah
pertama aku ‘direhatkan’.
Semuanya berpunca dari abi yang dibuang kerja sebagai
ustaz feqah dari sekolah tempat aku belajar. Kesannya, yuran tunggakan aku di
sekolah tersebut bertambah. Aku
digantung sekolah sehingga hari peperiksaan UPSR. Kawan-kawanku hanya tahu aku
sakit teruk. Ah, sungguh tidak masuk akal. Sakit sampai sebulan.
Hari peperiksaan, barulah aku dibenarkan datang. Itu pun
sebab pihak sekolah malas menjawab dengan pihak kementerian pelajaran. Aku
fikir, kisah ‘rehat’ itu tamat bersama tamatnya 3 hari peperiksaan UPSR.
Rupanya tidak. Keputusan UPSR aku, turut
di‘rehat’kan. Sampai saat aku menulis kisah kehidupan ini, aku tidak pernah
memegang helaian slip UPSR. Aku tidak punya pengalaman menerima slip UPSR
seumur hidup!
Alhamdulillah, untunglah kemasukan ke Maktab Mahmud Yan
tidak memerlukan slip keputusan UPSR.
Tahun ini, aku akan mengambil PMR pula. Ayah Hidayah
sudah menjelaskan semua yuran tunggakanku. Aku lebih aman sekarang. Mendekati
musim peperiksaan tanpa hutang, sungguh
mendamaikan. Jawatanku sebagai bendahari badan Pengawas sekolah juga, sedikit
sebanyak memadam kisah penghinaan terhadap diriku.
Kadang-kadang aku jijik dengan sikap manusia. Mereka
sering melihat jawatan sebagai satu kemuliaan.
Ketika aku merasa damai dengan tuntasnya hutang-hutangku,sesuatu
yang lebih parah berlaku.
Ternyata. ALLAH punya pelbagai cara mahu menguatkan
ketabahan hamba.
Rupanya aku terlalu awal merasa aman. Ketika aku
diumumkan sebagai pelajar terbaik percubaan PMR yang lalu, satu fitnah tentang
diriku tersebar. Sangat cepat.
Aku dituduh ber’couple’ dengan ketua bendahari, Amir
namanya. Di Maktab Mahmud, ber‘couple’ adalah satu kesalahan yang boleh
menyebabkan seorang pelajar dibuang sekolah.Aku buntu. Hanya ALLAH yang
memahami situasi ini. Cuma DIA yang punya jalan keluar. Setiap malam aku bangun
untuk menunaikan tahajjud, mahu terus meminta kepada penciptaku agar dibuka
pintu kebenaran dan membela aku yang
terzalimi.
Suatu malam, aku bangun menuju ke kamar mandi. Tiba-tiba,
satu layangan bantal jatuh dari katil Hidayah. Tersenyum aku melihat Hidayah.
Tidurnya terlau pulas sehingga tertolak bantalnya sendiri. Sejak pertemuan pada
hari pendaftaran dua tahun yang lalu, kami sangat rapat. Dia selalu minta
sebilik denganku.
Aku mengangkat semula bantal yang jatuh tadi. Berat.
Seperti ada benda di dalamnya. Aku meraba-raba ke dalam bantal ,ada buku. Aku
mengeluarkan buku tersebut. Terlupa tentang amanah, aku membuka helaian demi
helaian buku berkulit tebal itu.
Aku terkejut. Terpana sebentar membaca apa yang tertera.
Di halaman pertama, tertera namaku bertulis huruf besar,
‘planning menjatuhkan
ZAHRAH!’
Cepat-cepat aku melarikan buku tersebut ke luar bilik
asrama as-sadiiqah. Jam baru menunjukkan pukul 4 pagi. Belum ada pelajar yang
bangun seawal ini. Jadi, aku aman membacanya di luar bilik.
Helaian demi
helaian membawa aku kepada perancangan demi perancangan untuk menjatuhkan aku! Sebegitu
rapatnya dia denganku, sebegitu terperinci jugalah perancangannya terhadap
diriku.
Tanpa aku sedar, titisan air mata membasahi pipi. Kolam
ini tak mapu aku takung lagi. Aku teringat segala-galanya. Termasuklah
pertemuan di hari pertama. Memang, aku tak setabah ummi!
Aku menyelak halaman terakhir buku itu. Tertulis sebuah
kata.
“Perancangan terakhir...- DIE!”
Aku terduduk. Kecewa. Air mataku mengalir lebih deras.
Kepercayaanku seolah-olah kaca dihempas ke batu. Berkecai. Benarkah Hidayah
melakukan semua ini?
Serentak, aku teringat pesan abi.
“ Kita boleh percaya pada manusia. Tetapi ingat, kita
mesti lebih percaya kepada ALLAH. Ilmu ALLAH sangat luas. Termasuklah ilmu
mengenal manusia. Kalau manusia merancang keburukan buat kita, janganlah
salahkan. Tetapi, bimbinglah. Bimbinglah mereka dengan sabar. Kerana, disebabkan
sabarnya Rasulullah shollallahu alaihiwasallam, masuknya abu sufian dan umar ke
dalam islam.”
Terasa nasihat abi mengalir lembut. Menyejukkan
ruang-ruang hati yang sedang terbakar.
“Astaghfirullah.. ”, cepat-cepat aku memohon ampun kepada
ALLAH.
Malam itu. Tahajjud paling tenang yang pernah aku rasakan.
Jarak paling dekat yang pernah aku rasakan antara aku dan ar-rahmaan. Didikan
paling berkesan dari al-wahhab buat hamba bernama Zahrah ini.
***
Aku melihat jam Polo club Britannia di pergelangan
kananku. Jarum sudah menunjukkan jam 10.50 pagi. Kabus di luar sudah berkurang. Tak terasa,
sudah setahun aku di UIAM. Membawa aku ke suatu zaman yang lebih matang. Lebih
mencabar. Lebih banyak ragam fitnah.
Aku masih rapat dengan Hidayah. Aku tidak pernah ada rasa
untuk membencinya. Bahkan, aku menyayanginnya. Aku mahu bawa dia menjadi hamba
bertaqwa. Bukankah ALLAH berfirman, “..sahabat-sahabat baik itu saling
menyalahkan antara satu sama lain di hari akhirat. Kecuali mereka yang
BERTAQWA..” (az-zukhruf)
Cuma dua perkara aku mahu katakan di sini.
Pertama, aku tidak akan dan tidak mampu melupakan kisah
sepanjang perjalanan hidup ini.
Kedua, sampai sekarang Hidayah aku anggap sebagai
pendengki yang menyebabkan diriku menjadi seorang pendendam tegar. Ya, sampai
sekarang.
Kepada si pendengki, Hidayah. aku adalah pendendam kepadanya.
Pendendam yang tahu berterima kasih. Kerana dia, telah menebarkan gula dan kopi
di sepanjang perjalanan aku menuntut ilmu. Yang terpenting adalah, dia mengajarkan
aku menjadi pendendam positif!
***
Mahallah Hafsah UIAM,
(= Allahuakbar. Subhanallah.
ReplyDeletethumbs up ukhti.
teruskan menyentuh hati-hati dengan penulisan.
semoga Allah redha.
to aku bukan robot
Deleteyup, anda meman bukan robot. komen anda.. sangat mengesankan :-) datang lai ya..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteto muawiyah, adinda ku sayang..
Deletemaaflah, kak zahra trdelet komen..
alhamdulillah, kak zahra dah baca komen mua. jazakallah khairan kathiir ya.. perjalanan hidup kita :-) ALLAH berkati insyaALLAH.